Welcome 2012

Sy belum menentukan apa azam sy dan encik suami pada tahun ini.  Sy pernah cuba untuk menyenaraikan apa hajat dan azam sy, tapi belum ada kekuatan.  Betul, setiap azam harus dimulakan dengan kekuatan.  Kalau tiada kekuatan, itu bukan azam tapi angan-angan.  Tunggu masa yang sesuai, mungkin sy akan senaraikan segala azam sy, insyaAllah.  Hari ini hari ke ke 9 dalam tahun 2012.  Masih segar lagi.  Dan masih tiada apa-apa perubahan tentang kehidupan yang yang sepatutnya sy lalui.  Sy masih meneruskan kehidupan di bumi Lanchang yang damai ini.  Masuk beberapa hari selepas tahun baru, ada 3 4 berita kehilangan ahli keluarga akibat sakit dan kemalangan jalan raya.  Beberapa minit sebelum sy menulis entri ini pun, encik suami memberitahu jirannya meninggal juga kemalangan jalan raya.    

Ye, kematian sangat dekat dan berada di mana-mana sahaja.  Ok entri ini bukan mengenai kematian.  Sy berada di Sungai Petani untuk menghadiri kursus di INTAN selama 2 minggu pada awal Disember 2011 dan menyambung cuti sy sehingga 3 Januari 2012.  Setelah 24 hari meninggalkan rumah sewa dan pejabat serta kampung damai ini, mesti la macam-macam benda yang berubah.

Mentakab Star Mall
Yang paling besar perubahan adalah pembukaan Mentakab Star Mall di dalam kawasan perumahan sy.  Ye, dalam kawasan perumahan.  Agak besar kalau dibandingkan dengan Kemaman Centre Point dan Mesra Mall.  Senarai nama kedai yang akan dibuka pun agak menggiurkan sy.  Antaranya Tutti Frutti, Sushi King, Kenny Rogers, Big Apple, McD, KFC dan Pizza Hut. Pasaraya Pacific pun memang besar.  Ketika ini, belum banyak kedai yang sudah buka.  Oh ye, Golden Screen Cinema (GSC) dan Bowling juga akan dibuka bulan hadapan.

Itu kisah Shopping Mall.  Perubahan kedua yang agak baik untuk sy, apabila jalan raya sudah diturap hampir 70% menuju ke tempat kerja sy.  Ini sangat bagus. Kalau dulu, sy memerlukan 20 minit masa yang diambil untuk sampai ke pejabat.  Sekarang, pukul 7.40 pagi baru nak terhegeh-hegeh.  Cuma beberapa tempat yang tak tahu bila akan diturap.  

Bermula semester ini, sy akan mengajar beberapa subjek umum untuk pelajar Sijil dan Diploma.  Agak risau untuk memulakan semua ini.  Tetapi moga perubahan ini akan membawa kebaikan untuk sy dan moga sy menjadi guru yang baik.

Semoga segala perubahan yang berlaku adalah demi yang terbaik untuk kita semua dan segala pencarian rezeki kita diberkati.  Dan semoga sy terus kuat menempuhi kehidupan sendiri di bumi Lanchang ini. Amin

Terdapat 11 amalan murah rezeki iaitu:-

1. Bertakwa kepada Allah
Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah s.w.t. menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud:
Dan (Tuhan berfirman lagi): “Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa,tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka ushakan.”
2. Banyakkan Doa
Doa dan zikir merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah s.w.t. Mengingati Allah s.w.t sama dengan zikir ataupun doa merupakan penyebab kepada kemurahan rezeki dan keberkatannya, penjauh dari segala bala bencana dan mudarat.  Mereka yang tidak berdoa adalah golongan yang sombong dan bongkak, ini kerana mereka lupa bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah s.w.t.
3. Banyakkan Sedekah
Orang yang banyak bersedekah adalah orang yang tahu akan kebaikan di masa akan datang. Allah s.w.t. telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.
4. Buat Baik kepada Ibu Bapa
Kebahagiaan dan juga kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang itu adalah bergantung restu ibu bapa mereka.
Oleh yang demikian, berbakti kepada orang tua adalah amalan yang wajib dilaksanakan agar kita peroleh kemurahan rezeki. ingatlah doa ibu bapa untuk anak anak mereka adalah mudah dikabulkan oleh Allah s.w.t.
5. Banyakkan istighfar
Minta ampunkan dosa sendiri. Pperkara yan paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah s.w.t. ialah istigfar dan bertaubat kepada Allah s.w.t.
Menurut al-Nawawi, taubat hukumnya wajib atas individu Muslim. dengan memperbanyakkan istigfar, Allah s.w.t akan menurunkan rezeki kepada hamba-Nya itu.
6. Solat Dhuha
Solat Dhuha ialah solat pada waktu matahari naik bermula dari matahari tinggi sepengganla dan tamat waktunya apabila gelincir matahari. ia dikerjakan sekurang-kurangnya dua rakaat, boleh empat rakaat, enam rakaat atau lapan rakaat.
Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya melakukan amalan ini.Bila melakukan solat dhuha kepada Allah s.w.t. mintalah semoga Allah s.w.t. membuka pintu rezeki.
7. Baca Surah Al-Waqiah
Amalan ini juga sangat elok diamalkan dengan membaca setiap pagi agar seseorang itu tidak akan dilanda papa atatu kemiskinan dalam kehidupannya. Ini juga merupakan antara amalan harian Rasulullah s.a.w.
8. Beri Makan Kepada Haiwan
Setiap Muslim hendaklah meletakkan dalam fikirannya bahawa bantuan Allah s.w.t.akan turun kepada seseorang itu apabila ia membantu makhluk Allah s.w.t. yang lain di muka bumi ini.
Tidak kiralah sama ada makhluk itu anak Adam, mahupun binatang-binatang ataupun tumbuhan.Sedangkan batu pun sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t., inikan makhluk Allah s.w.t. yang bernyawa.
9. Jangan Menyeksa Binatang
Menyeksa binatang adalah melanggar Sunnahtullah dan sama seperti merosakkan ciptaan Allah s.w.t.Dalam Islam ini sudah pasti dilarang sama sekali kerana setiap amalan buruk itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. sama ada terus di dunia ataupun di akhirat kelak.
10. Sambung Silaturahim
Yang dimaksudkan sambung silaturahim menurut Mulla ‘Ali al-Qari ialah berbuat ihsan (baik) kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.
Kita dituntut melakukan kebaikan terhadap mereka dan mengambil berat tentang hal mereka. Terdapat hadis menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki.
Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.” – (HR Bukhari)
11. Membayar Zakat
Zakat merupakan salah satu Rukun Islam dan wajib dikeluarkan setiap individu Muslim yang berkemampuan. Setiap apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. itu ada ganjaran bagi mereka yang melaksanakan dengan hati yang ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t.
Zakat juga merupakan salah satu cara membantu golongan fakir miskin dan sudah semestinya Allah s.w.t. akan membantu mereka yang membantu saudara mereka.
rezeki
Semoga menjadi amalan kita bersama.

Comments

  1. hye nadia!! da lame sy tak bukak blog.. hehe.. bertabah la ye.. waiting for ur next entry :)

    ReplyDelete

Post a Comment