Makan Makan Di Hulu Langat

Cuti sekolah bermula.  Semua pelajar dah mula happy2 bila family semua dah mula rancang cuti untuk diorang.  Saya dan suami bawa MIL dan anak2 saudara melawat sepupu2 diorang dekat KL.  (Orang KL sibuk balik kampung, kami pulak ke KL).  Dah lama rancang nak bawa diorang jalan2, sekarang baru berkesempatan.  Sori yek anak2 saudara, Ciksue dan Poksue konon busy benar kan.  Kami menginap di Renjana Ampang Condo, rumah abang ipar. Kakak ipar tengah buat persiapan untuk ke Riyadh, Arab Saudi selama setahun. Ciklang ditawarkan kerja di hospital tentera kat sana. Congrats Ciklang, selamat maju jaya ye. Survey untuk Ciksue handbag dan perfume yek. Ngeee. (Masa post ni ditulis, Ciklang dah sehari kat sana).  Hari pertama kami kat Ampang, tak ada aktiviti yang best sangat. Perancangan tu banyak, tapi cuaca tak bagus sangat.  Jadi kami mandi manda je lah di kolam yang disediakan kat condo tu.






Malamnya, kami ke Hulu Langat untuk jalan-jalan cari makan.  Abang ipar mencadangkan satu kedai makan.  Kedai Ikan Bakar Sri Nikat dekat Batu 20, Hulu Langat. Jalan masuk ke kedai tu memang sunyi sangat, terus teringat pada filem2 Mamat Khalid sebab kawasan tu sunyi2 suram gitu. Ok jom cerita pasal makanan.  Memang tip top Talapia Masak Sambal dengan Patin Bakar dia. Sangat sedap.  Tapi, bab menunggu makanan tu sedikit kecewa la. Mungkin kebetulan kami pergi, gas habis kot. Ok fikir positif.



Ok kedai ni memang happening, semua tempat makan dia buat macam pondok2. Bawah pondok2 tempat makan tu ada kolam yang dipenuhi dengan teratai. Ikan-ikan pun banyak dalam kolam tu. Cuma kolam tak diselenggara dengan baik sebab macam tak berapa bersih. Kedai makan ni 3 4 kali jugak masuk scene dalam movie Halim Munan lakonan Fizo Omar (abaikan kalau tak pernah dengar nama movie ni).  Tempat untuk karaoke pun ada, tapi hari tu karaoke tak buka.


Lepas siap-siap makan lebih kurang pukul 11.30 malam, kereta abang ipar alami masalah. Mujur seorang teman saya dari IKBN Dusun Tua datang tolong. Lepas tu mekanik sampai, semua ok. Yang penting, perut kenyang. Hehehe. Ni ada beberapa gambar yang sempat kami capture. Enjoy ye!





Ni la pondok-pondok tempat untuk makan, sweet kan










Sekian saja cerita kisah makan-makan kali ni. Lepas ni, saya jumpa tempat makan yang best, saya bercerita lagi ye. Saya kan kuat makan. Huhuhu.

Wassalam

Comments

Post a Comment