Alhamdulilah.. Rezeki itu datang juga..



Syukur alhamdulilah.



Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Memberi.  Mac 2013, saya dah disahkan hamil.  Selepas 1 tahun 9 bulan menunggu berita ni. Lama tu. Orang sekeliling dah jemu tanya saya soalan bila nak mengandung. Saya yang kena jawab ni lagi la jemu. Tapi suami dan keluarga tak pernah jemu bagi semangat. 

Memetik kata-kata seorang kawan saya.  Allah SWT lebih tahu daripada kita samada kita dah bersedia atau belum untuk jadi seorang ibu. Walau kita rasa kita dah bersedia, namun hakikatnya Allah SWT lebih tahu. 

Masa entri ni ditulis, saya dah masuk 37 minggu. Lagi 2 minggu nak masuk 39 minggu dan lagi 2 minggu la due date saya untuk deliver baby.  Hanya Allah yang tahu apa rasa saya sekarang. Lebih-lebih lagi bila baby suka tendang ibu dia. Hehe. Rasa happy, takut, teruja, sedih. Rasa happy sebab dalam perut saya ada satu lagi jantung yang berdegup yang buat ibu dia selalu senyum sorang-sorang. Rasa takut bila fikirkan keadaan masa nak bersalin nanti. Moga Allah mudahkan segalanya. Encik suami, ampunkan segala dosa saya dan redhakan segalanya ye. 

Namun, kami suami isteri masih diberi ujian dari Allah SWT.  Anak ibu, banyak dugaan ayah dan ibu sementara tunggu anak ibu keluar tengok dunia. Jadilah anak yang baik ye sayang.

Jom kita tengok kronologi kisah saya sepanjang 9 bulan saya mengandung.


10 Mac 2013     
Kursus CQI di Gambang Resort. Masa tu dah 2 minggu tak datang period tapi senggugut je perut. Hari last kursus dapat tiket free masuk waterpark. Naluri ibu kan. Rasa was was lepas tu ajak kawan keluar cari kedai jual upt. Jauh gila kedai. Dari Gambang sampai ke Sri Jaya, dekat setengah jam drive semata-mata nak beli upt. Dah la pinjam kereta orang. Ok balik hotel, check negatif. tak apa la. Dah biasa pun check upt negatif. Jadi berani la main air nak lompat terjun bagai tanpa takut.

21 Mac 2013     
Perut masih senggugut tapi period masih tak datang.  Masa ni da hampir sebulan period tak datang. Tapi sebab memang period tak regular, jadi tak fikir apa-apa. Tapi dalam tak fikir apa-apa tu sempat la beli upt lagi sekali dekat Watsons. Biasa orang check awal pagi kan. Tapi jenis tak menyabar, balik rumah terus check. Jenis lepas check konon malas nak tengok la sebab da tau mesti -ve. Masa nak buang tu sempat la jeling kat strip tu dan HAH! Air mata memang laju gila turun masa tu. Macam tak tau nak buat apa. Terus capai handphone, call suami nangis-nangis. Suami pulak cuak tanya kenapa kenapa. Ye la tetiba call nangis tak cakap apa-apa. Bila dah beritahu tu, suami macam tak reti nak gambarkan kegembiraan. Haha. Macam cool + blur je dia. Lepas letak handphone baru suami sms cakap betul ke ni, Ya Allah happynya. Kelakar pun ada bila ingat balik.

08 April 2013
Pergi buat buku pink di Klinik Kesihatan Lanchang sambil ditemani suami. Suami sanggup ambil cuti dan datang Temerloh untuk teman buat checkup. Sebelum tu ada pergi klinik swasta Wan Maihan kat Kemaman. cek upt memang +ve tapi scan tak nampak lagi. Teruja sangat.

16 April 2013.
Temujanji kedua di KK Lanchang sebab masa temujanji pertama tak jumpa doktor jadi kali ni temujanji untuk jumpa doktor. Doktor Anuar yang buat checkup dan scan. Doc suspect sesuatu selain dot kantung baby. Saya dah datang cuak. He said, saya mungkin ada cyst. Allah, apa benda tu. Bahaya ke. Depan doktor tu jugak air mata saya turun. Doc tu cakap jangan la nangis sebab kita tak tahu cyst tu bahaya ke tak dan itu normal sebenarnya untuk ibu mengandung. Kemudian doc buat surat untuk saya ke HOSHAS untuk jumpa gynecologist. Habis kalau normal untuk ibu mengandung kenapa sampai kena jumpa pakar siap. Masa tu cuak yang amat. Dah la time tu buat checkup sorang-sorang. 

21 Mei 2013
Ke HOSHAS, encik suami teman saya. Ya Allah ramai gila orang datang temujanji dengan pakar. Rupanya macam-macam masalah boleh berlaku sepanjang kita mengandung ni. Lain ibu lain sakitnya. Hampir 3 jam tunggu, sampai turn saya. Jumpa doktor wanita India, lupa nama dia. Tapi orang yang kaya pengalaman dan baik. Doc tu scan perut sambil bincang dengan doktor lelaki lagi sorang. Lepas tu minta kami keluar dulu nanti dia panggil semula. Dekat 10 minit, doc panggil dan suruh saya dan suami duduk. Doktor lelaki tu ganti tugas doktor wanita tu tadi dan doc tu cakap, "Sori puan, cyst puan makin membesar dan sangat mengganggu baby dalam kandungan. Kita terpaksa operate puan untuk buang cyst tu bagi mengelak ia menjadi kanser dan selamatkan baby tapi risiko untuk keguguran baby adalah 50-50". Again, air mata turun tak tertahan. Suami terdiam. Doktor tu cerita la berkaitan dengan cyst ni dan risikonya tapi saya dah tak boleh terima apa-apa fakta masa tu. Suami je yang tekun dengar. Akhirnya, saya dan suami tandatangan surat kebenaran pembedahan. Itu je pilihan yang ada.

30 Mei 2013
Serah diri dekat wad di HOSHAS pukul 10 pagi. Masa tu baru lepas baik demam tapi batuk teruk tak hilang. Suami teman saya. Beg bantal semua dah angkut masuk wad siap dengan novel sekali. Pukul 5 petang, temujanji dengan pakar bius. Dalam bilik pakar bius semua doktor wanita yang muda-muda cantik cantik. Doc tu bagi penerangan kesan-kesan yang mungkin terjadi semasa atau selepas pembedahan dan beritahu risiko untuk saya hilang baby adalah tinggi dan kena kuat hadapi. Masa tu saya dah redha jadi tak ada drama air mata dah. Tetiba doktor tu tanya, awak batuk ke. Doktor tu check kerongkong saya dan dia cakap merah teruk. Memang tak boleh teruskan pembedahan kalau camtu sebab takut berlaku jangkitan kuman. jadi doktor tu nak tunda pembedahan tu lagi 2 minggu. Ya Allah masa tu rasa give up sangat-sangat. Dengan suami dah cuti sampai seminggu, dengan barang-barang semua dah angkut masuk wad, dengan keadaan kerja dekat office yang banyak. Apakan daya, balik ke wad, kemas semula barang dan checkout. Masa ni saya dan suami sangat stress. Sebab kami dah bagi segala jiwa dan raga untuk pembedahan ni tapi tunda pulak. Ok, mungkin ada hikmah.

12 Jun 2013
Masuk wad semula selepas 2 minggu. Kali ni dapat wad kelas pertama. Suami boleh teman, siap beli toto sebab bilik aircond. Apa yang boleh saya cakap, HOSHAS sangat best. Baik nurse, doktor, layanan, fasiliti dan keperluan. Memang tiptop. Ye la hospital baru kan. Masa masuk wad kali pertama walaupun duduk kelas biasa pun layanan superb. Nurse baik-baik. Ok hari yang sama petang, jumpa pakar bius dan segalanya boleh diteruskan seperti yang dirancang. Alhamdulilah.

14 Jun 2013.
Pukul 9.30 pagi nurse datang hantar baju suruh tukar dan bagi secawan air untuk minum. Air tu macam air cuka. Yak, memang tak suka. Dah la saya puasa dari semalam. Pukul 10.30 pagi, nurse pakaikan sarung kepala dan sorong katil masuk bilik bedah. Masa tu family dah berkampung di rumah saya di kuarters IKBN. Masa saya masuk bilik bedah, suami setia hantar sampai ke pintu. Family belum sampai masa tu. Saya rasa air yang nurse tu bagi untuk buat kita jadi mamai. Saya macam tak boleh fikir apa-apa. Macam kosong je rasa dalam otak. Masuk kawasan bilik bedah tu, sejuk yang amat. Ada datang sorang nurse tukarkan baju saya. Nurse lagi sorang masukkan jarum di tangan saya. Suasana masa tu sebolehnya saya tak nak ingat. Rasa sangat tak selesa. Allah, moga pengalaman itu yang terakhir untuk saya. Kemudian saya dibiarkan di satu sudut hampir setengah jam. Lepas tu, nurse datang tolak katil saya dan masuk bilik yang betul-betul bilik pembedahan. Ramai orang dalam bilik tu. Dekat 10 orang kot. Dinding bilik tu putih bersih je. Putih dia macam putih yang tak pernah tengok. Semua alat nampak warna putih je. Depan muka ada spotlight yang biasa kita tengok dalam tv tu. Nurse lekatkan apa ntah dekat dada saya sambil suruh saya mengucap. Dalam masa yang sama, doktor cina wanita minta saya sedut oksigen. Saya tahu tu oksigen pelali. Saya sedut sekali saya sedar lagi. Saya sedut 2 3 kali kemudian...
4 jam rupanya saya dalam bilik pembedahan. Masa saya terjaga, saya masih dalam kawasan bilik bedah. Rasa sakit sangat bahagian belakang. Nak bergerak tapi tak dapat. Sakit dekat bahagian perut. Keadaan sangat tak selesa masa tu. Kemudian nurse datang tolak katil saya dan pindahkan ke katil satu lagi dan saya dibawa keluar. masa tu keadaan mamai. Keluar dari kawasan tu, saya dengar suara suami saya bercakap dengan nurse tapi saya tak mampu nak buka mata. Mungkin penangan bius belum habis. Naik ke wad, saya terus tertidur. 2 jam kemudian baru boleh celik mata tapi sakit belakang memang ketara. Ye la, 6 jam duduk statik macam tu memang la sakit belakang. Masa buka mata, semua family ada tapi tak mampu nak bercakap, lemah dan sakit seluruh badan. 

17 Jun 2013
Keajaiban. Baby saya masih aktif dalam perut. Tapi doktor cakap masih berisiko sebab masa pembedahan tu, baby duduk sebelah cyst tu je. Ye la masa tu kandungan dah 5 bulan. Saya pun dah tak sakit badan sebab hari-hari bangun pergi mandi. nasib baik tandas sebelah katil je. Lepas scan dan doktor buka penampal yang tutup tempat kena bedah tu, doktor cakap semua ok dan boleh checkout hari tu jugak. Alhamdulilah lega. Suami yang tak sabar nak balik. Ye la bosan kot 5 hari duduk hospital. Hari-hari turun beli makanan kat cafe. Nasib baik makanan sedap-sedap kat cafe. Lauk hospital failed. Lepas checkout terus balik Kemaman. Berpantang seminggu di Geliga kemudian sambung pantang di Gong Pauh. Cukup-cukup 30 hari berpantang makan ikan haruan je tau. Sedih.

23 Jun 2013
Jahitan kat perut jadi merah-merah. Pergi hospital, terus doktor buka jahitan. Tapi masa jahitan tu buka, luka belum kering dan ada tempat yang terbuka balik. Nasib baik tak kena jahit semula. Jadi sekian hal pulak la nak mencuci. Hari-hari selama 2 minggu kena pergi hospital cuci tempat luka. Bila ada tempat yang terbuka, nak tunggu kulit baru untuk tutup luka tu ambil masa la. Dan sekarang tempat terbuka tu dah tertutup sepenuhnya tapi jadi warna gelap. Tak cantik. Lepas beranak nanti kena cari Dermatix. Hoho.

9 Julai 2013
Habis tempoh berpantang. Rasa bangga sebab dapat tahan berpantang. Haha. Ramai yang terlibat dalam proses cari ikan haruan. Thanks suami, family dan saudara mara. Dua tiga hari lepas berpantang, masuk bulan puasa. Alhamdulilah dapat puasa penuh. 

30 Julai 2013
Temujanji dengan gynae kat HOSHAS. Alhamdulilah scan baby saya sihat dan membesar dengan baik. Cyst yang dibuang pun hanya ketumbuhan biasa dan bukan sejenis kanser. Alhamdulilah.

Dan sekarang saya tengah menunggu kelahiran baby ni. Bila fikir balik, kuat rupanya saya. mampu bertahan dengan semua ni. Suami pun cakap saya kuat. Dan baby dalam perut kuat pun sebab saya kuat. Semoga ujian Allah ni tersimpan 1001 hikmah di sebaliknya. 

Selesai satu episod. Sambil-sambil tunggu baby nak keluar, lepas ni insyaAllah saya update entri berkaitan persiapan baby pula ye.

(lagi 15 tahun, anak ibu mungkin baca blog ibu ni. masa ni ibu tahu anak ibu adalah baik dan kebanggaan ayah dan ibu. sebab masa dalam perut ibu pun, sayang dah tunjuk pada ibu yang sayang nak jadi permata hati ibu ayah, tak nak tinggalkan ibu dan tunggu 9 bulan baru keluar dari perut ibu)


Alhamdulilah.

Comments

  1. tahniah sis

    salam perkenalan.doakan nana juga mendapat zuriat .. :)

    jemput ke blog nana

    ReplyDelete

Post a Comment