Bisnes Online

Assalam.

Gempak gila tajuk entri.

Aku tak buat entri pasal bisnes online aku. Aku nak cerita pasal keazaman aku dan suami mengenai bisnes online.

Aku online shopper tegar. Apa barang aku tak beli online. Botol susu anak, baju anak, blouse, skirt, tudung, novel, alat mekap, kain pasang, jam, tupperware (walaupun aku ahli), handbag. Paling kritikal, sarung kaki pun aku pernah beli kat online tau. 

Facebook, instagram, lazada, zawara, label m, zalora. Tu semua di hujung kuku aku.

Tapi nak shopping online kena pandai. Alamat pos mesti alamat pejabat aku. Dulu masa kat tempat kerja lama, asal barang aku sampai dari pakcik poslaju je mesti geng-geng admin tolong klebek (bahasa tganu) dulu. Siap buka sampul hokeh. Awal-awal aku layankan je. Tapi bila dah setiap kali ko bukak pastu biarkan sengih camtu atas meja kaunter, memang hangin la. Tapi amukan aku biasanya dalam tekak je. Sebab malas nak masam-masam muka.

Bila dah pindah ni aku teruskan jugak tabiat shopping online ni. Sampai budak kaunter pejabat sound tanya aku beli apa sampai hari-hari barang aku sampai. 

Ok kembali ke tahun 2013.

Suami aku tak bising bila aku beli barang online. Sebab aku pakai duit aku. Pernah jugak la suami aku beli barang online mintak tolong aku. So aku macam dah terror la buat pembayaran. Tak kira la paypal ke, instant transfer ke, debit ke. Settled.

Bila suami aku ni perati aku ni terror bab-bab online payment ni jadi beliau suarakan mengapa tidak kita pulak jual, orang lain pulak beli. Aku macam, ala nak jual apa. Bukan best pun jadi penjual. Untung banyak ke. Produk apa nk jual. Kena selalu online. Kena selalu aktif fb. Nampak, awal-awal dah down.

Tapi suami aku, bila beliau kata A maka jawapannya haruslah A. Kalau aku nak tambah boleh biar jadi A+ tapi kalau aku nak ubah jadi B, big NO. Malam-malam dia duk google tengok apa benda yang boleh dijual online. Semangat oi. Sampai aku stress tengok. 

Sehinggalah suatu hari kawan aku offer beli kain pasang cotton bercorak batik lukis tangan. Beli sehelai harga sekian sekian. Tapi kawan aku nak kumpul lebih kurang 20 orang untuk dapat harga lagi murah. Aku pun rajin la menanya sepupu, ipar duai, sahabat handai sapa nak join beli sama-sama. Suami aku pun terjebak sama bila kerani dia pun sibuk nak tengok jugak kain tu. Ok bila dah selesai tempahan semua dan masa order pun dah tutup, masih ada yang cari aku untuk order kain tu. Ha nampak tak. Dari situ la aku dan suami gigih bekerja.

Aku call kawan aku tanya boleh order lagi tak, jawapannya tidak. Maka, suami aku berusaha cari supplier baru. Cari-cari akhirnya jumpa. Memang kagum dengan usaha suami aku. Dua tiga minggu tangan atas dahi oi. Bila dah proceed order, maka semua berjalan lancar. Ada next next batch jugak lepas tu. Tapi disebabkan material cotton tu tak berapa berkenan bagi aku, jadi aku dan suami tak berani nak teruskan penjualan cotton batik ni. Takut orang kecewa. 

Tapi tak kan nak berhenti setakat tu kan. Alang-alang dah sekerat jalan. Alhamdulilah sekarang aku dan suami penjual batik sutera terengganu secara online. Memang aku respek usaha suami aku. Beliau yang bekerja keras cari supplier. Mula-mula takut nak ceburi bidang sutera ni sebab modal besar tapi alhamdulilah dah cuba baru tahu. Sekarang dah jadi kepercayaan supplier. 

Sekarang tugas suami aku cari customer dan entertain customer. Tugas aku plak urus pembayaran dari customer dan supplier. Tukang tulis resit dan pos kain pun aku. Eh banyak plak kerja aku. Tak aci. 

Alhamdulilah sekarang dah ramai customer. Return customer pun ramai. Customer cerewet pun ramai. Haha. Tapi aku layan je. Customer always right kangg. 

Dan dengan berkat duit jualan kami jugak kami guna untuk bayar deposit rumah idaman kami. Alhamdulilah. 

Alang-alang, promote la.

Facebook page : fDnD Boutique

Facebook account : Sutera Seni Kasih I
                               Sutera Seni Kasih II
                               Butik fDnD

Instagram ade tapi aku tak aktif. Tak dan nak kejor. Tapi aku berniat nak aktifkan balik. Empat-empat fb tu aku dan suami gilir jaga. Banyak suami aku jaga la. Dia kerja service department senang. Time takde kerja bleh ngulor main candy crush soda. Aku tak. 

Moga bisnes kami yang tak seberapa ni terus maju dan berkembang. Amin.

Tengah pikir nak jual apa lagi eh pasni.


Wallahualam.
 










Comments