Perjalanan Sepanjang Mengandung Kali Kedua

Assalam.

Ala, masa Iqbal Akif dulu takde pun buat entri macam ni. Tak adil.

Eh. Bukan macam tu. Masa ngandung Iqbal Akif, banyak aktiviti lain ibu kena buat. Pertama kali la katakan. Excited nak sediakan semua barang barang baby. Termasuk pulak banyak masa terbuang bila disahkan ada cyst. Nak kena ulang alik appointment la, nak operate la, nak pantang la. Tapi semua kenangan mengandungkan Iqbal Akif segar je di ingatan. Gitu.

Tujuan aku buat entri ni pun saja saja. Nak tengok progress baby sendiri. Dan aku akan publish entri ni bila dah beranak nanti. InsyaAllah. 


02 November 2015

Dah dekat 2 bulan aku tak period. Tapi aku rilek je sebab memang period aku tak stabil. Dalam masa yang sama tengah aktif training students main netball untuk sukan antara institut. Tapi bodi rasa flat sangat. Bontot pun rasa sakit gila. Sakit macam jatuh pastu sengal sengal. Instinct aku dah ada, so aku beli pregnancy test diam diam. Sesaja nak test. Lepas test, Alhamdulillah. Double line mean positive. Tapi aku tak bagitau lagi suami aku. Rilek rilek dulu. Masa tu aku ada satu perasaan yang bangang sikit. Aku rasa kesian dengan Iqbal Akif sebab dia tengah manja dengan aku dan suami. Rasa macam tak sanggup nak ada orang lain selain kami bertiga. Cepat cepat isghtifar. 

Lepas aku lawan perasaan tu, baru aku rasa insaf. Sebab sejujur jujurnya, aku memang sangka Iqbal Akif akan jadi anak tunggal. Banyak sebab aku fikir macam tu. Salah satu sebab, aku susah nak lekat. Dah kahwin 2 tahun baru ngandungkan Iqbal Akif. Dah ngandung, buang cyst pulak. Yang mana cyst ni punca utama kenapa pompuan susah nak ngandung dan sakit perut time period. 

Tapi tak. Allah SWT sebaik baik Perancang. Allah kata sapa aku nak tentukan apa yang jadi akan datang. Aku insaf. Masih Allah bagi peluang untuk aku mengandung lagi. Bila dah bagitau suami aku, excited gila dia. Terus bawak pergi klinik swasta untuk double check. Siap scan, nampak dot baby. Hi baby. Keciknya. Dot je baru. Jangka deliver on June 2016.


24 November 2015

Buat buku merah jangan lupa bawa moga moga belum tamat tempoh. 

Suami aku teman sekali. Kali ni buat buku dekat KK Daerah Kuantan. Kalo sebelum ni berebut sokmo kerusi dengan orang asli dekat KK Lanchang, sekarang tidak lagi. TAPI!

Sangat sangat la lama dan slow. Serius weh. Ibu ibu mengandung ramai, ayah ayah neman pun ramai, ruang kecik, bilik buka dua je. Pastu setiap check up lain lain tempat. Nak buat urine sini, nak check bp sana, nak check perut sinun, nak ambik darah hujung dunia, nak jumpa doktor hujung dunia belah sini pulak. Alahai. 

Kalo banding dengan KK Lanchang, memang aku puji gila la. Sebab tu aku tak mention KK mana kat Kuantan ni. Bahayo. KK Lanchang jangan cakap manusia tak ramai. Ramai gila ok. Macam macam ragam pulak tu. Bilik diorang pun tak banyak. Tapi semua check up untuk ibu mengandung dia buat satu tempat je. Mudah. Doktor pun 3 orang je. Tu pun kadang kadang sorang je yang ada.  Tapi, kerja masing masing tiptop. Bilik walaupun tak banyak, nurse berkongsi bilik. Dan takde pun  nurse bangun keluar dari bilik tak masuk masuk. Memang betul betul buat kerja dari pagi sampai petang. Dan akan ada sorang nurse yang jadi runner pergi beli makanan kat kawan kawan. Doktor pun kirim tau. Bagus dan cekap. Doktor lelaki pulak kulit halus mulus dari aku. Eh.

Aku faham nurse ni bukan kerja dia semata mata check patient. Banyak lagi tugas lain. Nak kena buat record, nak kena check stok, nak kena coding, nak kena buat schedule. Tapi kalau work smart, mesti korang boleh handle patient dengan baik. Takde tinggal bilik sampai kat sejam bilik kosong nombor tak gerak gerak. 


16 Disember 2015

Teruskan monthly check up. Dah 3 bulan time ni. Jadi deliver date jadi awal June 2016. Scan lagi. Doktor cakap baby sangat kecik. So maybe kiraan tarikh period sedikit salah. Doktor anjak tarikh deliver ikut usia kandungan by scan. Jadi, jangka deliver di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Mihmihmih. Nak menguji iman I la tuh. Redha je ibu.


29 Januari 2016

Dah masuk tahun baru. Hari ni pergi check up macam biasa. Berat pun dah melebihi 80kg. Sado sungguh. Jadi secara rasminya, kena minum jugak air gula. Walaupun urine dan hb cantik tiap tiap minggu. Apakan daya. Dah memang berat badan saya gitu. Jadi nurse bagi pilihan nak minum air gula dekat KK atau dekat klinik swasta. Oh boleh pilih pilih ke. Mesti la nak klinik swasta kan. Bayar sikit tapi air gula sedap macam ribena. Next check up 12 Februari, mesti dah settle minum air gula. Aku pun tak call call lagi klinik swasta nak buat temujanji minum air gula. Jangan mahal Sudah.      

Ngandung kali ni aku qadha balik apa aku tak buat masa ngandung dulu. Kali ni, masa usia kandungan 3 bulan aku dah start minum susu kambing. Dah start survey barang barang tambahan, set berpantang. Minum air kelapa aku dah amal masa ngandung Iqbal dulu. Ada yang cakap elok minum masa usia kandungan 7 bulan. Tapi bendanya sedap, mesti lah start dari awal kan. Suami aku pun suka air kelapa, setiap kali balik Kemaman mesti ronda kawasan Geliga beli air kelapa. Nyaman tekak.

Nanti dah masuk 7 bulan aku nak start makan minyak kelapa dara dengan jus kurma pulak. Jus kurma elok start awal sebab bagi tenaga untuk harian kita tapi sebab aku sihat je tak lembik, so aku hold kan dulu. Minyak kelapa dara memang bagus. Masa Iqbal keluar dari perut dulu, memang kulit cantik tak alahan tak merah merah. Kepala dia pun takde kerak. InsyaAllah baby pun nanti macam tu ye. Orang cakap minyak kelapa dara ni boleh kurangkan risiko kuning. Mungkin la kot. Boleh kurangkan kuning ye. Bukan boleh hapuskan kuning. Makna kata, kuning kalau nak kena memang kena. Tapi tak berlarutan. Iqbal kuning 3 4 hari je. Kemudian drop slow slow. Tak la sampai kena tukar darah dan warded bagai.

Minyak kelapa dara ni apa apa brand pun sama je fungsi dia. Tapi aku suka telan brand Catalyst je. Sebab dia dalam kapsul gel. Telan macam telan pil je. Tak yah pakai sudu bagai. Kalau rasa perut gatal merekah, pecahkan satu kapsul, sapukan kat perut. Aku tak jual produk ni. Aku amalkan sahaja.

19 Februari 2016

Hari ni check up lagi. Dah 23 minggu. Alhamdulillah. Baby pun dah membesar dengan jayanya. Besar perut kali ni berbanding dengan abang dulu. Tapi tak boleh lawan perut orang lain lagi. Perut aku leklek je.

Minggu lepas kena repeat ambik urine selang 2 hari selama 3 hari. Kesnya 2 minggu lepas air kencing kotornya. 1+ je. Aku pun taktau apa maksud dia. Tapi katanya air kencing kotor. Kena la repeat urine. Alhamdulillah tiga tiga hari, normal plak urine aku. So lepas ni check up macam biasa je.

Ha pasal minum air gula. Aku buat appointment dengan Klinik Ar Razi minggu depan. RM40 satu sesi. Telan air liur mak. Takpe la. Dari aku menipu curah air gula dalam botol, baik aku minum yang sedap punya kan.

Minggu depan insyaAllah start keluarkan baju baju lama untuk basuh dan list keperluan tambahan, Pastu dah boleh shopping sikit sikit.

06 April 2016

Lama tak update. Dah 30 minggu. Lagi 10 minggu. Nervous oi.

Barang barang baby Alhamdulillah dah banyak beli. Yang tinggal lagi nak beli 2 3 barang je. Yang lain semua dah ok. Baju baju lama Abang Iqbal dah siap basuh siap lipat nanti adik nak pakai kan.

Hah dah pergi scan 4D!

Jeng jeng jeng. Jantina dah tau baru semangat nak tambah baju 2 3 helai lagi hehe. Aku pergi scan dekat Klinik Nadira, Indera Mahkota. Sederet Rakyat, Al Murah tapi dia belah belakang. Dekat dengan Lila Wadi jugak. Kat situ ada scan 2d, 3d dan 4d. Doktor perempuan. Soft spoken, baik je.

Nak pergi kena booking dulu sebab tak silap aku Klinik Nadira ni je yang buka sampai malam untuk scan baby 4d. Klinik lain sampai 6 petang je.

Baby kami malu malu tanak tunjuk muka. Dapat capture sipi sipi je dia bagi. Nak buat susprise la tu hehe. Kami ok je janji cukup sihat dan sihat semua.

Baby expo yang buat kat Zenith 2 minggu lepas aku tak pergi sebab clash dengan tarikh kenduri dekat KL. Melepas jugak. Tapi takpe la. Takde benda penting pun nak beli. Kononnya nak pergi cuci mata je. Tapi takde rezeki.

23 Mei nanti aku kena refer pakar O&G HTAA. Date dengan pakar O&G bila dah masuk 8 bulan adalah normal untuk orang yang pernah cser sebelum ni. Untuk check parut operate lama sekali dengan check samada aku boleh deliver normal atau cser jugak. Semoga semua ok.

Kali ni aku nak berpantang betul betul. Aku dah survey macam macam produk set berpantang. Aku ambik loose item dari Nona Roguy pastu tambahan dari produk brand lain. Lepas pantang aku update entri pasal loose item yang aku beli, insyaAllah.

Baby dah nak masuk 1.5 kg. Tumbesaran dan berat seiring dengan usia kandungan. Alhamdulillah. Cuma kedudukan baby sekarang oblik. Tapi ruang banyak lagi. Nanti baby pusing pusing ye duduk kedudukan yang betul. Ibu pujuk ni tau.

03 Mei 2016

Dah masuk 34 minggu. Penat yang amat sekarang. Campur pulak tengah setup rumah baru. Hari hari pergi. Penat weh. HB pulak drop. Mungkin sebab badan penat sangat.

Sebelum ni pun demam lama kat seminggu. Campur pulak kehilangan anak saudara, penat tak hilang. Tak sempat baby jumpa Ajiq.

Minggu ni Jumaat macam biasa kena pergi KK. Kalau HB drop lagi memang mendatangkan masalah. Jangan la drop lagi.

Sekarang ni muka memang sememeh gila. Suami aku pun dah tegur. Aku mekap pun tetap tak cantik. Pembawak budak ke eh. Tapi aku pun ngeri tengok muka aku sekarang. Gelap, tak bermaya, mata sembab, kulit kusam. Sabar je la.

Bulan ni kena rujuk O&G HTAA. Allahu takutnya. Baby kedudukan oblik. Melintang terus kiri kanan. Bukan atas bawah. Tu yang aku berjalan macam penguin kekeke. Cepat pusing ye sayang. Senak jugak perut ibu.

Lagi 2 minggu masuk 9 bulan. Allah, permudahkanlah segalanya.


11 Mei 2016

Ok aku tak jadi publish entri ni selepas bersalin. Aku target entri ni akan publish dekat dekat time aku bersalin. Baru la real sikit kan. Dah bersalin cerita lain pulak. Gitu. Ok sekarang 35 minggu. Minggu depan 36 minggu. Fuh fuh. Nebes I.

Laundry barang barang baby semua dah selesai. Siap lipat dah. Cuma tak boleh susun lagi sebab nak pindah rumah. Jadi tunggu dulu yang tu. Yang penting malam ni aku nak start kemas beg. Gila sungguh 35 minggu beg takde lagi dalam kereta.

Kali ni aku kena kemas 3 beg. Beg aku, beg baby dan beg Iqbal Akif. Sebabnya bersalin ni tak kira masa. Jadi sebagai persediaan, kemas beg abang Iqbal siap siap. In case aku dah nak bersalin, sempat la call ma abah aku mintak tolong datang Kuantan jagakan Iqbal. Kang nak biarkan Iqbal dengan ayah dia, aku risau bapak dia hilang kawalan je. Cemas tak kira masa kang.

HB minggu lepas maintain 10.6. Bising jugak nurse.

Aku tak pasti sekarang memang cuaca yang menyebabkan baby baru lahir kena jaundice. Majoriti baby yang keluar bulan Mac April ni semua kena jaundice. Anak sepupu aku dah masuk 15 hari ni masih kuning. Jiran sebelah suami aku pun sama masih kuning hari ke 15. Anak kawan aku yang lusa dah cukup sebulan pun baby masih kuning. Semua baby ni dah pernah warded sebab kuning. Anak kawan aku yang tengah pantang kat Rompin nung pun sama cuma tak kena warded. Pemakanan apa mak mak makan sampai anak kuning lama gitu.

Aku dah risau. Tanak sangat anak kuning. Penat weh ke hulu hilir bawak anak cek kuning. Aku makan vco banyak sehari. Biasa ambik 2 bijik sehari. Sekarang ambik 2 pagi 2 malam. Minum susu kambing lagi. Usaha untuk anak tanak kuning. InsyaAllah tak kuning ye sayang.

30 Mei 2016

Aku menaip ni dah jadi kisah throwback. Haha. Waktu aku menaip ni dah Ogos weh. Maknanya aku dah selamat bersalin. Apa jadi 30 Mei ni? Jeng jeng jeng.

Ok camni cerita dia. 23 Mei aku ke HTAA utk dirujuk ke pakar O&G pasal baby oblik tu. Aku semangat la pergi awal sebab orang cakap kalo nak jumpa pakar biasanya memang sehari la kita menapak kat hospital tu. Sampai sana, aku orang ke 3. Awal kan. Gigih. Aku pergi sorang je memandangkan suami aku kerja dan aku takde masalah dengan hal tu. Takde la nak sentap macam bini bini lain suami tak dapat anta pergi klinik sibuk nak update kat fb. Eh.

Dah jumpa pakar, memang ye baby masih oblik. Jadi confirm cser cuma aku tak boleh nak booking date lagi sebab time ni baru 37 minggu. lambat lagi nak masuk 39 minggu jadi kemungkinan untuk baby twist masuk laluan masih ada.

Jadi aku terpaksa dalam sekali lagi minggu depan untuk check kedudukan baby. Maka minggu depan 30 Mei 2016 aku datang lagi. Kebetulan minggu tu minggu last belajar student aku sebelum study week. Aku dah set plan aku agak agak kalau baby masih oblik aku kena cser minggu depan. Jadi aku kena settle semua marking tugasan settle markah key in bagai.

Isnin tu aku pergi la sorang sorang lagi. Sampai masa turn aku, baby masih oblik. Dan tambahan kejutan buat aku, air ketuban terlalu sedikit. Dah tinggal 3.4. Normal dia tak salah aku 12. Jadi memang dah sikit sangat air ketuban. Aku tak pernah leaking pun. Tak pasti kenapa jadi kurang. Doktor dah kelam kabut suruh aku warded. Serius time tu aku blur. Siap aku tanya warded hari ni esok boleh keluar tak. No! Warded hari ni, cser pagi esok! Dang!

Nanti bila dah warded, kalau malam tu cek air ketuban drop lagi, time tu jugak kena cser. takut risiko pada baby. Bila dengar doktor cakap macam tu, terus laju air mata aku.

Aku TAK PREPARE APA APA SATU PUN LAGI!

Dengan aku suami isteri tengah pindah barang rumah sikit sikit hantar rumah baru tiap malam, dengan beg baju baby beg baju aku semua ntah aku lupa ada rumah baru ke rumah sewa, dengan Iqbal Akif kat taska time tu, dengan tugasan kuiz markah student aku tak sentuh apa apa pun lagi, dengan kerja office pending.

Doktor suruh aku naik ke wad terus untuk warded. Aku mintak ihsan tambahan 3 jam untuk aku selesai apa apa dulu kat rumah. Doktor pun cakap boleh dengan syarat tak lebih pukul 3 petang.

Balik la aku dalam keadaan longlai. Aku kesian kan Iqbal Akif time ni. Pagi tadi elok je aku hantar dia taska sekali ayah dia yang kena ambik. Mesti dia tertanya mana ibu dia.

Dalam tempoh 3 jam tu (nak masuk 4 jam), aku pergi makan dulu dengan suami aku. Pastu pergi rumah sewa kemas beg baby. Pergi pulak rumah baru kemas beg aku dan beg Iqbal Akif sebab baju kami dah bawak awal ke rumah tu. Semua beg dah siap sebelum tu, cuma belum packing betul betul. Time tu rumah sewa memang bersepah gila. Rumah tengah dalam proses mindah kan.

Suami aku dah pesan, tak yah fikir pasal mindah rumah dan Iqbal Akif. Biar dia yang selesaikan semua. Tugas aku cuma rehat cukup cukup kat wad untuk persiapan cser esok. Sayu sangat aku rasa time tu. Sebab aku tak bersedia mental lagi. Aku call ma tahan sebak. Taknak ma aku tau aku sedih.

Aku warded wad, semua berjalan lancar. Suami aku hantar Iqbal Akif balik Kemaman rumah tok abah sebab suami aku nak pindah semua barang dari rumah sewa malam tu jugak. Ye la takkan nanti bila aku dah bersalin nak bawak balik baby duduk rumah sewa tu lagi. Barang bersepah sepah. Nak tak nak memang kena pindah masuk rumah baru. Malam tu, 7 trip suami aku ulang alik pindah barang dari rumah sewa ke rumah baru dengan bantuan pikap kawan dia. Aku orang pertama masuk rumah kat taman perumahan tu. Taman baru, Nasib baik rumah tepi jalan. Tak la sunyi dan takut. Malam tu jugak suami aku pergi ambik langsir yang kami tempah kat Kamdar untuk pasang dalam bilik. Dah siap 3 4 hari cuma tak dan nak pergi ambik. Nasib baik langsir dalam rumah dah selesai awal.


31 Mei 2016

Aku sepatutnya orang ketiga dalam list menunggu untuk cser pagi tu. Sepatutnya dalam pukul 10 pagi. Tapi berlarutan ke pukul 12 sebab 2 kes emergency kena masuk dulu.

Aku dah ada 2 kali pengalaman masuk bilik bedah. Ini kali ke 3. Tapi setiap pengalaman memang tak sama.

Pagi tu aku mandi awal. Pukul 6.30 pagi aku dah mandi. Aku dah puasa dari pukul 10 semalam. Tak lapar sangat. Tapi dahaga. Pagi tu memang berdebar sangat. Tapi boleh bertenang lagi. Tambah pulak bila tau kes kita postpone. Hilang debar. Dekat pukul 12, nurse datang suruh salin baju. Fuh, berdebar datang balik. Dah siap salin baju, kena masuk bilik untuk masukkan salur kencing dan minum air apa ntah. Aku tak suka air tu. Masuk salur kencing, aku dah start tak selesa. Sebab kencing aku tak lawas sebab puasa air kurang. Memang tak selesa sangat sangat.

Dah pakai topi siap, aku panjat katil roda. Nurse suruh salam dengan suami. Anak aku taknak dekat aku langsung. Dia takut tengok keadaan aku macam tu kot. Sayu hati aku time tu. Dah masuk bilik OT, kena stop dekat ruang menunggu dekat setengah jam. Kat situ nurse dari wad akan bagi dokumen pada nurse OT dan ada borang yang diorang kena rekod dan sign. Kat situ jugak doktor bius datang jumpa aku cek kesihatan samada aku dalam keadaan baik untuk dibedah. Sepatutnya doktor bius jumpa aku petang semalam. Tapi sebab aku check in wad lewat, doktor dah habis duty time tu.

Dah setengah jam, bunyi interkom dari balik pintu suruh kami masuk. Nurse tolak aku masuk bilik OT. Memang sejuk yang amat. Suasana dalam bilik tenang je. Ramai staf. Aku tak tau skop kerja masing masing. Sejuk bilik tu sampai aku mintak selimut letak betul betul atas badan aku.

Masa diorang nak pindahkan aku dari katil tolak ke bed OT, aku masih tak selesa dekat tempat kencing. Bila dah pindah bed, Diorang start pasang macam macam alat. Ada yang sepit kat tangan, lekat kat dada. Tangan aku kena depakan ke kiri kanan. Dah siap pasang macam macam, nurse mintak aku bangunkan badan untuk cucuk epidural di belakang pinggang.

Seksa time ni. Nurse bagi aku satu bantal untuk peluk sambil tenang dan turunkan bahu. Jarum epidural sapa yang tak pernah tengok dekat facebook, boleh la google. Dan boleh baca effect dia skali. Sakit yang amat. Tapi Alhamdulillah aku boleh control.

Dah siap, aku baring semula. Nurse masukkan blower pemanas dalam selimut aku. Baru nyaman time tu. Tapi tetap rasa sejuk bahagian kaki dan tangan. Dalam 5 minit, nurse suruh aku angkat kaki. Aku dah tak rasa kaki aku. Maksudnya, epidural dah berkesan. Aku dah dibius separuh.

Masa awal awal doktor belah perut aku tak rasa sangat. Siap boleh bersembang dengan doktor. Tapi masa doktor start nak keluarkan baby, memang rasa perit perit kat perut. Sebab doktor gegarkan perut aku kuat gila. Aku risau kot bius hilang. Cepat aku bagitau doktor. Tak rasa sakit tapi rasa perit. Tu normal. Sebab aku tak rasa sakit cuma rasa sentuhan.

Alhamdulillah tepat jam 1.58 petang, anak aku keluar dari perut. Menangis kuat yang amat anak oi. Aku nampak nurse bawak untuk bersih dan timbang baby. Nampak alat sulit dia, boy jugak haha.

Baby 2.6 kilogram. Semua sihat sempurna. Sambil doktor jahit perut, nurse letak baby dah bersih atas dada untuk nyusu tapi sekejap je. Sambil jahit doktor puji luka cser lama cantik takde masalah. Doktor tanya makan apa, aku jawab la ikan haruan buat sup. Ikan haruan bagus tapi limit makan dia seminggu je. Jangan makan lebih seminggu, nanti effect pada organ lain.

Dah siap semua, nurse tolak aku dekat bilik menunggu. nurse bagitau wad kelas pertama ada kosong jadi aku boleh terus masuk wad sana kejap lagi. Tapi dia punya 'kejap lagi' sampai 3 jam aku kat situ. Yang aku hangin, setiap kali nurse lalu tepi bed aku, aku suruh tolong bagitau suami aku kat luar yang tengah nunggu tu. Bagitau status aku dan baby. Sebab aku start masuk pukul 12.30 tengahari siap 2.30 petang.

5.30 petang baru nurse tolak aku masuk wad. Dan rupanya time tu jugak la nurse baru cari suami aku bagitau pasal aku dan anak. Memang marah gila suami dan ma abah aku. Bayangkan, masuk bilik OT pukul 12.30 sampai pukul 5 petang tak keluar keluar. Mesti diorang pikir macam macam kan. Rupanya nurse tu tak pegi cari pun suami aku kat luar. Diorang tak beritahu pun yang aku dah selamat dibedah apa semua. Sepupu aku yang memang keje kat hospital tu memang mengamuk la. Dia pergi jumpa direct sister yang jaga bilik OT tu. Nasib baik la tak panjang cerita.

Petang tu nurse hantar baby ke katil aku. Alhamdulillah baby takde masalah. Bius aku belum hilang, jadi rasa kurang sakit. Mudah aku nak menyusu baby. Malam tu baby pun tidur dengan aku. Alhamdulillah anak yang mudah dijaga. Sampai sekarang.

Lusa tu aku dah boleh discharge. Terus balik ke rumah baru. Abang Iqbal awal awal taknak kawan lagi dengan ibu. Terkejut kot tiba tiba ibu bawak balik baby. Lama lama dah ok.

Kuning ada jugak sikit. 2 kali je pergi KK untuk ambik darah. Drop sampai bawah 100 terus tak payah pergi. Lega aku.

Ni la kisah sepanjang aku mengandungkan baby dan selamat bersalin.
Hari ni baby dah cukup 3 bulan. Pagi tadi dah pergi cucuk. Dah makin bambam.

Alhamdulillah. Next time aku buat entri pasal baby membesar plak.

Tuan Iqmal Arsyad bin Tuan Mohd Fadli
31 Mei 2016
1.58 petang
2.6 kilogram
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan



Comments