Tacing Story : Kisah Roti Si Sulong


Assalam.

Short story. 

Iqbal Akif turns 3 already. How times fly. Ibu tak sempat lagi buat entri pasal anak sulung ibu tu. Ni nak cerita kisah tacing.
Semalam keluar berdua je dengan Iqbal Akif pergi kedai runcit area taman perumahan since ayah sibuk bersihkan halaman rumah dan tinggalkan baby tengah tidur. 

Sampai kedai Iqbal Akif minta belikan roti. Ok ambik satu sahaja. Iqbal Akif ni budak cerdik, setiap kali ambik apa apa barang dekat kedai dia akan monolog dengan diri dia sendiri said "kena letak atas meja dulu ibu nak bayar". Aku dengar je dia cakap macam tu sambil buat buat tak dengar sebab dia tengah belajar thinking before doing. Dia faham yang benda tu kena beli, bukan ambik free. 

Balik rumah, cepat cepat tunjuk kat ayah roti yang dia beli. Roti rm1.20 je pun. Ayah bergurau tanya roti ayah punya mana. Then dia jawab "abang ambik satu je ayah,". Dia belajar maksud amanah. Sebab dekat kedai tadi aku dah pesan supaya ambik satu je roti. Bila ayah dia tanya, dia jawab apa yang dia buat, sebab dia ingat pesan ibu ambik satu je. 

Sambil dia kuis kuis roti tu nak makan, dia macam termenung. Tiba tiba dia belah dua roti dia, "nah ayah abang bagi". Oh anak. Awak dah belajar maksud kasih sayang dan give and take. Terkejut ayah dia bila tengok aksi spontan tuan sulung dia. Cepat cepat aku puji Iqbal Akif. Dan aku boleh tengok muka bangga pada wajah dia. 

Moga Tuan Iqbal Akif terus jadi anak yang baik, sihat dan cerdas ye sayang. 

Jadi abang yang baik untuk adik awak Tuan Iqmal Arsyad. 

Kisah spontan. Memori yang kadang kadang kita lupa bila anak sedang membesar. 


Wallahualam.

Comments