Hye 2017!

Assalamualaikum.

Dey, nak abis Februari baru nak update entri. 

Berpeluh aku nak habiskan Januari tau. Macam macam hal. Tapi takpe. Allah SWT sayang kami sekeluarga. Tu Allah SWT ingatkan dengan macam macam dugaan.

Dah 2017!

Lagi 3 tahun 2020. Kereta terbang tahun ni kot launching. 

2016 throwback.

Tuan Iqmal Arsyad, welcome sayang!

Alhamdulillah. Pelbagai kisah mewarnai kami semua. Yang paling best, bulan Mei rezeki dapat tambah anak. Ni memang wishlist aku, nak anak dua orang bila umur masuk 30. Bulan lahir sama dengan ibu, zodiak sama dengan ayah :) Dah dua orang anak aku rupanya. Huhu. Macam tak percaya pun ada. Dua dua boy. Ai is suka ok dua2 boy. Ramai cakap kesian aku takde rezeki anak perempuan lagi. 

Hakikatnya, aku suka la dapat anak lelaki. Memang dua dua lasak, tapi tak susah nak jaga. Tak reti nak cakap macam mana tapi aku rasa jaga anak perempuan rumit sikit kot. Nak jaga tak bagi ada parut la, nak jaga perangai lagi, nak jaga hal keperempuanan pulak.

Kalau anak lelaki ni kategori lantak kau la. Kehkehkeh. Maksudnya tak la rumit kot. Tapi, kena train jadi manusia yang boleh pimpin ibu ayah masuk syurga sekaligus bawak isteri dan anak anak dia jugak. Hurmm. Eh dua dua susah la. Janji ibu ayah kena main peranan. Aku ok je boy ke girl. Dua dua rezeki.

Home Sweet Home

Alhamdulillah. Dah ada rumah sendiri. Yeay. Tak percaya berjaya juga beli rumah. Dulu masa awal awal kerja macam tak pernah terfikir nak beli rumah. Time tu fikir dah umur 40 ke atas baru nak buat rumah kat kampung. Rupanya Allah SWT lebih tahu. Walaupun dapat beli rumah kecil je, tapi Alhamdulillah dah ada aset sendiri. Impian suami aku nk rumah ada tanah, ha rezeki dia la tu dapat rumah corner lot.

Kitaorang pindah rumah malam aku masuk wad nak bersalin Iqmal Arsyad. Cemana tu?

Asalnya memang plan nak pantang kat rumah baru. Dan dalam tempoh dua minggu sebelum due date, kitaorang slow slow angkut barang kecik kecik dengan kereta hantar ke rumah baru. Tak jauh pun. Dalam 15 kilometer je rumah sewa ke ruman sendiri.

Dalam sibuk duk ngangkut sikit sikit tu, rumah sewa bersepah la kan. Ruang tamu penuh barang suami aku longgok satu tempat senang nak masuk kotak katanya. Habuk pun merata.

Aku pulak time check up masuk 39 minggu (time ni due date lagi seminggu), baby dalam perut duduk melintang. Kena refer pakar O&G di HTAA. Time pergi refer pakar ni aku pergi sorang je. Sebab aku dan suami fikir takde apa isu besar pun, just nak scan baby samada melintang lagi ke tak. Dah scan semua, doktor bagi susprise kat aku.

"U kena admit hari ni. Esok cser"

And again.

Allahu. Menitik nitik air mata aku depan doktor.

Aku sehelai sepinggang kot. Dah la suruh aku admit time tu jugak. Dengan aku datang sorang, baju semua takde, anak sulung dekat taska, rumah sewa tunggang langgang berdebu habuk, rumah baru tak siap kemas lagi.

Aku call suami aku. Dia cool. Lepas aku janji manis dengan doktor cakap aku akan datang warded hari tu jugak sebelum jam 2 petang, aku drive balik kemas baju. Time huru hara tu jam 12 tengahari.

Dalam masa 2 jam mana dan oi. Nak makan lagi, kemas beg lagi campur nak nangis lagi. Rumah dengan hospital jarak dekat 25 kilometer jugak kot. Aku time ni pening dah dengan keadaan rumah lagi, dengan fikir Iqbal akif lagi. Mesti sedih dia. Pagi tadi aku hantar dia school ok je. Last last ibu masuk wad. Pukul 4 petang baru aku check in wad. Sebelum tu ber belas miscall dari hospital. Takut aku lari la tu.

Ok, tiba tiba fikir lepas keluar wad nanti kita dah bawak baby sekali balik. Tak kan nak berpantang dengan keadaan rumah berhabuk berdebu barang merata rata ni.

Suami aku cakap, tak perlu fikir. Tu semua biar dia yang settle.

Lega aku. Sebab, I know my husband better. Bila dia cakap semuanya ok, maksudnya semua tu dia boleh urus. Kalau dia kelam kabut, aku tau dia perlukan aku untuk selesaikan bersama. Time tu, aku tengok dia cool sangat. So aku tak risau. Petang tu admit, suami balik Kemaman ambik mak dia bersama sama Iqbal Akif hantar rumah kakak dia di IM. Iqbal Akif ramai sepupu kat situ jadi dia ok. Malam tu, aku rehat rehat kat wad, manakala suami aku bersama kerahan tenaga kawan kawan dia angkut SEMUA barang dalam rumah sewa hantar ke rumah baru. Mana sempat nak cari lori. Angkut semua benda dengan pikap kawan dia.

Ulang alik rumah sewa ke rumah baru sebanyak 9 trip. Masa suami aku cakap 9 trip, baru aku sedar rumah aku banyak gila barang. Padahal baru duduk rumah sewa tu setahun kot. Malam tu jugak kitaorang check out dari rumah sewa tu. Esoknya aku bersalin secara cser dengan bahagia bila aku dah tau rumah baru sedia diduduki. Alhamdulillah.

Dari tarikh entri ni dibuat, aku dah 8 bulan duk rumah baru dan usia anak kedua aku pun 8 bulan jugak.

Ni antara 2 benda besar yang dihadiahkan pada kami sekeluarga di 2016. Syukur sangat sangat.

Tamat kisah 2016.

Tahun 2017 ni, awal awal Allah SWT dah uji.

Kereta suami aku kena langgar time parking depan rumah abang dia kat Ulu Langat.
Anak nombor 2, Iqmal Arsyad masuk wad, batuk berkahak.
Kereta aku kena langgar masa suami aku dalam perjalanan nak ke hospital tengok Iqmal Arsyad.
Suami dan Iqbal Akif kena cirit birit. Suami aku kena seminggu. Sampai lembik gila hilang 10kg.
Motorsikal suami hilang masa kitaorang balik kampung. Motor letak dekat porch kereta.

Allah. Allah.

Sabar banyak banyak.

Moga dipermudahkan segalanya.

So, welcome 2017.

(walau dah nak habis Februari pun)


Moga kami sekelurga diberkati hidup, dimurahkan dan dimudahkan rezeki, diberi kekuatan dalam mengharungi hari hari mendatang, diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan, dipermudahkan perjalanan kami, dipermudahkan urusan kami, dan bahagia sekeluarga dunia akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Wallahualam.


Nad.


Comments