Ganja

Hi.

Ok bukan aku ambik ganja.



Minggu ni macam mendung sangat je aku rasa. Mendung yang tak hujan tapi panas bahang. Bukan cuaca, tapi aku. Haa paham tak. Rasa macam sayu je hati. Sebab kau ambik ganja ke Nad?

Choiiiii

Minggu lepas, students aku tengah kerja keras siapkan final year project (FYP) memandangkan ni sem last. Dan disebabkan junior2 dah pernah tengok ada senior diaorang yang nak kena ulang sem sebab tak siapkan FYP, maka junior yang sekarang dah jadi senior bertungkus lumus.

Dalam semua duk sibuk sibuk tu, maka ada yang ambik peluang. Peluang macam mana?

Peluang untuk pontengkan diri dari hadirkan slot FYP. Sebab sekarang slot FYP sepanjang waktu kelas. Maka kelas dah takde jadi kena fokus FYP je yang mana masing masing hadap projek masing masing sekali sekala sahaja jumpa penyelia masing masing.

Sehinggalah satu hari, 2 3 orang yang ponteng berhari hari. Jadinya bos warning la. 

Habis cerita ponteng. 


Masuk minggu ni pulak. Hari isnin, budak budak yang ponteng tu ada masuk bengkel. Jadi teruskan kerja macam biasa. 

Tiba hari Khamis, tiba tiba batch kaki ponteng tadi kena pergi lawatan ke suatu tempat kena naik bas. Semua pelajar batch tu naik bas pukul 11 pagi. Bila tanya nak pergi mana, warden diorang tak bagitau. Cakap nak pergi JKR la, SIRIM la. Diorang balik semula dalam pukul 1 petang. Aik, sekejapnya.

Time diorang pergi pun kami kat bengkel tak tahu. Dah balik baru tahu.

Bila masuk slot petang ke bengkel. Semua start kerja macam biasa kecuali 2 orang ni yang macam gelisah sangat.


Sehinggalah ada salah sorang kawan diorang cerita hal sebenarnya.



Tadi diorang naik bas pergi AADK. Diorang pun tak tahu nak pergi mana. Sebab warden kata nak pergi tukar kad matrik baru. Ye la kalo bagitau hal sebenar, mesti yang bersalah taknak naik bas.

Bila sampai AADK, semua students tu kena urine. Maka ada la sangkut 2 students.

2 students tu dibawa balik ke bengkel macam biasa dan sehingga sekarang tengah tunggu Timbalan Pengarah panggil tapi tak panggil2. 

Dan paling sedih, dua dua yang sangut urine tu dari bengkel kami.




Cerita pasal Budak Sangkut Urine (BSU) 1.

Bukan islam. pernah kena buang dari satu tempat pengajian sebab kes cabul. institut aku terima dengan hati yang sangat terbuka. Kemudian masuk sini pernah kena gantung dari pengajian sebab kantoi bergambar dengan kawan kawan dekat asrama dengan botol arak. entah macam mana gambar tu tersebar dalam institut ni aku tak tau. tau tau kena gantung je. sebab time dia kena gantung aku tengah cuti bersalin. masa kena gantung, part time kerja bonzer dekat kelab malam. aku percaya sebab dia memang macam samseng. ambik ganja masa balik kampung time ponteng tu. ikut kawan kawan. siap cakap, kalau mak dia tahu boleh kena tetak dengan parang dengan mak dia. 


Cerita pasal BSU 2.

Melayu. Sihat tubuh badan. Comel sebab chubby. Chubby kategori gemuk. Dah lama ambik ganja. Dari kawan kawan masa zaman sekolah. Maksudnya, terpengaruh dengan kawan kawan dan dah lama ambik ganja ni. Ni baru kantoi. DAN, ada masalah keluarga. Mak ayah bercerai tapi sering gaduh. Mak selalu jadikan si chubby ni sebagai tempat luahan. Stress, mungkin cuba ambik ganja. 



Yang BSU 2 ni bukan orang senang. Dah banyak kali nak berhenti belajar sebab stress. Aku pulak yang stress sekarang. 

Macam mana masa depan mereka ni?
Boleh berhenti ke ambik  ganja?
BSU 2 ambik ganja dari umur 16
BSU 1 terpengaruh kawan
BSU 1 tak tau BSU 2 ambik ganja
BSU 2 tak tau BSU 1 ambik ganja
Dah kantoi masing masing baru tahu
Aku harap 2 orang tak bergabung

Aku harap sangat mereka menyesal bila dah kantoi ni. Allahu.





Comments