The Plaza Hotel, Kuala Lumpur


Assalamualaikum wbt.


Settle gubal soalan akhir untuk pelajar pelajar semester akhir KV. Pengalaman pertama bagi aku ni. Kalau nama aku naik lagi kena gubal soalan, boleh la say yes lagi. Cuma rasa dah tak sanggup kalau lama lama. Hari tu 5 hari ok. Lama sangat dah untuk orang yang ada anak kecik macam aku.

Tadi dapat whatsapp dari office bagitau aku kena pergi HQ untuk attend Mapping Course 3 hari 2 malam. Eh sorry ye. Dah la aku baru balik gubal soalan, tak sempat dobi semua baju dah kena pergi attend course pulak. Bagitau pagi, suruh pergi petang tu jugak. Dah la pahang cuti am hari ni. Ingat aku bujang gamaknya senang nak pack baju terus jalan. 

Dah la gubal soalan tu kena kerja hari Deepavali. Sigh.

Nak cerita pasal hotel ni. Bagi aku, ok la. Tapi tak cukup wow lagi la.

The Plaza Hotel, Jalan Raja Laut *ihsan Google*

Hotel ni, duduk sebelah hotel The Grand Continental. Sebenarnya Grand Cont tu duduk belakang The Plaza ni. Macam menyorok pun ada Grand Cont ni. Aku tak pasti ada berapa Grand Cont dalam KL, tapi Grand Cont ni duduk paling dekat dengan Jalan Haji Taib dan Jalan Chowkit.

Jalan depan hotel amatlah sibuk. Sibuk dan bising. Weekdays boleh tahan lagi. Weekends, memang stress la. Nama pun bandar hidup. Pukul 2 3 pagi merempit lagi kategori biasa la kot. 

*ihsan Google*


Bilik biasa je. Ada connecting room kalau berkeperluan. Bilik aku ada bath tub. Tak pasti bath tub tu tersedia semua bilik atau rezeki aku je dapat bilik tu. Roommate aku orang Sabah. Satu pokok cuma dahan lain lain. Kira dia dahan borneo la. aku dahan pantai timur. Giteww. 

Bilik air takde selipar. Beku kaki menahan sejuk. Toiletries pun sekadar shower gel, shampoo & conditioner. Berus gigi plastik dengan shaver takde. Ke toiletries ni ikut star rating hotel. 

Iron takde dalam bilik. Kena iron baju dekat bilik khas kat luar. SEJADAH takde. Kitab Quran ada. Sejadah lagi penting dari Quran kot. Aku syak Quran tu untuk halau hantu LOL

Front desk hotel kena upgrade communication skills. Layan acuh tak acuh je. Tak rasa dihargai pun time nak check in tu. Tanya banyak sikit dah muka macam nak stress. Tapi dimaafkan la sebab name tag dia tulis Trainer. 

Makan complete time. Makan pun ok. Serve malay dishes every time lunch and dinner. Bak kata senior aku, nak merasa tidur merata rata hotel, masa dalam perkhidmatan kerajaan je la. Nak harapkan kita sendiri nak tidur hotel tu, entah bila la kan. Lagi lagi kerja macam aku. Memang tiap tiap tahun kena gubal soalan dan gubal syllabus, merasa la tidur hotel. HQ pulak cerdik jugak, cari hotel pusing satu Malaysia. Kejap buat dekat KL bulan depan dekat JB lagi 2 3 bulan naik nama pergi Penang plak. Rezeki la tu. Berkhidmat la selagi orang nak. Kah!

Dari bilik aku nampak sebelah puncak KLCC. Nampak sebelah je ok. Dah la yang nampak sebelah ni kena mengintai baru nampak. Kesian aku. Lagi satu terlindung dengan bangunan lain. Cantik KLCC malam malam kang. Aku ni tiap kali pergi KL memang aku aruk dengan suami suruh lalu jugak depan KLCC. Tak singgah takpe janji lalu. Padahal nak pergi Kajang takde kena mengena lalu depan KLCC. Perangai sangat.

Aku jalan kaki je pergi Chowkit. Dalam 1km jugak la aku rasa. Tercungap cungap jugak la. Dari hotel menuju Chowkit, nampak la Lorong Haji Taib. Kat situ ada jual bundle banyak. Selain jual diri. Eh.

Sekarang tengah musim pisang kaki. Ke pisang kaki tak bermusim? Confuse aku. Sebab kadang kadang pergi sana takde pun buah tu. Duku Terengganu pun dah start jual.

Area hotel pun mudah nak cari makan. Tapi majoriti, mamak la. Aku ok je mamak. Hari tu aku pergi makan kedai Kudu bin Abdul. Mamak jugak. Nampak orang beratur ramai, aku pun beratur jugak. Boleh la rasa dia. Takde beza dengan Bombay Kuantan.

KK Mart 24 jam sebelah hotel je. 7-11 depan hotel, kena lintas jalan naik jejantas sebab jalan sibuk teruk. Masalahnya, atas jejantas penuh dengan budak budak laki pompuan punk gincu hitam seluar koyak gelang duri tu. Aku turun semula terus pergi KK Mart je. Takut aku. 

Parking hotel, very limited. Parking bawah hotel. Kitorang sampai awal, dapat la parking. Ada member kena parking tepi hotel, parking free cuma macam tak selamat. Dan, sebelah hotel ada buat sewa basikal. Apa nama basikal tu lupa dah. Go Ride tak silap. Nak guna basikal tu kena download dulu apps Go Ride kalau tak silap. Aku tak tau sebab tak sewa pun. 

Masa pergi gubal soalan ni, handphone aku rosak. Charge tak masuk. Stress jugak la. Dah la rindu anak anak, nak video call kejap kejap je. Nasib baik roommate baik, bagi pinjam handphone video call anak. Thanks ba. Boleh ba kalau kau. Handphone rosak jadi nak explore merata  pun takde mood. Yang satu office dengan aku siap sampai Pavilion. 

Hari last sempat la pergi IKEA Cheras. Sebelum ni pergi IKEA Damansara je. Not bad la. Lepas ni kena pergi lagi IKEA.

Tu je. Anak aku dah bangun tidur. K bye 









Comments