Silka Hotel, Johor Bahru

Depan hotel

Assalam.

Ok cerita ni ringkas je sebab gambar takde. Tak sempat nak bergambar la main terkejar kejar macam ni. 

Minggu lepas ada 2 3 kali suami aku bunyi nak bawak anak anak holiday. Awal awal aku layan jugak, tolong suggest tempat best dekat semenanjung Malaysia ni. Tapi macam biasa la cadangan aku memang mentah mentah kena tolak. Konon cadangan aku lebih kepada nak shopping bukan nak pergi rileks rileks. Lepas tu aku malas nak layan dah. 

Minggu tu memang aku dah plan taknak balik kampung sebab nak settle kain menimbun. Bangun sabtu pagi tu, laki aku suruh kemas beg kita pergi holiday. 

Aku tanya,

Nak pergi holiday mana? Ntah.
Berapa hari? Ntah. 
Hotel ada ke weekend sambung dengan Krismas ni? Ntah.

Perangai sangat. Pagi tu aku dah janji dengan biras aku nak ambik barang dekat rumah dia jadi kena settle kan dulu. Kemas beg semua, keluar dari rumah pukul 1.30 petang. Dan masa keluar rumah, masih tak tau nak pergi holiday mana. 

Tengah tengah atas jalan tu aku google agoda, ok kita pergi Ancasa Royal Pekan. Hotel ni best bilik luas gila kolam luas semua luas. Time tu aku call ada bilik hotel yang masih available. 

Dah sampai Peramu, tetiba laki aku cakap kita pergi JB la. Plan malam tu tidur Mersing dulu esoknya baru ke JB. Aku layankan je. 

Dah call Seri Malaysia Mersing bilik ada kosong. Tapi limited. Ok takpe la. Dah sampai Rompin sekali lagi laki aku buat perangai taknak tidur di mersing dia yakin dia boleh drive sampai JB walau time tu anggaran sampai sana jam 1 pagi. 

Last aku pergi JB adalah 16 tahun dulu. Tu pun aku taktau macam mana boleh sampai sana tiba tiba bapak aku tunjuk seberang sana tu singapore. 

Excited la kami anak beranak. Tapi memang mimpi ngeri la. Kami sampai JB awal dalam pukul 11 malam. Isi perut dulu semua, sesi cari hotel. 

Time ni agoda tak payah cakap la, full satu JB kecuali Doubletree By hilton yg harga rm6000 satu bilik satu malam. 

Kami start cari hotel dari start masuk JB sampai ke Danga Bay semua PENUH. Time ni memang anak anak semua dah penat ngantuk aku pun dah moody letih nak katil je. Ada la dekat 30 hotel shoplot aku keluar masuk semua penuh. Stress cari hotel sampai termuntah muntah tepi jalan. 

Allah tau ko dah stress. JB ni jam 12 malam masih jem. Aku tak tau sebab minggu Krismas atau memang weekend di jB macam tu. Tengah hadap jem, laki aku terperasan hotel dekat shop lot. Sempit sangat kawasan tu. Geng india jaga kaunter. Takut weh. Sorang sorang dengan mata merah dengan penuh tatu pandang aku atas bawah. Bilik kosong tinggal 2 je. Harga rm45 takde aircond kipas je. Masa ni aku dah nak give up dah. Tapi budak budak jaga kaunter sangat sangat lah baik. Siap turunkan harga sebab dah lewat check in dan sebab diaorang kesian dekat anak anak aku aircond takde dalam bilik. Bilik yaRabbi. Aku taknak ingat. Katil berbau. Warna dinding scary. Mandi sambil pejam mata. Cebok berak anak sambil tutup mata. Tak sanggup nak tengok keadaan tandas tu. Geli aku bila ingat balik. 

Walau tak dapat tidur bising geng geng diorang karok la sembang kuat la, esok pagi pukul 7 pagi dah check out sebab tak nak hadap dah toilet berlumut tu. Siap breakfast cari hotel lain pulak. Silka hotel ni available 1 bilik dalam agoda. Aku dah nak siap book tetiba bilik full booked. 

Terus aku cari no telefon Silka dan alhamdulillah bilik hotel masih ada tapi limited. Hotel ni letak dia di Masai. Pagi tu jugak kami pergi cari hotel tu dan book siap siap. 

Hotel ni mudah je nak cari. Guna lebuhraya pasir gudang exit Masai, dari exit tu dah nampak hotel tu. Hotel tu renovate dari apartment to hotel. Berhadapan hotel ada Tesco. Tak jauh jugak dengan Aeon Tebrau dan IKEA Tebrau. Nak ke bandaraya JB dalam 20 minit kalau tak jem teruk. Jadi aku rasa hotel ni sangat strategik. 

Check in hotel smooth. Sekejap je process kemudian dah boleh dapat kunci bilik. Awalnya aku redha je sebab dari luar hotel nampak macam hotel lama dan bilik mesti style lama. 

Tapi tak ye. Bilik kami memang puas hati sangat. Pernah korang check in bilik hotel biasa 1 queen bed tapi ada 2 toilet? Ye. Bilik tu ada 2 toilet yang bersih dan memang standard hotel. Ada ruang untuk tengok tv + sofa, sliding door pemisah ke katil. Awesome weh. 

Aku taktau la semua bilik ke ada 2 toilet tu, tapi bilik aku 411 memang macam tu. Coridor pun luas.

Breakfast ok. Setaraf dengan bintang hotel la. Menu biasa, pilihan tak banyak. Ruang makan dalam aircond limited. Tapi luar cafe pun ada sedia meja makan. 

2 benda yang aku tak berkenan. Satu, parking kereta. Jauh sangat. Tempat parking bangunan sebelah hotel, parking bertingkat, hanya boleh parking floor 3 sahaja dan lift tak disediakan. Tersemput semput laki aku. Kedua, swimming pool pun jauh. Swimming pool ni dia tumpang aparment sebelah. Bukan dalam kawasan hotel tapi dalam kawasan bangunan parking kereta. Tak cantik la nampak orang lalu lalang depan lobi bawak tuala pakai bju renang semua tu. 

Jauh jauh pun 2 kali budak budak ni turun kolam. Ayah diaorang rajin melayan syukur dah aku. Kalau tanya aku, aku suruh budak budak tu main dalam bilik je sampai mereput. 

Kedai makan aku rasa area tu mudah. Sebab kawasan dia bukan kawasan jem. Staff lobi semua ok. Kalau tanya aku apa yang tak ok, aku cuma nak pengurusan hotel fikir cara lain pasal parking kereta tu. Malam tu anak anak aku dah tidur dalam kereta, terpaksa mintak dengan management nak parking kereta  dekat pintu belakang hotel sebab anak anak dah tidur. Tak kan laki aku nak dukung Iqbal Akif yang berat 20kg tu dari tingkat 3 parking bangunan tu.  

Review ni hanyalah tulisan yang datang dari otak aku je. Takde tapis tapis. Aku main tulis je. 

Perjalanan balik kami singgah kedai Kari Kambing 40 hari dekat YongPeng tapi lalu tepi kedai je la. Orang ramai gila macam ada kenduri meriah dia. Aku tengok orang beratur dah berliku liku jalan dia. Pejam mata terus kitorang blah. 

Silka hotel best. Kecuali parking kereta. Tak habis lagi pasal parking. Kah!

K bai. 

Comments