Welcome 2018!



Selamat datang 2018! 

Ok satu satu. Banyak benda nak throwback ni. 



Alhamdulillah siap dapur baru yeayyy. Malam tahun baru rasmi dapur. Maksudnya ngam tahun baru la dapur ni siap. Syukur dapat suami tukang kayu. 90% kerja tangan laki aku ni. 10% lagi kami upah grill dan pasang atap. Setahun baru siap. Sebab laki aku buat time rajin je. Kadang kadang kesian jugak tengok dia dah balik kerja jauh jauh, malam sambung buat dapur pulak sebab bini asyik soal bila dapur nak siap. 

Akhirnya siap jugak. Aku tak sabar nak deko dapur ni. Pintu bawah table top kita tutup dengan langsir dulu. 

Semalam duk ngemas dapur sampai jam 11, aku lupa hari ni anak anak aku first day school lepas cuti panjang. Suami aku tanya nak tidur kat dapur ke malam ni. Terus aku masuk bilik gosok baju sekolah. 

Cerita lain.

Awal bulan puasa 2017, aku disahkan ada hyperthyroid. Sampai sekarang aku masih ada check up appointment dekat HTAA. Alhamdulillah, aku dah bertambah baik. Bacaan thyroid dalam darah pun dah berkurangan dari 150 (masa awal awal kena) turun ke 86 dan sekarang dah 74. Bacaan cantik dia sepatutnya bawah 20.

Cuma bila ada hyperthyroid ni kena planning kalau nak mengandung. Aku rasa sebab kandungan ubat dia terlalu kuat dan effect pada janin kalau termengandung. Masa aku cakap dengan doctor yang aku plan nak mengandung, terus aku kena refer O&G Counselor tapi aku tak pergi pun. Jadi aku kena fikir panjang la. Sehari ambik ubat 9 bijik. Bayang la kandungan ubat tu kan.

Cerita lain.

Oktober 2017 bulan last Iqmal Arsyad duduk dengan pengasuh Navy. Sayang sangat sangat aku dengan pengasuh tu. Pengasuh tu pun sayang anak aku.  Dia jaga anak aku memang aku puas hati la. Tip top. Anak anak dia pun ok, suami dia pun rajin melayan anak aku bawak jalan jalan naik motor. 

Tapi apa kan daya. Suami dia pencen Navy hujung tahun dan dalam masa yang sama dia nak bersalin baby baru. Masa dia nak bagitau aku hal nak berhenti jaga anak aku ni, dia yang nangis dulu. Takde rezeki Iqmal Arsyad nak duduk lama kat kuaters Navy.

Sekarang anak aku dah duduk dengan pengasuh baru. Pengasuh ok, baik. Cuma tak la se tiptop pengasuh lama tu.

Ok cerita last. 

Ni paling epic.

Sepanjang 2017 (campur hujung tahun 2016), dah 5 kali aku buat report polis. Pehal wei sampai 5 kali? Macam macam ok. Fuh. Lap peluh aku kalau ingat semua ni. 

Kali pertama kami buat report polis masa December 2016 dekat Ulu Langat. Sebab ada kereta langgar kereta suami aku (abang ipar pinjam kereta, konvoi dengan kami pergi Langat) yang mana time tu kereta laki aku tengah parking. Tak paham aku macam mana dia boleh langgar. Tengah main phone kot. Nasib baik dia langgar dalam taman perumahan berpagar jadi dia tak lari pun.

Kali kedua buat report polis, Februari 2017. Motor laki aku hilang dalam pagar rumah. Time kami balik kampung hujung minggu. Aku rasa lahanat ni dah aim rumah aku sebab selalu takde rumah hujung minggu. Sekarang aku dah selalu dekat rumah.

Kali ketiga, kereta aku kena langgar. Masa ni suami aku dalam perjalanan nak datang hospital sebab Iqmal Arsyad warded batuk kahak dekat Hospital Kemaman. Sikit je langgarnya tapi nak claim kena la ada report polis. 

Kali ke empat, cubaan melarikan kereta laki aku. Kereta parking luar rumah, bangun pagi esok nak start kereta, tengok dah barai habis bawah stereng si penyangak ni kerjakan. Dia buka semua wayar wayar apa ntah. Sampai sekarang confuse apa jadi masa penyangak ni tengah buat kerja sebab dia tak dapat larikan kereta tu. Agaknya tak pro atau tak sempat siap dia dah blah. Aku ingat malam tu Final Bola Sepak Pahang lawan JDT, geng geng laki aku set up screen besar dekat lorong rumah belakang. Aku tengok bola dekat rumah je. Kebetulan kakak ipar dan mak mentua aku ada. 2 kali aku keluar jenguk luar rumah sebab aku dengar macam ada orang kat luar. Rupanya betul la sangkaan aku malam tu, cuma tak mengena. Dan si perompak ni macam tau tau je semua jantanese takde dalam rumah keluar tengok skrin besar kat belakang. Hurmmm.

Kali ke lima dan aku harap kali ni last aku buat report polis, aku taknak dah wei main report report ni. Penat badan. Taknak dah. Taknak dah. 

Penghujung December 2017, anjing melintas atas highway LPT1 area Bentong dan suami aku tak dan elak. Bumper dan spotlight bawah kereta hancur. Buat report polis dekat Temerloh sebab baru tahu yang sebenarnya LPT akan bayar ganti rugi kerosakan kereta yang datang dari kecuaian pihak LPT. Anjing berkeliaran atas highway maksudnya ada pagar bolos la tu. Kira salah LPT la tu. PLUS pun sama ye. Langgar binatang ke, langgar tayar pecah ke, boleh claim dengan LPT. Cara dia, lepas terlanggar tu, berhenti je di mana mana exit dan singgah dekat pejabat LPT. Semua exit akan ada pejabat LPT. Operasi pejabat sampai jam 10 malam. Dekat situ korang boleh buat report dia akan bagi satu form untuk korang isi. Pekerja LPT akan ambik gambar kerosakan kereta 2 3 keping. 

Aku masih tunggu salinan report dari staf LPT. Dan masuk sebulan lebih ni. Kena rajin call la. Dan ipar aku cakap, mungkin nanti staf LPT akan call aku untuk minta pengurangan charge claim. Maksudya, dia begging dengan kita supaya jangan la claim dalam resit sampai rm2k. dia nak bagi rm1k je. ni contoh. time ni, pandai pandai la korang guna segala hujah dan fakta supaya korang tak rugi satu sen pun. Mana LPT tak call call lagi aku ni. Aku dah standby memetir ni. 

Itu sahaja kisah report polis aku. Dan aku harap report polis langgar anjing tu adalah report polis yang terakhir dalam sejarah kehidupan kami anak beranak. 

Untuk tahun 2018,

Moga kami diberikan kesihatan yang baik
Moga kami dimurahkan rezeki dan diberkati rezeki
Moga kami hidup aman damai bahagia dunia akhirat
Moga segala yang baik berlimpahan dalam kehidupan kami

Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Tinggal 2017. Kita tak kan berjumpa lagi.

Comments