Tiada Sensitiviti

Assalamualaikum wbt.


Semalam dalam group whatsapp kaum wanita pejabat aku, kecoh pasal budak sekolah maut sebab kena bilah traktor mesin rumput. Yang sorang hamba Allah ni, awalnya share berita pasal ni. Aku ok je baca semua duk reply Innalillah Al fatihah semua. Sekali, bertubi tubi hamba Allah ni hantar gambar kejadian. 

Menggelupur aku tengok wei. Dasyat gila gambar. Apa bodoh sangat terfikir nak forward dalam group whatsapp tu. Bukan sekeping dua dia hantar. Berkeping keping.

Yang aku pulak, online whatsapp web. Memang gambar auto download la. Muntah habis tarik urat perut aku. Bodoh.

Aku bagi tazkirah sikit dalam group tu, semua senyap.

Tolong la tanam sikit rasa sensitiviti dalam hati tu. Sama jugak 2 3 hari lepas, ada accident dekat tepi pagar office aku. Laju duk share gambar orang kena lenyek kepala dengan lori. Apa ni.

Benda ni aku dah sawan masa kejadian asrama tahfiz terbakar tahun lepas dekat KL tu. Satu satu gambar anak anak tahfiz rentung orang share. Aku bagi tazkirah jugak masa tu. Tak insaf nampaknya korang ni.

Itu gambar mayat.
Bukan orang yang masih hidup.
Gambar mayat ok.
Dan mayat tu ada family.
Bukan hidup sebatang kara.

Kau ingat ada ke orang sanggup tengok keluarga sendiri gambar matinya di kongsi kongsi tengok. Mati cara aib pulak tu. 

Aku ada pengalaman ok. 

Anak saudara aku, arwah Safwan Haziq. Dia meninggal dalam kemalangan, terbabas sorang diri. Lepas arwah pergi 4 5 hari, kami dapat tau ada gambar arwah Haziq masa kemalangan tu. Aku tengok gambar tu, tak nampak pun muka. Hanya nampak gambar arwah dari belakang, kepala berdarah. Itu sahaja. Tapi kau tau apa impak dia pada kami?

Teruk. Kakak ipar aku tak dapat tidur tiap malam sebab terbayang kan gambar tu. Bukan sebab takut. Tapi sebab mak dia tak dapat nak bayangkan apa yang terjadi masa kejadian tu. Yang pergi, dah pergi. Tapi kami yang hidup ni bukan senang nak terima kenyataan. Gambar yang tak nampak muka tu pun family kami stress jiwa kacau sebab gambar tu gambar mayat ok. 

Bayangkan gambar yang tersebar satu Malaysia, seteruk gambar budak kena bilah pisau tu. Gambar aib. Itu gambar aib. Bayang apa rasa family dia? Mustahil ayah dia mak dia tak tengok. Mesti tengok punya. Ingat mak dia boleh senyum tengok gambar macam tu?

Tolong la Kaum Melayu orang Malaysia, kaum ni je bangsa yang suka share forward foward ni. Tolong simpan sikit rasa sentiviti dalam hati. Jangan satu hari nanti, gambar kau pulak yang orang sebar sebab mati secara aib.

Kau nak?

Aku taknak. Nauzubillah. 







Comments