Setelah 5 Bulan Di Negeri Orang

Di negeri orang ye.  Bukan di negara orang.  Ok baik.  Alhamdulilah rezeki saya sebagai penjawat awam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu ditamatkan dan disambung dengan jawatan yang baru hasil dari penat lelah saya belajar di dalam bidang teknikal selama 3 tahun.  Dan sekarang saya bergelar pengajar teknikal di sebuah institusi kerajaan di Temerloh, Pahang.  Ye, Pahang.  Mungkin ramai orang cakap "Oloh, sebelah negeri je.. kenapa nak sedih jugak". 



Setelah menjalani kehidupan di sini, tiada apa yang membahagiakan saya.  Tetapi, saya tahu Allah SWT sudah jadikan semua ini dengan sebab dan hikmah yang samada kita perasan atau tak.

Permandangan Sepanjang Perjalanan Ke Tempat Kerja 

Ketika menjawat jawatan lama, saya menyewa di sebuah rumah flat di Bandaraya Kuala Terengganu.  Jalan raya yang sentiasa sibuk terutama di waktu pagi ketika semua manusia bergerak ke tempat kerja dan waktu petang.  Setiap kali saya menuju ke tempat kerja, saya akan singgah di kedai serbaneka 24 jam dan membeli belah di situ untuk sarapan.  Ye, beli sarapan di 7E.  (berhampiran rumah sewa saya ada lebih kurang 3 buah 7E berdekatan)  Kemudian, saya menuju ke sebuah gerai yang menjual surat khabar (yang tidak memerlukan saya untuk keluar dari kereta sebab pakcik tu mengusahakan perniagaan surat khabar secara drive thru).  Dengan jalan yang masih sesak, saya sampai ke pejabat dengan hanya mengambil masa 15 minit dari rumah.  Betapa dekatnya rumah sewa saya dengan tempat kerja saya. 

Sekarang, saya di sini.  Saya menyewa sebuah rumah di Mentakab dan mengambil masa hampir 20 minit melalui jalan yang sempit dan saya rasa hanya lori-lori yang menggunakan jalan itu (jalan lama ke Kuala Lumpur sebelum lebuhraya siap).  Saya memandu dengan suasana kehijauan di kiri kanan sepanjang perjalanan.  Gerai untuk sarapan, cuma ada 2 3 buah sahaja.  Sepanjang perjalanan 20 minit itu, hanya sebuah gerai yang menjual surat khabar.  Kebiasaannya, saya selalu tak sempat beli, sebab pemilik gerai tak ambil stock yang banyak.  Keadaan jalan yang agak teruk, berlubang dan tiada penyelenggaraan dilakukan.  Mungkin sebab semua orang dah gunakan lebuhraya.  

*jiran saya sekarang sangat baik dan sangat mengambil berat.  Perjalanan saya ke tempat kerja sangat tenang dan damai.  Kehijauan yang tiada sudahnya.  Kerana kurangnya gerai makan, saya sekarang sudah pandai menyediakan sarapan sendiri.  Sangat jimat.


Tempat Beriadah dan Membeli Belah

Di Kuala Terengganu, Mydin Mall sangat ramai dikunjungi.  Memang ramai yang amat la.  Memang murah dan berbaloi.  Sehingga keluarga saya jika datang pun memang akan ke sana.  Tetapi saya lebih suka berbelanja di Giant Hypermarket.  Di sana kurang orang, tak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran, tak perlu berlaga2 troli dan tak perlu menunggu berjam-jam menunggu parking hanya untuk membeli sebungkus Milo 3in1.  Untuk beli harian, saya suka singgah di Pasaraya sebelah flat Sri Kolam.  Pasaraya tak besar tapi banyak barang basah yang dijual.  Tempat kegemaran ibu dan abah saya bila datang ke Kuala Terengganu adalah Pasar Payang.  Syurga batik dan syurga makanan.  Waktu malam pula, ke I-City Kampung Cina.  Walau tidak sehebat I-City Shah Alam, tapi kemeriahannya memang seronok untuk bersantai selain Pantai Batu Burok.  Kedai makan waktu malam terlalu banyak sehingga saya terpaksa memilih sebuah kedai kegemaran saya iaitu Kedai Cili Padi.  Saya call dan buat order, lagi 15 minit saya dah boleh ke kedainya untuk bungkus bawa pulang.  Taman Tamadun Islam pula adalah sebuah tempat yang pernah menjadi angan-angan saya untuk melawat ke sana.  Selepas menetap di Kuala Terengganu selama setahun setengah, langsung tiada kesempatan ke sana.  Padahal hampir tiap minggu nampak taman tu dari jauh bila saya melintasi jambatan Sultan Mahmud untuk ke Seberang Takir, rumah sepupu saya.

Dan sekarang saya di sini.  Satu-satunya pasaraya yang boleh saya berbelanja adalah TF Mart.  Macam-macam barang ada dijual samada barang kering atau barang basah.  Dah macam Giant pun ada.  Di sini, The Store pun ada tapi tak jual banyak barang.  Di bandar Mentakab ini, cuma ada sebuah sahaja kedai serbaneka 7E.  Ye, sebuah sahaja.  Itu pun, dia punya signboard sudah senget dan lampu signboard yang tidak menyala.  Di kawasan perumahan saya, ada sebuah kedai runcit yang menjadi kedai beli harian saya.  Kawasan perlancongan, ada.  Tetapi bukan untuk orang yang sukakan pelancongan yang moden.  Di sini, lebih kurang 20 minit dari tempat kerja saya, terdapat sebuah Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah.  Setakat ini, saya masih belum menjejak kaki ke sana.  Lebih kurang 45 minit dari sini juga, terdapat kawasan Air Terjun Chamang di Bentong.  Saya google, dan saya dapati Air Terjun tu sangat cantik.  Siap ada jambatan gantung. 

*pasaraya tak banyak di sini, jadi saya kurang untuk berbelanja.  saya sudah pandai belajar berjimat.  waktu malam saya dihabiskan dengan internet dan juga hobi baru saya, membuat kraf. 


Tinggal Jauh Dari Keluarga

Tiada beza.  Ye, ketika di Kuala Terengganu saya telah pun berjauhan dari keluarga dan tunang (ketika itu masih tunangan orang).  Namun, saya masih mempunyai sepupu yang juga kawan baik saya dari kecil yang tinggal di sana.  Segalanya saya mengharapkan pada dia.  Waktu saya mula lapor diri, di rumah dia la saya tumpang.  Dan di hari akhir saya di sana, di rumah dia juga la saya tumpangkan barang.  Terima kasih, sepupu.  Malah, saya juga memiliki kawan yang ramai dan sangat rapat.  Saya ada rakan sepejabat yang sangat best, sama-sama kena marah, sama-sama dengar gosip, sama-sama cover line sama-sama.  Sangat seronok.  Kerja saya pun mudah bila adanya kawan-kawan yang baik. Walaupun kami bekerja dengan pasukan beruniform, namun semua dalam keadaan baik, sedikit pertelingkahan itu dikira adat.  Saya juga mempunyai kawan baik iaitu rakan serumah saya.  Kami sangat serasi walau masing-masing sibuk dengan hal masing-masing.  Walau rakan serumah bertukar ganti, kami semua tetap baik.

Sekarang di sini, saya menyewa sendiri.  Ye, tinggal seorang diri.  Ini untuk memudahkan suami atau keluarga saya untuk datang ke rumah saya. Ye la, bila ada rakan serumah kena minta izin pula.  Kemudian, akan membuatkan rakan serumah jadi segan.  Jadi, lebih baik tinggal sendirian.  Rakan-rakan sekerja, mungkin saya masih baru di sini.  Jadi saya masih tiada kawan yang rapat.  Namun, Allah SWT anugerahkan saya 3 orang rakan yang baik dan mampu dikongsi cerita bersama.  Mereka adalah cikgu kontrak yang akan tamat hujung Disember ini.  Merekalah orang pertama yang bertegur sapa dengan saya dan mengajak saya untuk menumpang 'rumah' mereka sementara saya mendapat rumah sewa.  Moga mereka dapat sambung kontrak dan masih dapat bersama saya lagi.

*saya suka berkawan.  di sini pun saya ramai kawan, cuma tiada yang rapat.  moga saya cepat dapat kawan baik atau mungkin tempat saya bukan di sini.



















Comments

  1. nadic syg!! Bertabah ye.. Dkt lagi tu.. Sy maybe kne pg lg jauh n bkn dkt semenanjung... Maybe..hehe.. Bdrtabah ye..

    ReplyDelete
  2. sy harap maybe awk tu akan jadi kenyataan.. sy tgh bertabah dan moga sy mampu bertahan.. :)

    ReplyDelete
  3. hai nadia! heheh welcome to dunia blog!

    anyway, hmhm siannya kena duk jauh dgn family. saye 2 bln duk jauh, skrg dah pindah kl duk dgn husband. xpe la, rezeki di mana2.

    good luck kt tmpt baru!

    ReplyDelete
  4. hye nadiatul. hampir sebulan baru reply komen. haha. sgt2 busy menguruskan khidupan. haha. well, moga sy pon x lama duk jauh dr encik suami. :)

    ReplyDelete

Post a Comment