Tempat Melancong Impian Kami

Saya dan suami mempunyai banyak tempat-tempat impian untuk dilawat.  Dalam Malaysia je pun.  Tapi nak pergi sesuatu tempat tu, memerlukan masa yang yang sesuai dan kewangan yang mencukupi.  Lagipun, saya selalu berangan nak update entri tempat-tempat yang kami dah pergi macam Janda Baik, Cameron Highlands dan Bukit Tinggi. (baru perasan, tak banyak tempat pun pergi holiday dengan suami)

Lepas ni, insyaAllah saya akan update entri-entri berkenaan.  Tunggu masa yang sesuai.  Ok jom survey tempat impian yang insyaAllah kami akan jejak juga suatu hari nanti, amin.


1. Sabah 



InsyaAllah akan pergi bersama keluarga bulan Mei tahun depan. Tiket da siap booking.          Sangat excited. Huhu.  Tapi sayang, abang dan kakak ipar tak dapat ikut sebab masa tu insyaAllah anak saudara baru saya baru 2 bulan.  Tak apa, lain kali ye.


2. Pulau, especially pulau dalam Terengganu



Plan dengan suami pergi pulau ni sebagai azam 2013 tapi kena tengok keadaan dulu sebab 2013 dah pergi Sabah.  Hehe. 


3. Genting Highlands



Sedih kan sebab tak pernah sampai sini.  Ok, saya bohong.  Last datang Genting masa umur 6 atau 7 tahun.  Tu pun saya tahu saya pernah pergi sana melalui gambar-gambar cute saya. Ingatan dalam memori tak ada langsung.  Ok encik suami pun excited jugak nak pergi.


4. Cameron Highlands



Cameron ni dah jadi macam vacation wajib untuk saya dan suami tiap-tiap tahun.  Tak pernah puas pergi sana.  Kesejukan, kedamaian, ketenangan.  Semua ada dekat sana.  Orang cakap pergi sana bosan sebab tak ada apa-apa.  Tak pandai nilai keindahan alam, memang la bosan :p


5. Penang



InsyaAllah end of this December, kami akan ke sana.  Dah siap booking homestay di Bayan Lepas.  Vacation ni pun abang dan adik saya tak dapat ikut.  Adik sebab tuntutan kerja dan abang sebab kakak ipar tengah sarat mengandung.  InsyaAllah, ma dan abah serta sepupu-sepupu tersayang akan join sekali.  Ok seronok!


6. Bukit Fraser



Dekat je dari tempat saya mencari rezeki ke Bukit Fraser ni tapi itu la, tiada masa.  Saya dan suami excited nak ke sana disebabkan bekas jiran kesayangan saya ketika saya menyewa di luar sebelum pindah masuk kuarters.  Jiran saya suami isteri pernah bekerja dan menetap di Bukit Fraser selama 20 tahun.  Bayangkan.  Pasangan ni hampir tiap-tiap hari akan cerita pada saya tentang kedamaian yang ada dekat atas sana.  Tapi cuaca dah tak macam dulu.  Ok, ozon semakin menipis ye.


7. Kota Bharu, Kelantan



Saya sangat suka ke Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang dan Pasar Siti Khadijah. Semua benda yang ada dekat sana ada di mana-mana tapi keunikan tu hanya terdapat di Kota Bharu.  Lagipun, sejak dari kecil, keluarga saya suka pergi sana.  Kami pernah menginap di Rumah Tumpangan Menteri Besar Kelantan (kalau tak silap saya).  Tapi suami kurang tertarik dengan cadangan saya kalau ajak ke sana.  Suami cakap tak ada apa-apa yang best.  Eeee, shopping kan best!


8. Sarawak



Tak pernah pun saya google apa yang best dekat Sarawak tapi keinginan tu tetap ada untuk jejak kaki ke sana.  Ma dan abah dah selalu ke sana, anak-anak je tak pernah sampai.  Kesian kan.  Lepas dah balik dari Sabah, nak cuba-cuba ajak suami ke sana pulak la.  Mana tau jawapan dia, Ok. Kan.


9. Universal Studio Singapore



Ok ni dah kira over the sea.  USS ni bukan la impian yang harus ditunaikan.  Sebab kalau tak pergi pun tak apa.  Cuma, andaikata berkesempatan dan ada rezeki untuk ke sana, why not kan.  Best tu.  


10. Bandung, Indonesia



Memang nak pergi.  Masa ikut trip dengan office abah dulu, tak pergi Bandung pun.  Pergi Jakarta je.  Barang-barang gila murah.  Pengalaman 19 jam naik bas dari Jakarta ke pedalaman (hantar rombongan kahwin, anak dara dari Malaysia dan terunanya dari Indonesia.  Tapi bukan sebarangan teruna, ada syarikat sendiri di Malaysia gitu jadi kahwinnya harus la grand kan).  Tapi Bandung ni bukan pilihan percutian impian encik suami sebab dia dah pernah pergi, ikut trip company dia.  Masa tu bujang lagi.  Tak adil kan.  Teman la isteri yang tak pernah pergi ni.  Tapi dia tak nak sebab katanya, dah pergi. Ok fine.


Itu la antara percutian saya dan suami yang insyaAllah akan kami jejak juga suatu hari nanti.  Sekarang masih hidup berdua, jadi ni la masa yang sesuai untuk holiday bersama dengan yang tersayang kan.  Nanti dah bertiga insyaAllah, boleh je nak bawa.  Apa ada hal, anak dah besar sikit dah boleh bawa, janji tak cerewet dan tak complicated.  Kata traveller kan :p

(tiba-tiba teringat dengan ma.  Masa entri ni ditulis, ma tengah bersiap-siap untuk join trip bersama kawan-kawan ma ke Thailand, Laos dan Myanmar.  Ma suka juga melancong, macam anak dia.  Tapi sebenarnya ma lagi advance.  Ma dah dua kali pergi Indonesia, dah selalu pergi Sarawak, selalu kursus dekat pulau.  Ni nak pergi 3 negara tu pula dan insyaAllah bulan 9 tahun depan, ma nak pergi Vietnam.  Yang Vietnam ni saya dah booking dengan ma nak ikut. Ngeeee)


Comments