Bila Iqbal Akif Dah 6 Bulan

Assalamualaikum wbt.

Okeh throwback lagi.

Nak cerita pasal resipi-resipi yang pernah aku buat bagi Iqbal Akif makan. Semangat okeh bila anak dah start makan. Masa Iqbal Akif nak cecah 6 bulan, mak dia macam nak sawan cari bahan-bahan / resipi / menu / petua / khasiat. Aku malas nak tepek kat sini 4 days rules tu sebab aku rasa semua mak-mak tahu kot pasal ni.

Tapi perlulah semua tahu, lagi banyak bacaan dan research yang kita buat, lagi berguna. Akibat hampir sawan tu, aku sampai sekarang rilek and cool je bagi anak makan. Alhamdulilah setakat ni tak ada isu lagi Iqbal Akif tanak jamah makanan mak dia buat. Atau memang anak aku jenis makan apa je tak kira sedap ke tak sedap.

Okeh. Bila Iqbal Akif 6 bulan.
Hari pertama dia cecah 6 bulan, aku masak bubur nasik. Tapi x bubur sangat. Lebih kepada air kanji. Yes, air kanji. Ni untuk permulaan supaya anak tak terkejut perut. Aku melayukan perut dia siap-siap. Air kanji ni aku bagi pada taska. Makan setiap tengahri selama 4 hari. Tempoh 4 hari ni untuk tengok samada makanan tu dia alergik atau x.

Bahan : Beras yang dah dibasuh, disangai dan dikisar hancur. Air.
Cara : Masak dalam slow cooker sampai jadi berkanji.
Tempoh : 4 hari. Jangan lebih. Muntah kanji anak karang.

Slow cooker amat membantu sebab aku tak suka frozenkan makanan Iqbal Akif. Jadi aku bangun 6.30 pagi, on slow cooker lepas tu boleh buat benda lain tanpa risau. Pukul 7 dah siap. 

Hari-hari seterusnya aku dah start kisar buah dan sayur. Satu jenis buah / sayur aku bagi untuk 4 hari.

Bahan : epal / pear / pisang / keledek / ubi kentang / cauliflower / brokoli / labu kuning (Iqbal Akif feveret)
Cara : Basuh buah/sayur. Potong kecik-kecik. Stimkan buah sampai lembut. Bila dah sejuk, kisar sampai halus. Simpan dalam bekas. Kalo nak frozen pun boleh.
Tempoh : 4 hari

Ok pengisar aku guna Baby Bullet. Baby Bullet dan Elba Slow Cooker aku beli online di Lazada. Murah weh. Jadi bila dah murah, ko jangan anggap barang-barang ni boleh lasak macam harga ribu riban okeh. Baby bullet aku dapat rm79 satu set dan slow cooker tu rm42. Condition alhamdulilah masih ok. Masa mula-mula aku nak beli, aku buar review dulu dekat blog mak-mak. Ada yang tak puas ati dengan baby bullet ni. Sebab selalu je tak berfungsi bila dah on suis. 

Baby bullet aku pun tergolong dalam kes tu. Tapi macam aku kata la, barang rm79 je kot. Dia tak rosak tau. Cuma sentuhan antara kabel masa on suis tu tak kena, sebab tu tak berfungsi. Aku tak pasti bahasa elektronik ni betul ke tak. Pernah je aku dah siap-siap nak kisar, tak hidup. Aku pergi tidur, bangun pagi esok baru aku kisar semula. Ok plak. 

Ok puri buah / sayur ni Iqbal Akif terpaksa hadap sehingga beliau 7 bulan. Muaknya. Nak buat cemana dik. Mak awak ikut buku sangat. Tujuan bagi puri / buah ni untuk biasakan mulut / perut / badan dia dengan benda manis / masam / pahit / tawar. 

So far alhamdulilah Iqbal Akif boleh terima semua makanan ni. 

Tips : buah dan sayur boleh distim atau direbus bersama. Cuma time nak kisar je kisar asing-asing.
       : stim adalah lebih bagus dari rebus sebab rebus akan hilangkan banyak zat yang ada dalam buah atau sayur.
        : masa nak stim sebarang ubi (ubi kentang / ubi kuning), letak 2 3 hirisan halia. untuk elak perut anak berangin masa makan. Tapi jangan kisar sekali plak halia tu. sekadar distim bersama je.


Next entri insyaAllah resipi makanan Iqbal Akif dari 7 - 10 bulan.














Comments