Doa termakbul lagi

Alhamdulillah.

Tajuk entri bukan berniat utk riak. Tapi utk mberi ingatan kpd diri sendiri. Allah sebenarnya dengar doa kita. Allah tak bagi terus apa yang kita mintak. Sebab, Allah tahu kita org yg kuat utk diuji dgn ksabaran. Maka, org yang kuat ni mesti akan dapat ganjaran yg lumayan.

19 September dapat call dr no telefon KL. Biasanya no gitu tak member kat IKBN Kuala Langat ataupun card credit agent. Suara belah sana mcm familiar. Tp x cam mcm sape. Lepas beliau sampaikan berita yg dah 3 tahun aku tunggu, aku hilang fokus. Tak tau nak gembira ke sedih ke atau aku kena bertenang. Lepas tu dia bg aku pilihan 2 tmpt. Aku ckp bg aku masa 5 minit sy berbincang dgn suami then aku akan call balik. Lepas letak call, adik aku tanya kenapa. Bila aku ckp aku dpt tukar, adik aku gembira. Baru aku perasan yang aku sepatutnya gembira.

Call suami, dia excited. Aku dah fikir mcm2. Lapor diri 3 November. Nak duduk mana. Umah sewa ke, umah mil ke, lori nak kena cari, taska tuan kecik lg, barang nak kena packing, kwn2 kat tmpt baru entah cemane, aku akan ade kwn tak, work station aku mcm mne, sape bos aku nanti. Fuhhh.

Rileks. Tarik nafas. Jangan kalut2. 3 Oktober surat sampai ke office. Orang sibuk nak cuti raya. Bos besar belum tengok lg surat ketika entri ni ditulis. Jangan risau bos, pengganti serentak hokeh. Dapat surat, buat acara wajib. Ambik gambar surat, masuk fb. Kan tu acara wajib. Bukan utk menunjuk. Tapi tu sebagai reward pd diri kita sendiri setelah apa yg aku dan suami lalui selama 3 tahun.

Ketika entri ni ditulis, aku belum jumpa rumah sewa yang sesuai. Taska tuan keciq pun tak cari lg. Padahal masa bergerak. Ok aku nak membebel pada pemilik sewa rumah area Balok / Gebeng and so on. Tolong la jangan anak tirikan kakitangan kerajaan. Kebanyakan yang aku call tanya aku kerja kat mana. Dan jawapan diorg, maaf rumah sewa hanya untuk company. Tujuan? Sebab kalau company harga riban riban pun company bayar. Kalau penyewa biasa macam aku, tak mampu nak buat pemilik sewa naik haji cepat.

Rumah sewa hanya untuk company satu hal. Harga sewa. Harga sewa sama harga dengan harga untuk bayar rumah beli. Paling murah rm600 setakat ni aku jumpa. Tu pun yang teres lama, parking kereta kedua bawah pokok, kalau kereta pertama terlebih parking, pintu rumah takleh bukak. Rm800 rumah semi D. Ada sebijik rumah semi D 2 tingkat tepi pantai aku sms tuan dia. Rm2500. Sebab, rumah ko geng Petronas dengan geng Lynas pernah duduk nyewa.

Ok. Berhenti pikir yang negatif je. Pikir kenangan di temerloh plak. First posting aku ialah di temerloh. Dua bulan pertama aku macam biasa, kena sampuk dengan hantu homesick. Masa tu menyewa sorang2 kat Taman Saga. Suami ulang alik ujung minggu mcm biasa. Anak belum ada rezeki masa tu. Dah habis kena sampuk hantu homesick, aku dpt offer rumah kuarters. Syukur panjang aku.

Bila dah masuk kuarters, kawan2 dah ramai. Nak berkawan dgn org, kena kita yg ringan mulut dulu. Aku hantar sms dekat jiran umah aku, office kitorg sebelah2. Aku sms dia cakap kaknor kalo nak kluar mnum pagi sy nak ikut ye. Haha. Sebabnya pagi2 time aku punch card geng2 dia dah masing2 nunggu dlm kreta nak kluar mnum. Budaya tak sihat? Pedulikan. Janji keje jalan. Start dr sms aku tu, kami pun berbaik. Baik yg amat. Sampai geng2 laki panggil kitorg geng hot. Hahaha.

K aini, k sue, k nurul, k nor, nik, aku. Smuanya pjj dgn suami dan kluarga. Lg mudah. Buat apa2 xde halangan. Gembira, bahagia, tacing, sentap, moody, marah. Tu dah biasa kitorg. Masing2 ada angin. Tapi kena profesional. Sekejap je. Pastu ok.

Pastu k nor dpt tukar ILP Marang. Memang sedih. Pastu k sue tukar AADK kat Penang. Diikuti Nik ke IKBN Kuala Langat pastu k nurul ke Hospital JB. Tinggal aku dengan k aini. Sedih dan pasrah.

Akhirnya sampai jugak giliran aku bertukar. Tinggal k aini sorg2. Tp aku percaya k aini pun x lama kat sana. Dia tgh mohon utk sambung blajar. Tak pun naik pangkat. Masing2 dah ada kehidupan sendiri.

Allah, sy rindu mereka. Moga kami berjumpa lagi.

Comments

Post a Comment