Iqbal Akif Setahun!

Assalam.

(entri lambat update, ibu sibuk sgt)

Selamat Hari Lahir Tuan Iqbal Akif yang pertama!

10.11.2013 - 10.11.2014

Dah setahun dah. Sekejapnya masa berlalu. Terima kasih Allah kerana memberi telah melengkapkan kehidupan kami. 

Bermula dengan ujian tinggal berjauhan kerana tuntutan tugas, kemudian soalan bila nak mengandung bertubi-tubi ditanya. Alhamdulilah, ujian Allah bersebab. Supaya kita jadi kental dan tabah. 

Rezeki anak. Dapat tukar 3 November. 7 hari sebelum Iqbal Akif setahun. 

Sambut birthday Iqbal Akif di Secret Recipe Kuantan. Simple2 je sebab bertiga je kan. Hujung bulan ni insyaAllah sambut ramai2 dengan abang Adam Zuhayr dan Poksyang ye. 


Birthday Boy

Ayah + Akif + Ibu

Iqbal Akif pelik tengok lilin atas kek


Ibu dan ayah ucapkan Selamat Hari Lahir Tuan Iqbal Akif. Semoga jadi anak yang mendengar kata, hormat ibu ayah, berperangai baik, jadi anak yang soleh dan menjadi kesayangan semua orang. Amin.

*Kalau jadi majlis hujung bulan ni, nanti sambung cerita ye. 

Assalam.



Comments