Pre New Year 2015

Assalam.


Cececece tajuk entri tak bleh blah.

Sebab nak masuk Tahun Baru kan. Dah nak masuk 2015.

Kalau refer pada entri tahun 2013 banyak la azam yang timbul. Lepas tu blog ni sunyi sepi. Sejak aku mengandung, rasa nak aktif semula walaupun follower ade 10 orang je. Haha. Eh, betulkan niat. Buat blog untuk rujukan akan datang. Ok.

Impian aku lepas kawen, of course nak anak. Nak masuk 2 tahun baru ada rezeki. Alhamdulilah tuan kecik pun dah setahun sekarang. Kemudian impian aku nak duduk sebumbung dengan suami aku. 3 tahun tunggu baru dapat tukar. Alhamdulillah sekarang tuan kecik ari-ari nampak muka ayah dia. Dengan aku pun dah sombong. Nak tidur malam cari ibu, uh.

Impian tahun 2015 banyak. Aku tiap2 tahun banyak impian. Haha.


1.  Lebih mengenali Allah SWT

Allahuakbar. Aku banyak sangat silap kalo part ni. Kena kenal diri jugak. Kena selam diri betul2 supaya tahu dan tak rugi. Yassin aku tak mahir lagi. Azam aku nak hafal ayat 1000 Dinar dari tahun 2012 lagi. Permudahkan aku ya Allah.


2. Ada rumah sendiri

Yes. Ni impian aku suami isteri. Tapi rumah bapok mahei weh. Target nak duduk area Balok. Kawasan industri Gebeng tak sampai 10 minit ke Balok. Petronas, Lynas, company besar2 berlambak. Tu punca rumah jadi mahal. Rumah tengah pembinaan Rm14ok tapi rumah macam kos rendah. Kita mesti nak yang terbaik kan. InsyaAllah ada rezeki kami. Amin


3. Saving banyak2

Pindah rumah giler banyak pakai duit. Stress. Habis buku bank kena cari. Jadi 2015 kena saving balik.  Wajib saving. Dah tak boleh joli2. Dah tak boleh beli tak ada sebab. 


4. Kurangkan Online Shopping

Aku nak kata tanak online shopping kan kejutan budaya plak. Dalam sebulan tak pernah tak online shopping. Bahaya2. Jadi lepas ni aku nak kurangkan. Baju2 akif pun aku ajak ayah dia cari kat kedai terus. Dulu jarang keluar shopping baju sebab duk jauh. InsyaAllah pasni boleh cuci mata barang2 Akif.


5. Utamakan keperluan anak

Yes. Maknanya untuk perbelanjaan aku dah kena kurangkan. Dah tak ada shopping tanpa sebab. Beli bersebab sahaja. Baju2 Akif kena utamakan. Sebab dia cepat membesar. Ya Allah, semoga kami mampu bagi yang terbaik untuk anak kami ya Allah.


6. Jadi insan

Insan yang baik. Konsep insan yang baik ni mudah sebenarnya. Buat benda betul. Tinggal benda tak betul. Hidup sederhana. Percaya pada takdir. Sujud pada Dia. Tapi, kita selalu sebaliknya. Allahu. Banyak silap aku. Banyak benda kena betulkan semula. Dah banyak kali Allah bagi peluang untuk aku betulkan keadaan tapi aku jenis susah ada perasaan menyesal. 


Setakat ni, tu je impian aku. 


Semoga aku capai. Semoga aku dapat. Semoga aku redha. Semoga aku pandai erti kesederhanaan.




tanam rasa ini setiap pagi




 
Wallahualam.






Comments