Tabiat makan

Assalam.

Entri pasal makan.

Tetiba rasa nak buat pasal entri ni. Sekarang aku asik kuar makan pagi dan tengahari dengan kakak2 satu tempat kerja. Dari start aku belajar di Dungun dulu sampai sekarang aku memang suka perati perangai orang bab makan.

Aku bangsa yang makan semua benda. 

Otak lembu. Batu lembu. Belut. Ulam kerdas. Petai jeruk. Binatang eksotik je tak.

Tak memilih. Langsung tak memilih. Ko masak masin, tawar, pedas, sejuk, panas semua aku telan. Jenis tak reti nak merungut. Tak yah kata beruntung la jadi bangsa macam aku. 

Pernah zaman aku belajar, lepas kelas singgah kedai makan ramai-ramai. Konon nak cepat, semua order makanan yang sama, nasi oreng kampung. Bila makanan sampai, semua beri tumpuan pada makanan. Sama macam aku. Aku makan sampai abis kecuali bilis aku heret letak tepi. Dah angkat kepala siap makan, baru aku perasan member2 aku semua dah tolak pinggan. Ada yang tinggal separuh, ada yang main kuis2 je dengan sudu. Kawan aku tanya "ko tak rasa masin ke nasik dia?" Aku macam "Eh ye ke. Tak pun". 

Ada jugak setiap kali keluar makan, mesti tinggalkan sikit nasik tepi pinggan. Macam bela jin oi. Tak paham aku. Kalo orang yang aku biasa, aku sound direct je. Hape makan camtu, jin tak kenyang setakat nasik seketul tu. Habiskan la. Apa yang tukang masak tu hidang dalam pinggan semua benda yang boleh makan. Ko ingat salad dengan timun tu hiasan semata ke. Tak ada la plak tukang masak letak hiasan kulit kayu manis ke daun limau purut ke kan.

Yang makan sambil mengomen. Ni dulu kepantangan aku. Tapi sekarang aku dah belajar reti bahasa perangai orang. Sambil makan, nak komen makanan tu pedas sangat la, kurang masin la, tawar la. Tapi habis sepinggan. Pelik sungguh la.

Makan macam chef makan. Yang ni aku tak masuk campur. Sebab aku bukan bangsa pandai masak. Sambil makan, "tak berapa pedas la kan. patutnya lada itam lebih skit" "ni aku rasa kena letak garam skit lg. kurang masin" "ni kurang rempah ni, tak kit rase dia". Paling tak tahan "ni aku rasa dia pakai beras cap bla bla sebab tu nasik dia camni". Sampai brand pun ambik kira. Tapi makan habis.

Dulu aku ada tiga masalah pasal makan. 

1. Aku tak boleh makan bilis yang tak garing.

Ni dulu. Kalau nasik goreng ada bilis memang aku kirai2 sampai setambung tepi pinggan. Kalau sambal nasik lemak kan dia letak bilis. Bilik tu jadi lembik. Big no. Aku ambik sambal tu tapi ujung2 je. Buat nampak kaler kat nasik je. Tapi sekarang telan. Tengok mood. Aku telan pun x mendatangkan penyakit pada aku. Tapi sebab ngengada. 

2. Order teh o ais di kedai makan.

Haha. Ni sebab aku selalu set mind aku minum teh o hanya di rumah. G kedai makan mesti la nak order air sedap skit kan. Kalau aku order teh o ais limau tapi yang datang ialah teh o ais, sorry no compromise. Aku panggil balik suruh perah limau. Tak boleh masuk. Rasa macam air aku bancuh sendiri. Tapi kalau aku minum tak naik gatal-gatal pun kat badan.

3. Bau wangi masa tengah makan.  

Ok ni penyakit. Kalau aku tengah makan tiba-tiba lalu orang yang wangi perfume, mood aku makan jadi spoil. Aku tak tahu kenapa. Sama dengan auto perfume dispenser tu. Biasa kedai2 air cond ada kan. Lari mood weh. Aku makan tapi selera jadi kurang. Makan pun jadi slow, tak excited. Tapi habis je. Mana pernah aku makan tak habis.


Sekarang kan ramai jadi manusia anti social bila di meja makan. Ni tabiat gak. Aku pun jadi tabiat buruk tu. Kalau dengan family kurang la pegang hp sebab abah aku suka sound. Kalau dengan kawan2 semua duk pegang hp. Abis kalau semua pegang hp ko nak bcakap dengan sape kan. Kalau makan sorang-sorang aku suka layan instagram. Sebab aku tau kat ig semua duk sibuk tunjuk gambar cantik-cantik je. Tak ada gambar tak senonoh. Kalo fb, peratus utk tengok gambar tak senonoh sambil makan tu tinggi. Kejap-kejap gambar eksiden, kejap-kejap gambar orang buang bayi, kejap-kejap iklan ubat kuat. Eh.

Tapi mujur la aku tak terjerumus dengan food selfie. Asal g kedai makan je selfie dengan makanan. Padahal ko makan mee goreng telur mata je pun. Tak pun duck face kat gelas milo ais. Milo ais je pun. Cuma, aku suka update kat ig gambar-gambar yang aku masak sendiri. Aku kan bangsa tak reti masak. Bila masak kekadang, kena la heboh pada dunia kan. Sebab tu ig aku semua gambar makanan. 

Fb : Nadia Ab Wahab
Ig : nurulnadiahabwahab

Gitu. Sempat promote kan. 


 Weekend ni cadangan ke Kelantan. Minggu depan ke Cameron Highlands. Tapi asik ujan je ni. Banjir pun dah naik 3 4 tempat. Hati mesti risau je mikir ke rumah kan.


Comments