Ramlee Awang Murshid


Assalam.

Dah kenapa tetiba buat entri pasal suami orang ni?

Haishh. Ramlee Awang Murshid memang suami orang tapi aku adore dengan dia sebagai penulis novel thriller.

Masa zaman aku sekolah menengah, selalu tengok koleksi novel sepupu aku. Banyak. Setiap satu tebal gila. Sepupu aku minat novelis Norhayati Iberahim dan Ahadiat Akashah. Aku tak tau samada dia memang minat novelis tu atau sebab dulu tak banyak pilihan novel yang ada. Tapi novel dia memang tebal yang amat. Setebal tu boleh khatam sehari semalam je. Kalo buku teks Fizik? 3 helai belum tentu habis aku rasa.

Aku bukan kategori rajin membaca. Novel pun dulu aku tak layan. Tapi kalau ada, aku baca. Aku dah lama khatam novel Ombak Rindu. Aku tak ingat novel sapa aku pinjam tapi bagi aku novel tu memang best. Tapi tak meninggalkan kesan pada aku. Tiba-tiba novel tu difilemkan. Tak sampai tahap aku untuk cari semula novel tu nak study semata-mata nak feel bila filem keluar nanti.

Macam mana aku boleh jatuh chenta pada semua novel-novel Ramlee Awang Murshid?

Kisahnya bermula kerana miRC.

Masa lepas habis belajar tahun 2008, sementara dapat kerja yang sesuai, aku kerja di Cyber Cafe. Pagi-pagi aku kena buka cc tu, kemas-kemas ruang cafe, 'on' kan semua pc lepas tu duduk kat kaunter. Tiap-tiap hari kerja aku chatting dekat miRC. Masuk room #kampung #terengganu #kemaman #kuantan ni semua room yang wajib aku masuk hari-hari. Bila dah hari-hari nama ko ada kat situ, mestilah ada yang ushar kan. Budak ni nama Firdaus. Nama miRC dia aku lupa. Nama aku pun aku lupa. Budak tu kerja kat pejabat pos UMT. Dia antara admin #terengganu. Dia banyak jugak la ajar aku pasal dunia miRC ni. Memang la heaven sebab aku main internet tu free je dari 8 pagi sampai 5 petang. Lepas 5 petang ada kerani lain plak ganti aku sampai 10 malam. Yang kerani tu tak habis-habis main game Counter Strike.

Bila dah selalu bersembang kat alam maya, Firdaus ni suka cerita pasal dia. Aku layankan je. Sampai hobi dia pun dia cerita kat aku. Iaitu membaca dan mengumpul novel Ramlee Awang Murshid (RAM). Aku macam, hah ko biar betul jantan suka novel. Firdaus ni yakinkan aku yang novel dari RAM ni bukan novel jiwang dan bukan novel remaja cintan cintun. Novel RAM ni biasanya menghidupkan watak yang tak tercapai dek akal. Sehinggalah suatu hari Firdaus ni nak ke Kuantan so dia nak singgah Kemaman untuk bagi aku pinjam sebahagian novel RAM milik dia. Gigih singgah Kemaman sebab aku selalu usik dia. Aku selalu cakap ngan dia, tak kiralah novel tu jenis yang macam mana tapi kalau kata lelaki baca novel bagi aku koman. Jadi aku pun jumpa dia dekat perkarangan masjid Geliga (aku tak ingat macam mana perjumpaan kitaorang boleh jadi dalam masjid). Sekejap je. Lepas pass novel-novel tu sembang ala kadar terus aku blah.

Setiap kali masuk kerja, aku bawak novel tu. Novel pertama aku baca Tombiruo. Aku khatam novel tu, aku rasa tak puas hati. Aku hairan kenapa ada novel sehebat tu. Kenapa ada novel yang watak macam tu. Kenapa novel ni aku tak jumpa sebelum ni. Kenapa novel ni tak jadi bualan mulut orang. Kenapa novel ni tak jadi gilaan gadis-gadis yang duk angau dengan Haris Ombak Rindu. Kenapa?

Serius, apa yang RAM tulis aku tak sempat nak fikir. Aku rasa semua orang yang baca novel dia akan setuju dengan aku. Lepas habis dengan Tombiruo, aku jadi addict nak kumpul novel dia. Tapi sebab masa tu aku kerja gaji ciput dan aku bukan jenis sanggup pergi kedai buku untuk cari novel, jadi hasrat aku terkubur di situ. Sehinggalah Firdaus tu hadiahkan aku by pos novel Bagaikan Puteri.

Watak Sunan dan Haryani aku terbawa sampai dalam mimpi, serius! Aku tak berangan nak jadi Haryani tapi aku berangan nak jadi perempuan yang akan jadi pilihan Sunan. Aku tak tahu mana la datang idea pelik RAM ni. Novel-novel dia pelik, jalan cerita kena faham betul-betul, kena ingat nama watak, kena baca sekali harung. Sebab ko akan jadi sayang nak tinggal sebab nak tahu apa jadi next chapter.

Bila aku dah berhenti kerja cc, aku lost contact dengan Firdaus. Last aku dapat berita dia dah kahwin dengan gf dia. Aku pun kerja merata-rata tempat, jadi novel RAM ni tak jadi kehendak buat aku. Aku tak heran sangat dah. Aku tak pulangkan novel Firdaus yang pinjamkan pada aku sebab aku lost contact dengan dia. (Firdaus, mitok maaf banyok boh. Andaikata mu baca blog aku ni, sila email aku untuk tuntut semula novel-novel mung ni)

Sehinggalah aku dapat kerja di IKBN Temerloh tahun 2011. Jiran kuarters aku nama Kaknor. Dia antara orang yang mula-mula baik dengan aku. Suka berkongsi cerita dengan aku. Aku pegi kedai buku dengan dia, dia beli novel RAM. Aku macam, ohmaigad! Rupanya dia peminat tegar RAM. Semua koleksi RAM dia ada. Start dari tu, aku mula kumpul slow-slow novel RAM ni. Yang keluaran baru, aku biasanya beli online sebab boleh dapat tandatangan RAM. Kalau keluaran lama-lama, aku akan minta tolong sepupu aku yang kerja kedai Popular tolong belikan. Tambah pulak, kedai Popular baru buka dekat Star Mall Mentakab. Asyik buat lawatan tapak la aku.

Tombiruo ada sambungan episod. Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Aku dah khatam semua. Aku tabik 5 kali spring pada RAM.

Bagaikan Puteri pun ada trilogi. Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencipta, Cinta Sufi, Sunan dan terakhir ialah Sunan Musafir. Lepas tu aku ada nampak hint dari page fb RAMFC akan ada sambungan Sunan Musafir.

Aku sekarang ada hampir kesemua koleksi RAM kecuali yang lama-lama. Kebanyakan yang aku beli tahun 2013 / 2014 / 2015 aku tak buka plastik pun lagi. Yang buka plastik pun sebab RAM dah siap tandatangan. Ada dekat 10 biji novel yang aku belum baca. Kenapa? Sebab jenis aku, biar ada. Nak baca bila tu kemudian kira, janji aku dah ada koleksi tu.

Aku tengah mencari Personal Justice, Pei Pan, Jembalang, Gaun Berdarah dan Anugerah Pertama.

Pei Pan dan Anugerah Pertama antara koleksi yang susah nak dapat. Keluaran tahun 1990an tak silap aku.



nadia
Koleksi RAM aku punya

Sebahagian koleksi


Paling aku sayang sebab ada tandatangan RAM. Cop merah tu dari RAMFC

Excited sebab jumpa kat Popular. Yakin je aku beli sebab ingatkan belum ada. Dah ada peminat RAM yang booked :)





Awan jika dapat ku capai maka saktilah hamba - Laksamana Sunan







Comments

  1. Web: www.skychatz.org
    Irc: /s irc.skychatz.org 7000
    Facebook : www.facebook.com/skychatz
    Telegram : https://t.me/joinchat/SxO3UVT6UM8fjPBW

    ReplyDelete

Post a Comment