Angan Tak Sudah : Dapur Idaman

Assalam.

*Entri ni banyak koleksi gambar yang diambil dari Pakcik Google. Kredit kepada pemilik gambar. Terima kasih kerana memberi idea kepada saya.

*Al fatihah untuk arwah abang Siti Haniza dan ayah Farhana yang baru meninggal. Semoga kedua-dua keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Siti dan Farhana ni kawan sekolah menengah aku.

Hari ni angan-angan mat jenin datang.

Google design kabinet dapur, google susun atur dapur, google warna kabinet yang sesuai. Kan tak ada kerja. Hari ni kerja aku google je. Dulu masa tak pandai masak aku tak heran pun dapur bentuk macam mana. Bila dah mula kena memasak ni, keinginan tu makin kemuncak. Keinginan nak ada rumah sendiri, nak hias rumah, nak hias dapur, nak hias bilik tidur, nak hias taman-taman.

Hari ni stock berangan aku hanya untuk kabinet dapur dan susun atur. Impian aku taknak dapur besar. Aku nak dapur yang ada sudut. Maksudnya aku taknak rumah dari pintu masuk dah nampak ruang tamu, meja makan dan dapur. Taknak. Nak biar tetamu masuk tu sambil memuji-muji ruang tamu aku cantik, nak ke dapur la mesti lagi cantik sebab tak nampak kan. Haha. Sekali pegi dapur hampeh je. Tak kemas. Berselerak.

Kalau rumah sendiri rugi la nak biar rumah berselerak. Duduk rumah sewa pun kemas je. Sekarang kabinet yang paling murah pun dah 4k. 4k tu paling cikai la. Yang sampai 10k pun ada. Dasyat. Sesapa nak beli rumah memang kena saving betul-betul. Tapi tak semestinya ko masuk rumah baru terus kena buat segala kabinet tu. Tak penting. Yang penting grill dan electric wiring. Dua benda ni pun dah cecah 5k tau.


 Pertama kali tengok terus aku jatuh hati. Simple dan moden. Nampak biasa je. Tapi sebab baby blue dia sangat soft kena pulak dinding putih. Rasa mcm sejuk je mata.


Design lebih kurang dengan baby blue tu tapi yang ni ada table top. Kalau ruang dapur kecil tak perlu kot table top. Warna kuning macam ni bagi aku kalau rumah teduh ok. Tapi kalau jenis cahaya matahari masuk direct nampak macam panas je dapur.







Serba putih. Nampak bersih dan selamat. Nak masak pun rasa udara segar je kalau tambah hijau dan oren. Tapi kalau rumah yang kawasan berdebu kurang sesuai melainkan ko rajin sental dapur hari-hari.



Dapur kalau ruang sempit. Pandai pilih kabinet takkan nampak ruang tu terhad. Besar-besar dapur pun yang bersilat kat situ kita sorang je kan. Melainkan kalau kenduri.






Sama simple macam baby blue tadi tapi yang ni tak ada wall cabinet. Kalau aku, aku nak wall cabinet. Banyak weh benda aku nak sumbat.




Ni warna paling aku minat dulu. Merah hitam. Sekarang sebab dah ramai orang pakai aku jadi dah tak minat. Lagipun color ni dah tak in sekarang. Nampak dapur macam panas je. Lain la rumah ko aircond sampai ke dapur. Kan.




Yang ni kalau aku ada rumah, jangan kata nak buat, aku tunjuk gambar pun suami aku tak layan. Ni kalau naluri pinky sangat boleh la. Cukup la alat tulis aku serba pink kat office tu (sampai akak cleaner pun tegur kenapa semua benda pink). Kalau sampai ke dapur pun pink, boleh mabuk weh. Pink overdose. 

Tu antara kabinet dapur yang aku cilok dari google. Setakat kabinet tak lengkap aku berangan. Harus la berangan sekali dengan susun atur peralatan dapur sekali. Gambar ni pun aku ambik dari google. 




IKEA weh. Alahai ada ke pompuan yang tak gila barang kat IKEA. Kalau ada pun sebab ko tak berduit kan. Eh aku pun tak berduit jugak tapi aku suka berangan. Berangan barang IKEA okeh. Susun atur IKEA memang sempoi. Sebab tu katalog dia tiap-tiap tahun orang berebut. Sebab nak dijadikan inspirasi.


Segala rempah ratus letak kat magnet macam ni. Nak guna tarik je. Mak mentua datang nak masak bahagia je sebab semua lengkap. Mak mentua datang rumah mak mentua masak? Tak senonoh menantu.



Sudip senduk semua sangkut cantik-cantik kat sini. Sudip senduk nak stainless steel je. Taknak kalah.






Ha ni aku suka. Praktikal di dapur. Senang nak capai, senang nak perasan bila stock dah kurang. Sesuai untuk bawang, kentang, limau nipis.





Ni aku ambik dari google jugak. Impian aku, aku nak beli almari macam ni dan susun tupperware aku ikut warna. Inspirasi ni aku dapat masa aku pegi rumah sepupu aku dekat Balok Perdana. Dia susun ikut warna weh. Terus jatuh cinta.

Semoga impian aku dan suami untuk ada rumah sendiri tercapai. Amin.


Wallahualam.


Comments