Suami

Assalam.

Apehal weh entri suami ni? Buang tebiat.

Entri ni aku buat sebab satu perbualan antara kawan-kawan staf dekat cafe tadi.

Aku selalu juga bantah cakap suami aku. Benda yang Allah marah. Aku tahu berdosa. Memang salah. Aku akan minta maaf semula lepas tu. Aku jenis lagi boleh sabar, aku sabar. Bila aku dah tak sabar, aku akan tinggi suara.

Biasanya kat rumah la. Aku kat dapur tengah masak, Iqbal Akif duk kemas-kemas tupperware aku. Aku ok lagi asalkan anak aku senyap. Takpe, nanti dah puas main aku kemas semula. Bila anak aku dah bosan, dia dah mula merengek. Suami aku buat tak dengar anak merengek. Aku dah start nak panas. Sampai anak aku nangis kuat, baru suami aku datang ambil dengan muka selebet. Haha. Padahal aku tahu suami aku penat balik kerja. Eh aku balik kerja jugak. Bukan suri rumah. Tapi suami aku berulang kerja naik motor 45km tiap-tiap hari. Kesian suami aku. Ni antara contoh aku dengan suami selalu nak gaduh. Tapi biasanya lepas dia dah ambil anak dan bagi susu sampai anak aku tertidur dan aku pun dah siap masak, aku buat-buat macam biasa la. Suami aku pun macam tu. Tapi kebanyakan waktu suami aku akan tolong jaga anak. Kalau keluar jalan pun memang dia yang akan handle anak. Aku melenggang je.

Pagi tadi, aku dapat tahu salah sorang kawan aku ada masalah keluarga. Hampir menghancurkan rumah tangga. Dah seminggu. Aku tak tahu perihal ni. Mungkin sebab sahabat ni masih kurang selesa bercerita dengan aku masalah dia. Aku kan staf baru kat pejabat. Kawan aku halau suami dia dari rumah sebab rumah tu atas nama dia. Subhanallah.

"Aku maki suami aku, binatang apa aku tak sebut pada dia, semua aku dah sebut" - Saspek
"Si z ni kejar kemewahan. Suami dia kerja biasa-biasa je. Duit selalu tak cukup" - Kawan saspek
"Si z ni agresif sangat. Berani. Tak fikir jadi akan datang" - Kawan saspek

Allahuakbar.

Kat mana darjat kita pada suami? Kalau darjat dengan suami pun tak ada, apa lagi dengan Allah.

Aku untung dapat Tuan Besar. Tak la kata suami aku sempurna. Tak. Selalu je aku dengan dia selisih pendapat. Tapi selalu ringankan beban aku. Sejak aku pindah duduk sekali ni, baru berapa kali aku sidai kain. Selebihnya suami aku. Pagi-pagi aku bangun mesin kain, biasanya lepas balik kerja baru aku sidai. Tapi suami aku dah ambik alih tugas tu. Aku tak pernah mintak tolong. Tapi suami aku usaha sendiri nak tolong. Hari dia rajin, aku balik kerja suami aku dah masuk dapur. Suami aku terer masak dari aku okeh.

Tapi kalo bab isu semasa, pendapat, permasalahan memang aku dengan suami aku tak sebulu. Langsung tak sebulu. Eh ada je la benda tak betul. Kadang-kadang hal isu semasa pun kitaorang boleh jadi gaduh.

Tapi ni semua asam garam hidup berumahtangga.
Orang yang sekatil dengan kita tu jodoh dan hadiah dari Allah SWT.
Gaduh manja sayang tu semua pasangan akan rasa.
Kena belajar sabar, hormat suami, hormat keluarga suami.

Ada juga kawan baik aku sebelum ni hampir nak bercerai juga bila dapat tahu suami dia curang untuk kali kedua. Aku ada juga nasihat. Tapi apalah sangat perasaan penasihat berbanding orang yang terkena. Aku fikir bagaimana aku jika di tempat dia. Salah. Salah fikir gitu. Kenapa?

Allah SWT bagi ujian pada orang yang Allah rasa orang tu mampu untuk atasi masalah tu. Kita mungkin dalam keadaan selesa dengan kesibukan kerja, selesa dengan aktiviti harian yang padat, selesa dengan hubungan kekeluargaan yang agak renggang. Jadi Allah turunkan sedikit ujian untuk kita tersedar dari keselesaan itu. Mungkin cara nak atasi masalah tu kena berhadapan dengan keluarga, dalam masa yang sama hubungan dengan keluarga dah baik.

Jadi nak kata orang yang Allah tak bagi ujian ni orang yang tak kuat la?

Salah. Sebenarnya orang yang tak terasa diuji Allah ni sebenarnya orang yang juga kuat. Mana ada manusia yang tak diuji Allah. Semua manusia diuji. Tapi antara ujian besar atau ujian kecil. Orang yang hadapi ujian kecil ni tak terasa pun sedang diuji sebab dia dah kuat untuk hadapi.

Pergi kerja jalan jem, punch card lambat. Tu masih ujian Allah supaya menjaga masa.
Masuk kerja bos bagi kerja last minute untuk siapkan. Tu juga ujian Allah supaya cekap membuat kerja.
Ambik anak di taska, cikgu beritahu lutut anak luka sebab jatuh masa main. Tu ujian Allah untuk sabar.

Ujian kecil. Tapi kita dah immune. Dah biasa. Jadi ujian tu kita handle dengan cara biasa.

Semoga kawan aku dan aku dipanjangkan jodoh dengan suaminya dan kekal bahagia selamanya.



Amin. Amin. Amin









Comments