Cerita Puasa dan Cerita Raya

*Entri ni separuh ditulis masa bulan puasa. Suku lepas raya. Lagi suku lepas abis bulan Syawal. Kah!


Assalam. 

Tengahari waktu bulan puasa ni tenang je rasa. Suasana pun sunyi je. 

Seminggu lepas puasa, hantar anak sedara suami aku masuk belaja di Ulu Langat. Anak sedara sulong. Cucu pertama mak mentua aku dan memang duduk dengan mak mentua aku. Nenek nak tinggal cucu, banjir air mata. Biasa la tu kan. 

Kami tido Ampang rumah ipar aku. Malam tu ngedate dengan kekawan PLKN. 11 tahun terpisah, baru sekarang dapat jumpa. Tu pun dengan semangat diorang nak cari aku yang tak fofuler ni. 

2 minggu puasa, Iqbal Akif dipaksa untuk potong rambut. Kami bawak pergi kedai mamak. Awalnya ok lagi walaupun mamak tu pegang kepala dia. Bila mamak pakai mesin rambut tu, dah nak menjerit dah. Bila part mamak gunting rambut tu terus nangis selok. Kesian. Macam kena dera gayanya.

Redha la ayah pun kena duduk sekali

Sebulan puasa, dua kali berbuka kat hotel, 2 kali berbuka kat padang MPK Kuantan, berkali-kali makan rumah ma dan mak mentua. Kira jari je berbuka kat rumah sendiri. Bertuah betul. Rezeki jangan ditolak katanya.



Kami juga berbuka di De Rhu Beach Resort, Balok. Cantik sangat tempat dia. De Rhu ni jugak buka kolam renang untuk orang awam. Tak menginap kat resort ni pun boleh mandi kolam hokeh. Tapi aku boleh bayang crowded dia macam mana. Makanan masa bulan puasa kat De Rhu ni kategori ok. Yang penting untuk aku laki bini ialah kambing. Kambing golek ke, panggang ke, janji bukan sup. Ada kambing, aku laki bini dah excited sangat. Variety makanan pun banyak. Makan pun seronok je ulang alik. Cuma kami dapat meja kecik. Berlapis lapis pinggan. Makan pun hati hati je takut tersigung pinggan lain.

jalan jalan sebelum masuk waktu berbuka

puas ati budak budak kalo dapat lari lari kat sini

view kolam renang


Kolam renang ni besar. Dan banyak kolam. Ada untuk kanak kanak dan dewasa. Tengah tengah kolam tu ada stall. Time kami pergi stall tu tak buka. Maybe sambil berenang tu boleh order air. Minum sambil kuak kupu kupu.
open for public

suka la kanak kanak kan

kolam renang tepi hotel

lepak petang

ada taman arnab jugak

muka penat macam puasa kan

kami dapat tempat duduk dalam dewan. air cond. ada jugak tempat duduk luar dewan. takde air cond. 


Birthday mak mentua 1 Julai. Kami buat susprise bawak berbuka dekat The Legend Cherating Beach Resort, Cherating. Mavales weh makanan dia. Kambing harus la ada. Makanan wajib anak beranak tu. Tempat pun selesa. Bilik solat, pihak hotel buka 2 bilik hotel untuk kegunaan solat maghrib. Anak aku pun bagus je perangai. Letak makanan banyak banyak, diam la dia. Janji mak ayah dia dapat makan dengan tenang.

hall untuk berbuka puasa, ngadap depan pantai

Selamat Berbuka Puasa uols

Half of foods

Meja kecik, kalo tak semua aku hangkut

tempat iftar kami




Hujung hujung puasa ni mesti buat acara wajib, buat kuih raya. Tak pandai sangat pun. Tapi setakat ni tak miss lagi buat tiap tiap tahun. Feveret aku Biskut Sarang Semut. Tapi biskut tu la paling aku tak gemar buat. Leceh weh. Tapi sekarang dah ada skills parut adunan. Sapa la reka skills tu. Tak penah aku cuba. Biasanya aku wajib buat almond london dan cornflakes madu. Kuih paling sonang. Kekeke. Tahun ni buat dengan suami jugak macam tahun lepas. Zaman anak dara dulu buat dengan adik beradik sama sepupu aku. Tertidur sampai kuih hangus tu kategori wajib la dulu. Fuh, rindu weh!

kecik besa kecik besa

tak bersepah tak sah


simpan dulu, celup coklat mesti 2 3 ari sebelum raya


carikan butter sama madu dalam kuali

masukkan buahan campuran 

masukkan cornflakes. kalo x melekit, tambah madu lagi

masuk dalam paper cup, bakar 5 minit. siap

Mudah kan buat cornflakes. Walaupun mudah, tetap buat setahun sekali sahaja. Baru la rasa maveles bila makan. Sebab makan setahun sekali.

Dah habis cerita bulan puasa. Maka beraya la kita. Tahun ni aku turn rumah aku. Bahagia la kan. Pagi raya beraya di Geliga dulu. Dah siap sembahyang raya dan makan makan, gerak balik ke Kemasek. Sebab semua sepupu sepapat aku dah menunggu untuk sesi fotografi dan sesi ziarah menziarah.

Tahun ni beraya takde tambahan ahli keluarga. Tahun depan insyaAllah ada.

Feveret aku dan semua orang mestilah laksa terengganu. Hanya ada di rumah Mak long aku. Tapi tahun ni takdo. Terkulat kulat mata aku cari laksa atas meja rumah mak long tapi takdo jugak. Pelik ni. Betulkan niat. Datang nak ziarah mak long yang tak berapa sihat. Dah siap salam salam nak balik, anak mak long cakap kuah laksa tengah masak atas dapur. Adeh. Takpe la. Kami balik dulu ye.

Makcik aku ada tambahan ahli keluarga. Cucu bertambah tambah. Tak silap yang ke 24 kot. Rezeki.

family ma sue + family mak ngah (wajib bergambar 2 family ni) *gambar pecah pecah *

rumah abang aku, buat makan makan jemput family belah abah aku *yang pegang batang monopod tu abah aku ye*

Majlis Hari Raya di Bengkel Tool & Die ILP Kuantan *semua ni pengajar*

bergambar dengan students pulak 

geng geng pompuan buat pot luck pulak

tak nak kalah. taska budak kecik ni pun buat sambutan raya hokeh

hi hensem ibu 

Dalam Syawal jugak adik aku bertunang dengan pilihan hatinya, orang KL. Maka berduyun duyun la kami semua konvoi ke Cheras pada 8 Ogos 2015. InsyaAllah jika dipermudahkan rezeki, majlis besarnya tahun depan. Dah besar dah adik aku. Tahniah syang!

Tamat la kisah puasa dan kisah raya aku. Dah habis raya haji baru siap entri.

Bizi sangat.

Assalam.

Comments