Sajak Merapu : 1

Ditulis sebagai status di facebook
Pada 28 Julai 2015

Dan jatuh harinya Timbalan Perdana Menteri tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri

Sekadar coretan sendiri. 
Bukan untuk dikongsi. 


Jangan terlalu bercakap
Manusia lain bukan sahabat
Mungkin musuh kita yang paling erat
Takde sapa tahu apa yang tersirat
Jangan disesal jika terlambat
Terjatuh tersungkur hati dikerat
Kuasa Allah lebih hebat

Jangan terlalu banyak bercakap
Kita lapar tapi dia kenyang
Rakyat sapa la nak halang
Suara mahrem biar hilang
Asal bukan penyangak kesayangan
Janji tertunai boleh dibilang
Kita yang hadap sendiri telan

Jangan terlalu bercakap
Yang betul itu salah
Yang salah tu entahlah
Rakyat asyik kena beralah
Tapi yang sakit tu tak nak kalah
Sebab tercucuk di hati sampai lelah

Jangan terlalu bercakap
Kerana inilah akibat
Kuasa manusia bukan hebat
Wahai penyangak sila beringat
Jangan lupa pencipta rakyat
Kuasa Allah tak terlawan hebat

Sekadar luahan. Bumi bulat. Sekejap duduk atas. Sekejap duduk bawah.


Original by Nadia Ab Wahab

Comments