Goodbye 2015 and Welcome 2016!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Selangkah lagi menuju 2020. Apa ada 2020 pun aku taktau. Kereta terbang dah sahih kena gebang je. Takpe la.

Tahun 2015 banyak turun naik. Tahun malas aku pun ye. Semua benda jadi malas. Sekarang ni lagi la. Bermalas malasan yang malas. Draft entri berlambak. Taip2, peram. Taip2, peram.

Cerita 2015.

Awal Januari, ma aku dah pencen. Alhamdulillah Allah panjangkan umur ma dan dapat pencen umur 58. Sekarang ma kat rumah sorang sorang. Abah keja lagi. Asyik kena tinggal abah aku selalu outstation. Kesian pun ada pada ma aku. Nampak sangat ma bosan sekarang. Anak anak balik baru senyum je manjang. Tapi abah aku pandai ambik hati ma. Tetiba je anta whatsapp check in location kat Kota Bharu la, Kuala Terengganu la. Abah bawak ma bercuti. Suka la ma aku. Yang tak sukanya aku. Suka pergi jauh jauh, dah sampai baru bagitau anak anak. Kononnya susprise. Susprise sangat. Ma aku pencen bulan Januari maknanya birthday ma aku pun Januari. Sambut birthday ma ramai ramai.

Februari. Tak banyak isu pun. Ke takde isu langsung.

Mac. Kenduri kahwin sepupu aku. Ayu. Sekarang dah ada anak. Dalam pantang lagi kot. Subur. Eh.

April. Suam suam kuku.

Mei. Birthday aku. Makan kat Secret Recipe je tiga beranak. Balik kampung baru ma masak sedap sedap. Pergi Sogo shopping baru raya. Tidur kat Prescot Hotel. Tahun depan nak buat gitu lagI. Tapi kena awalkan lagi masa takut tak larat nak jalan.

Jun. Birthday tuan besar pulak. Pun sambut tiga beranak je. Bulan puasa pun rilek rilek je. Sejak ada Iqbal Akif, ibu dah tak pegi terawih. Nak buat cemana. Ibu ok je. Buat kat rumah pun ok.

Julai. Raya puasa. Anak beranak pakai grey. Handsome ayah dengan anak sedondon. Ibu bila nak ada geng ni.

Ogos. Adik aku bertunang. Dengan orang KL. Paling rare, nama bakal adik ipar sebijik nama aku. Binti je lain. Pandai poksyang ambik ati kakak hahaha.

September. Dah start Sukan ILP. Aku jadi jurulatih netball bidan terjun. Tetiba kena lantik. Tapi aku suka je sebab aku minat. Yang tak suka masa tak cukup nak train bebudak. Dapat masuk separuh akhir je. Rezeki sampai situ je. Tadak hal. Birthday abah jugak. Beli kek beli kfc makan ramai ramai kat rumah.

Oktober. Alhamdulillah rezeki tak diduga. Sebab aku memang tak sangka yang aku masih diberi peluang tu. Iqbal Akif nak dapat adik. Masa aku duk sibuk train budak budak netball siap main sama sama dengan diorang melompat lompat, rupanya ada benih hidup dalam perut aku. Alhamdulillah. Kuat benih tu. Masa ngandung Iqbal pun siap main terjun terjun kat Gambang Waterpark sebab taktau. Bila Allah dah kata rezeki kita, memang akan jadi rezeki kita. Amin. See u next June, baby :)

November. Birthday Iqbal Akif. Sambut kat rumah tokma. Sambut jugak dekat taska. Kek robocar poli siap. Suka sangat la. Dapat baju tidur robocar poli, setiap kali pakai bagitau semua orang. Comel sangat dia ni. Nak jadi abang dah. Kekeke.

Disember. Dah habis. Ada satu berita tak bagus. Tapi tak boleh beritahu kat sinI sebab ni berkait dengan urusan suami aku. Kami dah janji suami isteri untuk selesaikan hal ni sama sama. Kena bagi moral support suami aku. Supaya dia tak rasa dia keseorangan. Chill bie, dunia belaka ni. Teruskan perjuangan. Allah ada.

Tu kisah 2015 yang aku ingat. Banyak benda yang berlaku sepanjang tahun tapi aku tak banyak memori nak ingat.

Anak membesar depan mata, suami baik dan rajin, mak ayah dekat dengan kami. Tu semua doa kami sebelum ni. Dah Allah makbulkan semua.

Tapi tahun 2016 nak mintak banyak lagi. Manusia. Lumrah suka meminta.

Azam aku tahun 2016 banyak. Nak buat macam macam. Sebab 2015 adalah tahun malas bagI aku.

1. Nak betul betul jadi manusia yang kenal Allah. Baiki solat. Cukupkan solat. Cepatkan solat. Dah cantik solat, tambah ibadah lain. Kuatkan lagi.

2. Nak jadi manusia ada guna. Ada guna pada keluarga. Hormat suami aku, layan anak aku, jaga hati familI aku, buat kerja ikhlas dekat opis aku. Asyik malas je kat opis. Kerja pun banyak ngelat. Allahu. Dah dah la.

3. Nak ada saving. Yang ni azam aku dari tahun 2007 masa mula mula aku kerja. Tapi nan hado. Banyak perabih benda yang tak penting. Boros. Aku rasa azam nombor 1 aku mainkan peranan untuk azam nombor 3 ni. Bila solat baik, semua benda rasa cukup je kan.

Ni 3 azam terpenting aku. Yang berderet kat belakang banyak lagi. Tapi ni paling penting. My goals la kiranya. Tahun 2016 aku boleh sifatkan tahun banyak pakai duit. Bulan 4 dah start kena shopping raya. Bulan 6 baby dah keluar. Bulan 10 dah masuk rumah baru. Memang semuanya ala kadar. Tapi setakat mana ala kadar kita kan. Mesti nak yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.

Moga kami sekeluarga, tokma tok aboh nenek adik beradik, saudara mara, sahabat sahabat diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi hidayah, diberi kekuatan, diberi kesabaran, diberi kejayaan sepanjang 2016 ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

2016, semoga baik baik saja.

Wallahualam.

Comments