Backdated II : Kelahiran yang dinantikan

Assalam.


Okeh backdated story part II :)

Kali ini kisah bagaimana melahirkan si kecik tu. Syukur ya Allah. 

Alhamdulilah sepanjang mengandung selama 9 bulan tak alami alahan langsung. Tak banyak masalah jugak. Cuma disahkan GDM (diabetes semasa mengandung). Ni kesilapan sebenarnya.  Kalau saya tahu beri kesan buruk masa akan datang, memang saya betulkan keadaan hari tu. Kisahnya, saya lupa yang temujanji saya dengan klinik kesihatan (KK) hari tu diselitkan sekali dengan kena minum air gula. Sebelum pergi KK, ibu mengandung ni dah tibai roti canai dengan milo panas. Sampai KK, nurse 1 cucuk kat jari untuk ambil darah. Dekat nurse 1 tu saya dah beritahu yang saya lupa pasal minum air gula dan dah makan pagi tadi. Jadi bila cek kandungan gula dalam darah memang tinggi la, 7.1. Jadi nurse 1 tu ambil buku pink saya dan bawa keluar dari bilik. Ok la saya fikir mungkin dia inform pada nurse lain. Saya ke next kaunter jumpa pula nurse 2. Masa tu nurse 2 da bancuh air gula. Saya yang jujur dan lurus, minum air gula tu tanpa banyak soal. Fikiran saya, mungkin nurse 1 dengan 2 akan tulis dalam buku pasal ni. 2 jam kemudian, periksa darah lagi sekali, 6.9. Kemudian datang sister bawa buku kepada saya dan bagitau saya disahkan ada GDM. Memang saya blur masa tu. Saya terangkan pada sister tu tapi dia layan tak layan je. Saya cuba cari nurse 1 tadi dah tak jumpa. Sudahnya, sampai kandungan 9 bulan saya disahkan ada GDM hanya kerana kesilapan bodoh yang sekali tu. x tahu siapa yang bodoh :(

Ok habis cerita GDM tu.

Ikut due date saya dari KK ialah pada 14 November 2013. Saya rancang nak ambil cuti awal 2 3 hari. Cadangnya nak bersalin di kampung. 

6 November. Saya ke KK untuk weekly check up. Masa tu nurse dah tanya nak bersalin di mana. Jadi check up tu adalah check up last saya sebelum balik kampung. Jadi disebabkan check up last, saya kena jumpa doktor. Tujuannya adalah untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik sebelum serahkan saya kepada KK di kampung. Jumpa doktor gorgoeus :) Scan perut dan doktor tu buat andaian yang baby saya tidak membesar seperti umurnya. Maksudnya, ketika tu kandungan saya berusia 39 minggu tapi baby saya tumbesarannya baru macam 33 - 34 minggu. Tapi baby saya aktif. Sangat aktif. Masa scan tu pun duk menendang. Marah doktor kot :p 

Kemudian doktor buat surat supaya saya dirujuk ke HOSHAS (Hospital Temerloh). Again. Saya siap pujuk doktor tu boleh tak saya refer hospital di Kemaman je sebab lusa saya dah ada di kampung. Doktor tu cakap boleh tapi sekiranya jadi apa-apa pada baby, diluar tanggungjawab dia. Haisshh. 

Saya call suami dan cakap kena masuk wad sebab baby kecik. Suami sepatutnya datang esok hari untuk tolong saya kemas rumah sebelum bercuti 3 bulan. Saya siap cakap dengan suami jangan risau sebab mungkin masuk wad hari ni, esok boleh keluar kalau tak ada apa-apa masalah. Suami dan parents pun saya suruh datang esok hari. Saya pun drive sendiri ke hospital dan check in ke wad. 

Doktor datang cek tekanan darah dan scan perut, ye baby kecil dan berat baby kurang dari 2.5 kilo. Dan yang paling mengejutkan saya, saya akan terus menetap di wad sehingga saya bersalin. Dan saya juga akan dipaksa bersalin dengan alasan sebab baby kecik dan sebab saya ada GDM. Subhanallah. 

Masa tu dah mula datang stress. Bayangkan, saya cuma datang ke wad tu dengan bekalan baju untuk sehari. Saya tinggalkan kerja saya di pejabat kononnya saya akan masuk semula kerja sebelum cuti bersalin. Banyak sangat kerja dekat pejabat masa tu. Saya tinggalkan rumah dengan keadaan bersepah sebab kononnya nak kemas dengan suami. Jadi bila doktor tetapkan saya akan menetap di hospital sampai bersalin, habis semua plan untuk bersalin di kampung. 

Ada buat permohonan dengan doktor untuk transfer ke hospital Kemaman tapi tak dapat dengan pelbagai alasan. Esonya, suami dan parents datang dan bermalam di hotel area hospital. (HOSHAS dengan IKBN Temerloh 40 minit perjalanan jadi lebih baik stay dekat hotel je).

7 November. Jam 6 pagi check jalan tapi belum ada. Dimasukkan ubat kot bawah pukul 10 pagi untuk cepatkan bersalin. Tapi tak ada kesan langsung. 

8 November. Jam 6 pagi check jalan terbuka 2 cm. Dimasukkan ubat lagi sekali. 2 jam lepas tu, contraction datang setengah jam sekali. Check jalan masih 2 cm. 5 jam lepas tu, contraction hilang. "saya taknak keluar lagi tengok dunia, kenapa paksa saya!" kata kecik.

9 November. Jalan masih 2 cm. Dimasukkan ubat yang terakhir. Trauma kot bila tiba masa nak cek jalan. Sakit wooo. Ubat yang last pun tak ada effect. Kebal betul anak ibu ni. Doktor pakar datang. Kalau esok tak bersalin juga, kena usahakan sesuatu sebab takut effect pada baby.

10 November. 2 cm juga jalan tapi doktor pakar cakap dah boleh bersiap masuk labour room. Gembira yang amat. Tukar baju, call suami dengan parents yang masa tu ada dekat hotel. Families pun dah bosan berhari-hari ulang alik dari hotel ke hospital. Diorang tak cakap pun macam tu hehe :) Saya masuk labour room, suami belum sampai. Duduk atas katil, perut dipasang CTG untuk cek jantung baby. Kena duduk atas katil tu sampai bersalin. Datang doktor untuk pecahkan air ketuban. 3 kali percubaan untuk pecahkan air ketuban tak berjaya. Percubaan yang terakhir, CTG tunjuk graf jantung baby makin lemah. Masa tu Allah je yang tahu perasaan saya. Tengah doktor berbincang, sekali lagi CTG tunjuk graf jantung baby sangat lemah. Terus doktor call pakar dan panggil suami yang ada dekat ruang menunggu masa tu untuk minta sign borang pembedahan segera sebab jantung baby dah lemah sangat. Lambat bertindak, baby boleh meninggal dalam perut. Nauzubillah.

Suami masuk dalam labour room dan tenangkan saya sambil sign borang. Allahuakbar. Baru 5 bulan usia pembedahan buang cyst hari tu. Masih baru lagi. Tapi pembedahan ni je pilihan yang ada. Demi baby.

Masuk operation room, suami dah tak boleh ikut. pengalaman saya sama dengan operation yang pertama. tiada beza perjalanannya. bezanya, kali ni saya dibius separuh sedar. Disalinkan baju dalam bilik pembedahan sebab tak sempat salin masa dalam labour room. Emergency kan. Dicucuk di bahagian belakang, ditutup mata dengan kain, tangan didepakan, dari paras dada ke bawah ditutup dengan penghadang berwarna biru. Badan saya dah rasa kebas. Rasa kat perut ngilu. Tiba-tiba dengar baby menangis. Terus air mata laju turun. Sempat saya tanya masa tu, baby saya ke tu. Semua gelak dan cakap memang awak je yang ada dalam bilik bedah ni. 2 minit lepas tu, kain pada mata saya dibuka dan nurse tunjuk kemaluan baby minta saya sahkan jantina. Boy! Dia tunjuk jantina je, muka tak nampak pun. Menitik air mata saya lagi. Bila nurse tu tolong lapkan, lagi laju saya menangis. 

Masa jahit ambil masa yang lama. Lebih kurang 15 minit. Kemudian ditolak ke wad. Masa tu suami dah tunggu dekat pintu bilik pembedahan. Sampai dekat wad, suami excited cerita suami dah tengok baby dan dah azankan baby. Alhamdulilah. Baby ditempatkan ke NICU semalam sebab doktor nak pastikan baby ok sebab hampir lemas dalam perut. Saya pula tak boleh bangun dari katil sebab kesan bius belum hilang. Bimbang pengsan atau muntah.

11 November. Dipindahkan ke bilik persendirian. Turun ke NICU untuk susukan baby. Petang tu nurse hantar baby ke bilik. Malam tu pertama kali tidur dengan baby :)

12 November. Doktor datang cek luka jahitan dan dibenarkan check out. Pukul 2 petang, keluar wad dan terus balik berpantang ke Kemaman :)

Selamat datang ke dunia, kecik! ibu ayah sayang adik :)

Welcome, kecik :)


#sepanjang saya dekat wad, suami dan parents yang kemaskan rumah dan tolong kemaskan beg untuk berpantang selama 3 bulan :) thanks bie, ma dan aboh :* nangis









Comments