Backdated III : Kenangan berbekas di hati


Assalam.

Okeh backdated part 3. 


Syukur dan terima kasih kepada Allah SWT kerana memakbulkan doa kami supaya diberi peluang menjadi ibu dan ayah. And now, kami memiliki Tuan Iqbal Akif Tuan Mohd Fadli. Ketika entri ni ditulis, kecik da nak masuk 6 bulan. Ibu tak sabar nak buat entri pasal solid food. 

Okeh bermula kisah dalam pantang. 

Sadis. Kecik lahir November kan, hujung tahun. Masa kami tahu bila due date deliver saya, kami dah agak semua ni akan berlaku tapi tak fikir seteruk ni. Apa jadi? Huhuhu. Saya berpantang dalam banjir :* Masa tu kecik berusia 24 hari. Hohoho. Merah lagi kot.

3 Disember 2013. Masa tu tengahari. Hujan memang tak berhenti-henti. Tapi dah lebih kurang seminggu asyik hujan je. Memang musim dia kan. Suami balik kerja beritahu kampung sebelah dah naik air. Masa tu dah mula rasa cuak. Tahun lepas, kali pertama rumah MIL dinaiki air paras lutut. Masing-masing semua sedapkan hati cakap mungkin rumah MIL tak kena tahun ni. Tapi saya tetap bersiap untuk balik ke rumah ma saya. 15 minit je perjalanan. Tak sampai sejam, datang pulak kawan suami cakap kampung sebelah makin teruk. Air dah paras pinggang. Baru sejam lalu air paras buku lali. Biar betul.

Kami tak fikir panjang terus ke rumah ma. Seksa sikit la rasanya sebab tengah berpantang nak bawak kecik ke hulu ke hilir. Sampai rumah ma, abang saya pun baru sampai. Dia sekeluarga pun tinggalkan rumah dia sebab katanya kawasan rumah dia dah naik air. Setakat kami sampai, air kawasan rumah ma clear lagi. Suami cuma hantar kami anak beranak sebab nak standby dekat rumah MIL.

Malam berlalu. Suami sms air dah mula penuhi dapur rumah MIL. Dah siap-siap kemas barang. Ambil pengalaman tahun lepas, suami susun barang lebih tinggi dari paras lutut. Sehingga pagi, suami, MIL, anak saudara dan bibik tak tidur. Air bertahan ke paras buku lali.

4 Disember 2013. Ma dan abah bersiap untuk ke tempat kerja. Sebab perjalanan ke tempat kerja tak disekat air jadi terpaksa kena pergi kerja jugak. Saya, kecik dan famili abang bersantai di rumah selepas sarapan. Masa tu lebih kurang pukul 8 pagi. Setengah jam lepas tu, kecoh depan rumah dengan jiran-jiran. Kuasa Allah SWT, air yang dari semalam bertahan kat lombong tepi rumah tu akhirnya melimpah keluar dan memenuhi jalan dan tak sampai 15 minit dah memenuhi ruang parking kereta rumah kami. Masa tu Allah je yang tahu apa perasaan kami. Mana kami nak pergi. Siapa nak tolong saya pindahkan barang kecik. Abang dan SIL ada 2 anak kecik jugak. 

Call ma dan abah, semua bergegas balik. Masa ma sampai rumah, air depan rumah dah paras lutut dan lebih kurang 1 -2 inci je lagi nak masuk dalam rumah. Masa tu memang kelam kabut. Suami pulak hantar sms cakap keadaan di rumah MIL makin kritikal. Air naik mendadak. 

Abah kemas barang di rumah dan bawa kami ke asrama INTAN. Sekali lagi saya dan kecik terpaksa berpindah. Syukur, di sanalah kami menumpang. Walaupun asrama tu betul-betul tepi laut dengan bunyi ombak yang menakutkan, tapi kami yakin disitulah tempat paling selamat setakat ni. Saya cuba menghubungi suami tapi coverage langsung tiada. Tak tahu apa yang terjadi. Saya tak sempat beritahu suami kemana kami berpindah. Saya tak sempat tanya kemana MIL berpindah. Saya tak sempat buat apa-apa. Talian telefon tak ada langsung. Terputus segala hubungan.

Di asrama INTAN, elektrik dimatikan. Dikatakan kerana pencawang elektrik dah ditenggelami air. Subhanallah. Memang buntu saya bila call suami tak dapat. Abah cadangkan supaya dia ke kawasan rumah MIL, mungkin ada petunjuk kemana mereka berpindah. Sekali lagi ujian Allah, jalan utama dari rumah saya ke rumah MIL ditenggelami air. Semua kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jalan tu. Jalan alternatif melalui bandar Kemaman sangat sesak sehingga jambatan Sungai Limbong runtuh! Terus putus segala hubungan! Bekalan pampers dan susu kecik semakin kurang!

Jambatan Sungai Limbong (ihsan google)


Tak ada pilihan lain selain berdoa, bersabar dan tawakal. Masa di asrama INTAN, ramai keluarga mangsa banjir yang juga staf INTAN berkampung di situ. Melalui cerita mereka, daerah Kemaman kini lumpuh. Semua tempat dinaiki air. Semua tempat. Keluarga abah di Air Putih pun tak dapat kami call. Entah apa jadi pada mereka sebab menurut maklumat, pusat penempatan banjir di sana pun dah ditenggelami air. Dengan keadaan tokwan yang uzur, Allahuakbar. Rumah kami yang dah kami tinggal selama 18 tahun di situ tak pernah dinaiki air. Kawasan rumah tak pernah ada air bertakung walaupun ketika musim banjir. Tapi kali ni, ujian Allah SWT kepada semua warga Kemaman. Tiada pilih kasih. Berbekalkan generator, elektrik dipasang pada waktu malam. Sungguh menyayat hati. Semua berita tv menyiarkan kisah banjir di Kemaman dan ye, Kemaman sedang lumpuh. Bantuan tak dapat masuk kerana semua jalan tersekat banjir. Sebelah kampung abah paling kritikal, air melepasi tiang elektrik. Bandar Chukai juga lumpuh, banyak kedai dimasuki air. Semua taman perumahan ditenggelami air. Tiada yang berkecuali. Beratus kereta tidak sempat diselamatkan. 

5 Disember 2013. Makan minum kami disediakan oleh team dapur INTAN. Ihsan dari pengarah dan team dapur yang bekerja secara rela. Moga kamu semua diberkati. Sehingga pagi tu, kami masih tak dapat hubungi sesiapa. Baik suami saya, saudara mara, kawan-kawan. Semua gagal dikesan. Tapi saya percaya mereka semua selamat. Sehingga tengahari, pintu bilik asrama diketuk. Syukur Allah SWT, Kau mendengar segalanya. 

Suami datang. Dengan kusut masai, berseluar pendek, membawa satu beg pampers dan 2 kotak susu. Mungkin naluri kami kuat. Suami dapat rasa bahawa kami ada di INTAN. Suami rindukan kecik, berusaha juga untuk datang ke sini. Dalam kelam kabut ketika di rumah MIL menyelamatkan barang, kunci motor suami tercicir. Suami terpaksa pinjam motor kawan dia dan melalui jambatan yang runtuh tu dengan kawalan dari pihak berkuasa. Mendengar cerita suami, rasa lemah segalanya. Air di rumah MIL cecah dada suami. Semua barang tak dapat diselamatkan. MIL sekeluarga menumpang rumah saudara BIL. Nak datang ke INTAN tak dapat sebab jalan masih tak dibuka untuk kenderaan berat. Suami terpaksa makan saja apa yang ada sebab semua kedai ditutup. Bekalan makanan habis. Dia terpaksa pinjam motor kawan untuk ke Kijal beli barang kecik sebab dia tahu bekalan pampers dan susu kecik tak banyak. Barang di Giant Kijal hampir kosong. Suami juga terpaksa berulang alik ke rumah MIL untuk cuba selamatkan beberapa barang penting. Mujurlah kereta suami selamat. Berat yang saya tanggung, rupanya berat lagi apa yang suami tanggung.

6 Disember 2013. Air semakin surut tapi masih bergenang dalam rumah MIL dan rumah ma. MIL sekeluarga dah selamat dibawa ke Kuantan rumah SIL setelah beberapa jalan utama dibuka. Suami masih ulang alik dari INTAN ke rumah MIL sebab kejadian mencuri semakin menjadi-jadi. Alhamdulilah kecik tiada masalah untuk dijaga. Tak kisah beralih tempat tidur. 

8 Disember 2013. Air surut sepenuhnya. Adik dari KL pulang membantu membersihkan rumah. Kami sekeluarga pulang ke rumah. Runtun rasa hati. Air setinggi paras lutut tu merosakkan semua kabinet baju dalam bilik. Yang lain sempat diselamatkan. Ma lah yang paling terasa sayu bila lihat keadaan rumah. Rumah MIL pun sama. Sofa, kabinet baju, rak tv, rak pinggan semua rosak. Alhamdulilah, tv, mesin basuh dan peti sejuk selamat walau tenggelam air.

Semua ipar balik tolong MIL kemas rumah. Baju semua berendam air lumpur. Ada yang diselamatkan, ada yang dibuang. Baju kecik yang tersidai di ampaian masa kejadian ada jugak yang saya tak ambik. Lumpur tebal sangat.

Sepanjang di INTAN, sesi berpantang saya dah ditamatkan. Dah tak ada pantang makan. Lauk yang disediakan sardin, telur, kobis. Nak memilih memang berlapar la. Stokin pun pakai bila ingat je sebab terpaksa naik tangga untuk turun mandi. 

Tahun 2013 menutup tirai dengan kisah sayu. Moga tahun 2014 kami tidak diuji sebegini lagi. Apa yang saya tulis ni tidak sama dengan apa yang saya hadapi. Cerita ni ditulis setelah 5 bulan berlaku jadi feel tu kurang. Apa yang boleh saya gambarkan, apa yang berlaku memang sangat menyayat hati. Sangat sangat menyayat hati.

Gambar di bawah ni ihsan dari suami dan juga ihsan dari Google. Sekitar banjir di Kemaman tahun 2013. Dalam kenangan.

First day kecik bermalam di INTAN

Atap pink tu rumah MIL




keadaan dalam rumah MIL

pintu masuk negeri Terengganu. Ihsan google


simpang PSM. Ihsan google


Kampung Pengkalan Pandan. Ihsan google











wallahualam.








Comments

Post a Comment