Backdated : Preparation Untuk Jadi Ibu

Assalam.

Seperti tajuk cakap, backdated punya cerita. Tapi nak cerita jugak :p



Ok entri sebelum ni saya dah buat kronologi macam mana kisah bila saya dah disahkan mengandung. Sadis jugak kan. Tapi tak apa. Semua tu dah jadi kenangan walau perut masih berbekas jahitan operation. 

2 bulan sebelum tarikh due saya iaitu 14 november 2013, saya dan suami pilih satu tarikh untuk shopping barang baby.  Kami PJJ kan. Tak ada la seperti orang lain boleh tiap-tiap malam keluar cari barang baby. Kiranya masa tu 7 bulan la. Tu pun ramai dah takut-takutkan saya sebab cakap sepatutnya masa kandungan 7 bulan barang keperluan baby dan ibu dah kena ada dalam bonet kereta sebab kemungkinan untuk baby keluar tengok dunia terlalu awal pun boleh terjadi. Tapi alhamdulilah baby saya duk diam-diam je lagi dalam perut. Suka buat womb service kat dalam perut :)

Saya ni jenis manusia yang suka buat list untuk apa saja yang saya buat. Samada nak shopping barang dapur, nak buat kerja rumah, nak buat kerja dekat pejabat pun saya list. Kalau keluar ke bandar untuk settle kan urusan yang banyak, saya pun buat list. Supaya tak kecewa bila balik rumah sebab semua kerja settle dengan jayanya. 

Apa kaitan tetiba cerita pasal list ni? Hehe. Sebelum shopping barang baby, haruslah buat list jugak. Kan over budget susah jugak. Kalau tak buat list, rambang mata oi kalau bab barang baby ni. Serius. Ni antara list yang saya buat sendiri (gigih) selepas diolah dari beberapa blog yang sangat membantu. Nak saya namakan blog, sumpah tak ingat. Nama pun entri backdated kan. 

Checklist keperluan baby 

Senarai keperluan ke hospital

Harap dapat membantu untuk mana-mana ibu yang tengah mencari checklist ni. 


Untuk baby gear dan baby care, semua items saya beli. Tak ada yang tertinggal. Yang mom's need tu ada 2 3 items yang dalam kiv tapi tak beli terus. Bengkung saya pinjam dengan sepupu saya je. Set bersalin saya cuma beli loose item dari Tanamera dan campur dengan pilis param dari kedai jamu dan air mandian serum dengan minyak urut made by Kak Ti tukang urut saya :)

Ni sebahagian barang baby

test
Dah pack siap masuk bakul kain (Set tilam sekali dengan bakul beli dekat fb Fazilah Ismail)

Masa ni rasanya dah complete, tunggu hari je


Yang tak beli langsung, baby wearer. Asalnya lepas bersalin nak beli tapi rasa macam bukan keperluan sangat jadi sampai sekarang (baby da 5 bulan) tak beli langsung.

Untuk senarai keperluan ke hospital, semua dalam list tu berguna. Tapi tak cukup untuk saya sebab kena bermalam di hospital selama 6 hari. Bekalan dalam list tu untuk bakal ibu berkampung di hospital selama 3 hari je.

Lagi persiapan untuk saya sebelum saya jadi ibu ialah buat doa selamat. Dengan bantuan MIL, dapat la saya buat doa selamat di surau dekat depan rumah. Kiranya tak buat kenduri pun, cuma bagi makan pada ahli jemaah surau. Minta dipermudahkan segalanya.

Rasanya tu je kot setakat ni persediaan yang kami suami isteri buat. Ingatan tak kuat tapi nak jugak buat backdated story. 

Lepas ni insyaAllah nak buat entri pasal kelahiran :)




Wallahualam.










Comments