Family Trip : Pulau Perhentian Part 1

Assalam.

Family trip paling best! (Setakat ini)


Sepupu aku tetiba meroyan ajak kitaorang pegi Pulau Kapas. Dah la 2 minggu sebelum cuti sekolah baru nak sibuk meroyan kan. Dah habis meroyan dia, kena aku pulak meroyan. Tugas aku cari chalet kosong pada tarikh 30 - 31 Mei dimana 30 hb tu adalah hari terakhir sebelum cuti sekolah. Azab gila. Mana hotel aku tak call. Mana chalet aku tak google. Kapas, Redang, Perhentian, Lang Tengah, Tenggol sampai ke Tioman aku cari chalet kosong tau. Semua yilek. Semua nama pulau yang aku sebut adalah pulau yang ada dalam negeri Terengganu kecuali Tioman di Pahang. 

Sehinggalah Allah temukan aku dengan Mira. Kisahnya, aku call satu chalet ni (di Perhentian) tapi receptionist cakap bilik full on that date. Tapi, receptionist tu suruh aku contact satu nombor untuk tanya pasal chalet lain. Asalnya aku fikir, budak tu nak game aku. Kan banyak agent yang menipu kat pulau. Tapi aku layankan jugak, aku sms Mira ni. Mira ni reply aku dua patah perkataan je "Tlg Wasap". Cecece. Tanak main sms, nak wasap aje. Dah wasap, Mira ni mintak details kitaorang. Berapa ramai nak pergi, umur berapa, nak berapa bilik, tarikh bila. 

Dah masuk setengah hari kami berwasap, aku dah stress dah. Mira ni janji dengan aku dia akan usahakan untuk dapatkan mana-mana chalet di pulau nanti. Bila aku tanya chalet mana, tak jawab. Lama-lama, baru aku faham rupanya Mira ni bekerja dengan travel agent. Aku dah start cuak. Yang sepupu-sepupu aku pulak memasing lambat nak bagi jawapan jadi ke tak nak join.

Bimbang aku hilang bila Mira bagi aku ayat "Akak jangan bimbang, saya akan usahakan supaya family akak dapat bercuti jugak di pulau Perhentian". 5 hari woo aku berpegang dengan kata-kata ni sambil tunggu dia wasap aku. Aku memang respect dengan usaha dia. Akhirnya dia bagi kami chalet di Coral Bay dengan harga pakej yang sangat berpatutan. Tapi sampai ke sudah aku tak jumpa dia. Masa kat jeti pun tak dapat jumpa sebab dia bizi handle backpackers dari England. 

Ok habis cerita azab mencari chalet waktu peak hour gitu.

Hari Jumaat pagi, famili aku gerak dari Kuantan terus ke Kuala Besut. Ma abah aku tunggu anak bongsu dia balik dari KL. Petang baru gerak. Yang lain gerak lepas waktu kerja. 

Stock makanan sponsor by abah

Famili aku book Samudera Hotel by Agoda.com. Sangat-sangat berpuas hati. Standard room rm105 without breakfast. 5 kali ganda lagi ok dari Cozy Hotel. Sorry Cozy. Walk in lagi murah sebenarnya which is bilik ma abah 3 katil single hanya rm110 (harga walk in, sebab aku dah check in hotel baru abah aku call kata nak join tidur hotel jugak tanak bertolak awal pagi dari Kemaman) tapi risiko kalau bilik tak ada la kalo tak book awal-awal. Parking mudah, kedai makan sebelah hotel je (sotong celup tepung maveles), pemandangan cantik, belakang hotel ada Stesen Bas Ekspress, dekat dengan 7E dan yang paling penting hanya walk in sahaja nak ke jeti. Tak yah park kereta berbayar sampai rm10. Tapi tanggungjawab sendiri la. 

Sampai awal Kuala Besut tak tau nak pergi mana. Pekan kecik je. Nampak signboard Maggi Ketam terus teringin. Maveles jugak tapi spoil sebab dia rendam je maggi dengan air panas. Dia tak rebus. Ke memang maggi ketam gitu.

Yameh yameh
Esoknya awal pagi abah aku dah call ajak breakfast. Pilihan kedai untuk breakfast ada banyak jadi jangan risau ye. Check out hotel, terus jalan kaki gerak ke jeti. Dalam 5 minit je kot. Sampai jeti call Abe Loh (partner Mira) dan settlekan urusan bayaran dan tiket bot. Harga bot pergi balik rm70 dewasa dan kanak-kanak rm35. Perhentian tak ada feri macam Redang ye. Hanya ada bot laju yang super laju sampai anak aku pejam mata sampai tertidur sebab takut.

Pintu masuk jeti

Memula nak naik bot ketar kaki memasing

Special case : Parking kereta jauh sangat, anak buah Abe Loh pergi ambik hantar ke jeti

Suka sangat tok abah beli topi

Naik bot setengah jam. Sangat laju. Tolong pakai life jacket walaupun driver bot kata tak payah. Malang tak berbau. Kekadang langgar ombak tinggi, terhentak bontot weh kat seat. Sapa yang penakut, boleh pilih seat belakang (sebelah driver) sebab takkan rasa gayat. Yang terpaksa buat hati kental ni sila la duduk depan. Walaupun aku cuak gila, dah la dengan pegang baby lagi, tapi pengalaman mahal oi.

Sampai jeti Coral Bay, punggah beg memasing. Semua dah terpegun tengok kecantikan air laut masa tu. Biru jernih gila. Subhanallah. Dari jeti dah nampak chalet kami. Dari jeti akan jumpa Sharila Resort, Ombak Restaurant, Fatimah Chalet dan jumpa Aur Bay Chalet. Jangan risau sebab memasing dekat je. Nak check in ambik masa sampai setengah jam. Aku agak diorang tengah prepare bilik. Baca signboard diaorang cakap check out pukul 9 pagi. Tapi kata tokei tu boleh lajak sampai pukul 11 pagi. Kami ambik 6 bilik. Chalet ni kurang sesuai untuk family macam kami. Chalet koboi nama dia. Tak berapa nak jaga kebersihan. Air dari bilik air by pass bawah chalet je. Tu yang nyamuk banyak gila. Sampai biawak pun ada. Bilik pulak sangat koboi. Katil besi + tilam nipis, kipas dinding, meja kayu, bilik air. Tu je. Tikar getah pun dah old skul sampai koyak-koyak. Berbaloi la dengan harga, rm60 - rm110 je. Nak datang tidur chalet berkipas, sila bawak ubat nyamuk siap-siap.

Jeti ke chalet
My Big Family!

Nampak chalet kami

Senja Chalet, chalet paling jauh sekali

Gambar jeti dari chalet

Chalet Reception 

Bilik ni semua kami punya

Bilik weols

Dah siap check in semua, terus memasing cari port nak makan nasik bungkus yang dah ditapau kat jeti tadi. Masa kami sampai, elektrik takde. Chalet ni catu elektrik. Dari jam 10 pagi sampai 1 petang. Tak semua chalet catu elektrik. Biasanya yang catu-catu ni chalet kecik je. Santai je makan ramai-ramai hampar tikar depan chalet reception tu. Omputih tengok berbulu je mata. Dah situ je teduh dan berangin. Sepupu aku dah siap pergi survey snorkeling activity. Untuk 3 tempat (Turtle Point, Coral Point, KK Beach) hanya rm25 beserta peralatan gogel. Murah weh. Set time pukul 2 petang. Sebelum tu selesai perkara wajib dulu.

Excited memasing nak snorkle. Ma aku, mak sedara dan pak sedara tanak ikut. Ok takpe, bagi anak-anak muda berhibur dulu ye. Dengan anak aku pun aku bawak sekali. Tempat pertama dia bawak kami ke Turtle Point. Memasing tak pernah snorkle. Macam-macam aksi sebelum nak turun terjun laut. Laut biru gelap kawasan tu. Air tak cukup clear kat situ. Nampak sekali dua penyu timbul. Bila dah start pandai snorkle, makin excited. Bestnya rupanya snorkeling!

Point ke 2, Coral Point. Air sangatlah jernih. Subhanallah! Menyesal aku tak sewa underwater camera. Cantik gila-gila. Masa mula-mula aku selam muka dalam laut, aku macam duduk dalam akuarium. Sebijik macam dalam tv. Coral macam-macam jenis. Dengan ikan warna warni, dengan coral cantik yang amat. Speechless! Siap aku nampak orang scuba dekat dasar laut tu. Ikan-ikan tu macam dekat je dengan tangan aku, bila sentuh tak kena. Dalam sebenarnya laut tu.

Point ke 3, KK Beach. Kat sini tempat untuk mandi manda dan juga boleh snorkeling. Air memang jernih yang amat, biru muda gila, pasir putih. Fuh. Kat sini Iqbal Akif mandi sakan. Time aku dengan suami snorkle mujur la dia tidur dalam bot. Tak menggangu langsung.

Hafy Firdaus training swimming








KK Beach



Bersambung ke next part :)

Wallahualam.

Comments