Family Trip : Pulau Perhentian Part II

Assalam.

Sambungan dari part 1

Dekat 3 jam jugak snorkeling. Lepas balik chalet, memasing perut lapar. Bukak dapur kecik (yang pakai gas botol) tu goreng naget, karipap segera, masak air buat mee segera, buat air kopi. Licin hokeh. Makan ramai-ramai depan chalet. Mat saleh pening tengok. Bukan hampar tikar tepi chalet tapi tengah-tengah chalet tempat laluan orang. Jangan kata mat saleh, orang malaysia sendiri tengok pun geleng kepala. Apadahal.

Petang tu aktiviti bebas. Yang kanak-kanak bergembira dalam air laut. Yang warga emas bukak warung sendiri lepak-lepak depan chalet. Yang muda macam aku plak pegi tunggu sunset. Biasa-biasa je tengok sunset sebab aku dah biasa. Sekolah rendah gua depan laut ok. Port paling cantik tengok sunset adalah di Sha-rila Resort. Kena naik tangga-tangga yang diaorang sediakan tu, akan jumpa laluan gajah untuk melepak. Jangan risau, kawasan tu bukan kawasan private Sha-rila (pendapat aku sendiri). Sesapa pun boleh panjat dan akan melalui kawasan BBQ dinner diaorang. BBQ dinner diaorang jugak terbuka untuk sesiapa sahaja. Ari tu aku sempat nego harga dengan abe bangla tu dia kasi rm30 satu kepala sekiranya 15 orang dan ke atas. Nego harga sesaja. Kalau duk Sha-rila dapat murah lagi. 


Mama Cafe, duk sebelah kiri Aur Bay Chalet

Fatimah Cafe, duk sebelah kanan Aur Bay Chalet

Jom tengok sunset!

Sunset view from Sha-rila Resort, nampak pulau lain

Yeayyyy!


Hari makin gelap, nyamuk makin banyak. Jadi jangan lupa bawak ubat nyamuk ye. Semut pun banyak. Sebab tu chalet ni akan sediakan penyapu. Untuk sapu semut dan pasir. Malam tu budak-budak dah penat, semua tidur awal. Anak aku je tahan mata. So kami ke Fatimah Cafe. Sebelah je dengan chalet. Strategik sangat chalet ni sebenarnya. Tapi bilik tu kena upgrade sikit. Fatimah Cafe kami order nasi goreng dengan Banana Milkshake. Nak nangis minum milkshake dia sebab sedap sangat. Mesti try. 

Memasing masa ni tengah berkira nak pegi Long Beach ke tak. Sebab orang kata Long Beach happening sangat waktu malam. Hati mesti la meberontak nak pegi kan. Iqbal Akif pulak tak tido-tido. Long Beach tak sesuai untuk kanak-kanak. Dari Coral Bay nak ke Long Beach akan lalu tepi Ombak Cafe (ada signboard kecik) dan berjalan lebih kurang 15 minit. Dari Fatimah Cafe tu dah nampak signboard kecik tu. Track jalan ada. Tapi jalan dia berbukit dan sangat-sangat gelap waktu malam. Takdenya lampu-lampu jalan ke apa. Dah la kiri kanan kebun getah. Mula-mula memasing tanak pegi. Lepas bayar makan, terus adik aku cakap nak pegi. Bernonong la dia dengan sepupu-sepupu aku. Aku balik chalet tidurkan anak. Dah tidur, aku hantar Iqbal Akif bilik abah aku, aku dan suami gerak pegi Long Beach. Gigih tau nak pegi jugak. Terpegun aku tengok Ombak Resort. Cantik sangat resort diorang. Konsep chalet dalam hutan tapi banyak pokok. Patut la cafe dia happening sangat. Siap ada guard nak masuk pintu Ombak Cafe. Kita akan melalui pagar resort diorang sebelum jumpa kebun getah dan jalan gulap gulita tu. Sampai kebun getah tu, aku dengan suami dah confuse nak pegi ke tak. Dan aku heran macam mana sepupu-sepupu aku tadi boleh lepas. Gelap yang amat. Tapi orang lain ada je lalu lalang. Kang buatnya apa-apa jadi dalam gelap tu, sapa aku nak salahkan. Dah gelap tak nampak pape kan. Maka aku dan suami batalkan niat nak ke Long Beach. Sebaik je aku pusing nak balik, dengar suara riuh rendah sepupu-sepupu aku. Kejap sangat peginya. Memasing mengucap panjang. Ingatkan jumpa hantu. Diaorang dah sampai Long Beach. Memang havoc sangat kat sana. Macam-macam gaya ada. Yang jalan tunggang langgang, yang tayang bra underware, yang bertutup tapi duk berguling berdua atas pasir, yang duk chicken dance depan laut, yang mulut keluar api. Sepupu aku cakap yang tutup depan saja tapi belakang terdedah pun ada. Bangsa aku pun ramai. Fuh. Sekali ombak besar datang bergulung hempas pantai, tau la korang. Mujur laki aku tak pegi. 

Esok pagi, sepupu-sepupu aku yang lain (yang tidur awal) pegi Long Beach pulak. Teringin nak tengok G-string la tuh. Siang takde. Semua dah penat sebab semalam chicken dance sangat. 

Pagi tu memasing dah kemas beg nak check out. Awal lagi kan. Jadi kami plan nak kenal kampung nelayan. Asalnya kami dapat homestay dekat kampung nelayan tapi last minute tuan homestay cakap ada masalah clash tarikh. Dari Coral Bay, ambik teksi air rm10 seorang untuk ke kampung nelayan. Famili aku deal dengan teksi tokei Aur Bay je. Dapat la murah sikit. Nak ke Long Beach pun boleh naik teksi air. Juga rm10. Tapi perkhidmatan ni hanya ada waktu siang (pendapat aku sendiri). 

Kami ke kampung nelayan memang untuk makan tengahari. Subhanallah. Cantik sungguh pemandangan dekat jeti kampung nelayan. Ikan bukan main banyak. Jernihnya air sampai nampak dasar. Kampung nelayan ni duduk berhadapan dengan Pulau Perhentian Besar. Dekat je. Dekat kampung nelayan banyak kedai sedia makan tengahari sebab kebanyakan pakej snorkeling yang 5 point tu, salah satu point diorang ialah kampung nelayan untuk makan tengahari. Kami makan dekat warung yang duduk betul-betul tepi pantai. Dari jeti dah nampak warung tu. Dan warung tu sangat beruntung sebab kat situ lokasi bot turunkan pelancong yang baru lepas snorkeling. Pilihan lauk tak banyak sangat pun tapi semua nampak sedap. Kena pulak abc aiskrim. Yameh! 

Kalau rajin berjalan, dalam kampung tu banyak lagi warung. Berhampiran jeti tu jugak ada pondok polis, sekolah rendah, masjid terapung (baru siap), tandas awam dan kedai cenderamata. Heaven sungguh aku tengok kuarters guru kat sini. Betul-betul mengadap pantai. Cikgu-cikgu kat sini mesti pandai niaga kan. Rugi tak ambik peluang. Hari cuti dapat jadi tourist guide pun dah ok. Bisnes dah maju, beli bot sendiri buat pakej murah-murah. Auww meriah. 


Pemandangan dari gerai makan 

Dari atas jeti

Subhanallah!

Coral pun nampak

Anak-anak pulau yang terer berenang

Laluan ke gerai makan. Yang ada tiang bendera tu pondok polis. Yang nampak bangunan dan atap merah tu kuarters guru.

Anak ikan

Peta Perhentian Kecil dan Perhentian Besar
Last but not least


Dari kampung nelayan tu kami tunggu bot dari darat datang ambik. Lama jugak nak kena tunggu. Ari tu laut tenang je. Bila naik bot, memasing sibuk ambik life jacket nak pakai. Boleh pulak co-pilot bot tu bising cakap tak perlu pakai sebab laut tenang. Siap marah lagi sebab lambatkan masa. Diaorang kan nak kejar trip nak angkut pelancong lain pulak. Pesanan kali kedua dari aku, tolong pakai life jacket. Tak kira laut gelora ke, tenang ke. Kena pakai. Kita tak tahu apa akan jadi dalam masa 30 minit atas laut tu. 

Babai pulau. Hai darat. i'm coming home!

Selamat sampai ke jeti darat. Rindu pulak dengan pulau. Cecece. Padahal muka dah hitam legam. Lagi sebulan lebih nak raya ni. Sempat cerah ke tidak. Perjalanan balik, singgah Pok Nong ICT dulu. Dekat sejam jugak beratur. Ada yang rajin nak beratur takpe. Kalo aku kena beratur, kirim salam. 

Pok Nong ICT

Pulau Perhentian sangat cantik. Ada yang kata panas sangat dekat pulau tu. Dik, dekat pulau ni lagi cuaca panas lagi heaven dik. Lagi la air jernih. Best pergi pulau. Sampai kami plan nak pergi lagi tapi pulau lain pulak. Banyak tempat best dekat Malaysia ni. Pergi la melancong. Eh terpromote pulak.


Tips Dari Aku

1. Tak semua chalet di Perhentian ada bekalan elektrik 24 jam. Call dulu chalet tu untuk pengesahan. 

2. Tiada plug dalam chalet murah. Resort mahal aku tak pasti. Elektrik dah la terhad, lagi nak bagi plug memang tak la kan. Jadi sila bawak powerbank untuk charge handphone dan camera.

3. Perhentian Kecil ada dua side iaitu Coral Bay dan Long Beach. Coral Bay sesuai untuk family macam aku dan Long Beach sesuai untuk hiburan luar biasa. Amboih.

4. Jika bermalam di Coral Bay, Sha-rila Resort adalah yang paling cantik selain Senja Bay Resort. Sha-rila Resort adalah chalet yang paling hampir dengan jeti dan Senja Resort adalah yang paling hujung dari jeti (dalam 500 meter je pun).

5. Jangan miss untuk melawat kampung nelayan. Kata jalan-jalan kenal tempat orang kan.

6. Banana milkshake dekat Fatimah Cafe sangat ohsem! Tapi sayang kedai makan dekat Coral Bay ni semua tutup awal. 9.30 malam dah start susun kerusi meja. 

7. Mesti (wajib) bawak Ridsect dan torch light kecil.

8. Harga untuk snorkeling sebenarnya boleh tawar menawar jika korang ramai macam famili aku. Kalau setakat 2 orang, takyah la.

9. Harga makanan di Coral Bay tidaklah terlalu mahal. Berpatutan sebagai sebuah pulau. Maksud aku, padan la harga nasik goreng kampung rm9 sepinggan. Beras, sayur, daging semua kena angkut naik bot. Naik bot pulak tak free. Kalo rasa mahal jugak, bawak roti bebanyak.

10. Di pulau, tolong hormat privasi orang lain. Maksud aku, tolong jangan jegil mata bila mat saleh pakai seksi. Tolong jangan gelak bila korang nampak orang lain perangai pelik. Tolong jangan peduli couple-couple yang duk bercanda mesra. Tolong jangan pandang orang lain macam kau sopan sangat. Tak bagus. Sebab kita tahu pulau tempat yang macam mana kan. Jadi kita kena sedia untuk terima keadaan tu.

11. Jaga kebersihan. Masa kat darat kau pengotor, jangan bawak perangai tu ke pulau sebab diaorang sangat menjaga alam. Masa aku nak pegi tengok sunset, suami aku tercengang tengok ada mat saleh kutip sampah dan botol air atas pasir kemudian letak dalam tong sampah. Padahal mat saleh tu tengah jalan sebelah aku nak pegi tengok sunset jugak. Malu aku laki bini.

12. Jangan pakai travel agent kalau korang pergi waktu biasa bukan peak hour. Kalau pegi waktu tak sibuk, korang boleh direct call resort dan book sendiri. Book bilik mesti dibuat di darat. Tiket bot, snorkeling, aktiviti lain boleh book di pulau. Aku pakai travel agent sebab bilik penuh waktu aku call. Dan alhamdulillah Belalang Holiday ni terbaik service dia. 


Untuk rujukan:

Mira (Belalang Holiday) - 014 5298 703

Abe Loh (Belalang Holiday) - 013 9890 399




Tamat jugak entri pulau ni. 

Wallahualam.

Comments