Demi Bonda

2 tahun lepas, beberapa bulan sebelum aku beranakkan Iqmal Arsyad, ma aku dah pencen wajib umur 58 tahun. Sepanjang ma aku kerja 33 tahun, aku saksi macam mana cara ma aku sibuk bekerja dan boleh dikatakan hujung tahun setiap tahun adalah bulan yang paling sibuk. siap bawak balik kerja kat rumah. zaman ma aku guna mesin taip pun aku ingat. ma aku takde slow slow menaip ye. orang pandai trengkas la katakan. 

sepanjang 33 tahun jugak, aku jadikan ma aku sebagai inspirasi dan idol sebab aku suka tengok ma aku pergi kerja pakai baju cantik-cantik, sutera berpuluh puluh helai, tudung bawal merelip, kasut heels dan handbag selalu bertukar. seiring dengan kehenseman bapak aku. kah.

33 tahun tu jugak, ma aku memang serahkan sepenuhnya diri dia pada kerja. kerja dengan cikgu-cikgu yang beratus ratus orang dan macam-macam isu claim la, gaji la, ot la. tambah pulak dengan guru besar yang tegas dan nak kerja yang sempurna. kawan-kawan sepejabat dengan ma aku, kami memang kenal rapat. cikgu-cikgu pun baik dengan kami dan ada juga yang jadi kawan baik ma aku.

kesibukan kerja 9 jam tiap tiap hari selama 33 tahun tu sebenarnya keseronokan buat ma aku. abah aku pun kerja 8-5. anak anak pun semua ada dah kerja ada yang duduk asrama. sehinggalah Januari 2016.

ma aku pencen wajib diwaktu abah aku masih kerja. orang lelaki ni selagi boleh kerja, diorang nak kerja kan. jadi bila dah pencen, ma aku duduk sorang kat rumah yang sunyi takde orang. abah aku keluar kerja pukul 8 pagi, balik makan tengahari dan kelur semula sehingga jam 5 petang. balik kerja sambung bersukan samada main badminton atau berlari treadmill dekat gym. 

dah masuk 4 5 bulan, kami nampak perubahan ma. ma dah tak macam dulu. ma tak happy dengan kehidupan ma sekarang. masa mula-mula ma berubah, aku ingat abah aku main kayu 3 ke apa. sebab nampak ketara sangat. ma aku dah kurang rasa sensitif, selalu tidur, malas, suka diam je, termenung.

melayu kan. terus fikir ni mistik ni. bawak pergi jumpa ustaz 5 6 kali. macam macam la ceritanya bila dah jumpa pakar hantu ni. ada cakap ma aku salah terlangkah kubur la, ada cakap ada family dengki dengan ma aku la. yang cakap ada jin berkenan dengan ma aku pun ada. melayu gais.

ma aku masih tak berubah. perubahan ma aku sampai bagi kesan teruk pada kami. ma aku langsung tak peduli dengan apa jadi dengan keadaan sekeliling. semua kerja rumah, abah aku yang handle. sabarnya abah sampai sekarang. terima kasih Allah SWT sebab masih kuatkan hati abah aku. tugas ma aku, bangun tidur, makan, duk depan tv, tidur. itu sahaja. 

kalau anak cucu balik, ma aku banyak tidur dalam bilik je. macam tak suka diganggu. pinggan mangkuk dalam sink tak berbasuh. kain dalam mesin basuh tak berjemur. pokok pokok bunga dekat luar rumah jangan cerita la. masa ni aku kesian gila dengan abah aku. semua atas kepala dia. abah aku dengan kerja lagi. baju kerja abah aku, sampai kena hantar dobi untuk gosok. ma aku gosok, tapi hasil dia macam tak gosok. kah. pinggan mangkuk corelle ada 3 4 set dah aku buang. sebab ada pinggan yang lama sangat tak terbasuh dan tinggal kesan kotor tak hilang. masa aku buang pun aku bagitau ma aku. ma aku cakap buang je la. corelle gais. kalau ma aku sihat walafiat, pengsan dah aku kena dengar dia berleter sebab pecahkan cawan corelle. apatah lagi kalau buang. baju baju sampai berjeragat sebab lama sangat ambik masa nak kena jemur. dapur berkerak. tapi anak anak tak merungut. mana sempat buat, buat je la. cuma kadang-kadang soal jugak dengan ma apa kes ni ma. semua tak buat. semua biar abah buat. time aku soal ma aku pandang je muka aku. macam aku cakap tadi, sensitif ma aku dah kurang. kalau dulu aku cerita sedih pun, ma aku dah touching dah. sekarang cerita sedih, siap senyum kosong. 

akhirnya abah aku decide nak bawa pergi klinik. silap besar tak bawak dari awal. ma aku disahkan ada kencing manis tahap kritikal rupanya. memang simptom orang kencing manis jadi pemalas dan tak ada tindakbalas dengan persekitaran. termenung sokmo. 

abah aku pun buat keputusan untuk balik duduk di kampung. dalam tempoh 3 4 bulan, siap rumah dekat kampung dan ma abah aku duduk sana. abah aku masih berulang kerja hari hari sejauh 40 km sampai hari ni. demi ma. demi isteri dia. harapan kami supaya ma aku jadi lebih baik la sebab makin dekat dengan rumah adik beradik dan sedara mara. tapi tak gais. 

abah aku buat macam macam dengan rumah dekat sana sebab nak bagi ma aku rasa seronok. berkebun, bela binatang, dengan bina buainya. siap kerah tenaga laki aku buatkan gazebo nak gantung orkid ma aku. rumah orkid tu memang sesapa lalu depan rumah akan tertawan la tengok pokok pokok orkid tu. semua membunga sepanjang masa. tapi jangan salah andaian. tu semua hasil kerja abah aku. duk membaja menjaga duk belai hari hari. ma aku macam biasa duduk lepak atas pangkin sambil memerhati je. nak sentuh tanah jangan harap. ianya berlanjutan sampai la bulan lepas. 

abang aku dah penat tengok ma aku macam tu. dah 2 tahun lebih macam tu. semua orang penat tengok. semua orang perasan ma aku dah tak macam dulu. sedara mara selalu datang rumah pun cakap benda sama. sampai ada yang cakap ma aku tak suka diorang datang. pulak. 

2 minggu lepas, ambil keputusan untuk buat proper medical check up untuk ma aku. jadi kami tamatkan ubat dengan klinik swasta yang ma aku ambil ubat kencing manis tiap tiap 3 bulan tu. kita bermula dari bawah semula. adik aku bawa pergi check up di klinik kesihatan kerajaan guna kad pencen. check tekanan darah 250/150 dan kencing manis 25. Subhanallah. terus naik ambulans pergi hospital. doc cakap mungkin warded sebab terlalu tinggi bacaan takut minor stroke semua la. masalahnya ma aku rilek je. takde sakit kepala ke demam ke apa. maksudnya ma aku dah terbiasa dengan tekanan darah tu sampai boleh jadi tenang gitu. kesian ma aku. rupanya ma jadi gitu selama ni sebab tekanan darah tinggi dan kencing manis tinggi walau dah makan ubat klinik swasta. makan tak jaga.

dah selesai semua di kecemasan hospital, doktor cakap boleh balik sebab semua bacaan dah turun jadi tak perlu warded. cuma kena daily check up di klinik kesihatan. kena makan ubat dan jaga makan supaya betul betul stabil semua bacaan. 

semalam turn aku untuk hantar ma pergi klinik. lepas 5 hari, bacaan tekanan darah 164/88 gula 12. bertambah baik berbanding hari pertama tu. sayu aku tengok muka ma. rasa macam bersalah sangat bila ingat time aku soal ma kenapa biar pinggan penuh sink, kenapa tak jemur kain, kenapa ni kenapa tu. padahal aku anak. buat je la kalau tak ma tak buat. kadang kadang aku tengok ma , macam ma ada benda nak bagitau tapi tak terluah. macam muka simpan sesuatu. Wallahualam. 

rutin aku memang balik kampung 2 minggu sekali. gilir kampung. mak mentua aku pun kurang sihat jugak. gini la rutin kami selagi Allah SWT masih pinjamkan mak ayah pada kita. sekarang memang wajib aku balik mesti aku pastikan semua kain selesai siap lipat, pinggan mangkuk siap basuh kering, kuku ma aku siap potong, rumah siap mop semua. walau aku tau lagi 2 minggu aku kena buat benda yang sama lagi, tapi aku tak kisah dah. aku anak diorang. 

abang aku pun tiap tiap minggu balik. kakak ipar aku memang selalu bersihkan peti sejuk, masak untuk ma abah aku semua. syukur ma abah dapat menantu semua baik baik. 

adik aku jauh di KL. tapi tiap kali balik, mesti lama. suka la ma aku. anak bongsu dia balik. adik ipar aku pun suka masak kalau ma aku nak makan apa apa. 

orang paling berjasa sebenarnya abah aku. dah hampir 3 tahun abah aku bersabar dan aku berdoa supaya abah aku terus diberi kekuatan dan ganjaran yang baik. abah buat macam macam untuk ma. bawak ma pergi jalan jalan. kalau hujung minggu, pergi sampai kelantan berjalan. suka la ma aku. kekadang datang jalan-jalan rumah anak anak. seronok tengok. 

kami 3 adik beradik je. tak ramai. tapi Allah SWT dah tetapkan yang tak ramai ni mampu buat semua benda demi ma dan abah. Moga kami adik beradik takde gaduh gaduh masam masam muka.

Moga ma abah dipanjangkan umur lagi dan bahagia dengan anak anak dan cucu cucu 6 orang dan seterusnya. Amin.



Comments