Family Trip : Sabah

Assalam.

Alhamdulillah. Masih bernafas dengan udara pinjaman Allah SWT.

Ok. Cerita Sabah ba. 

Kali ni satu keluarga besar aku follow trip ke Sabah. Bahagia ma dengan abah aku tengok anak-anak dan cucu-cucu berkumpul. Walaupun aku cuma 3 beradik, nak berkumpul tak senang oi. Sorang duk jauh. Yang lagi dua duk dekat je tapi kerja macam jadi PA menteri. 

Ni kali kedua aku pergi Sabah. Kali pertama tahun 2013. Masa tu tengah bawak Iqbal Akif dalam perut 5 bulan. Aku rilek je masa tu walaupun sehari sebelum fly doktor pakar dah sahkan nak operate buang cyst yang mana kandungan aku berisiko 50/50. Kuasa Allah sapa tahu. Kisah dia kat sini

22 April 2015 lepas balik kerja packing barang-barang sambil tunggu tok aboh datang bawak kami semua ke KL. Malam tu kami semua tidur kat sana. Esoknya 23 April 2015 gerak ke Putrajaya Central. Park kereta kat sana dan naik ERL. Sangat mudah dan jimat weh. Aku sarankan korang nak tinggal kereta sebelum fly, tinggal la kereta kat Putrajaya Central. Jangan park kereta dekat KLIA. Kami tinggal kereta kat Putrajaya Central (PC) dari Khamis sampai Ahad, cuma rm14 oi. Kalau park dekat KLIA mau kena sampai rm150 woo. Cuma parking limited la sebab berebut dengan orang yang nak g kerja area KL.

Dari PC ke KLIA cuma ambik masa dalam 15 minit je. Dari PC akan melalui Salak Tinggi dulu sebelum KLIA dan KLIA2. Jadi sesapa yang fly naik MAS, sila berenti di KLIA dan Air Asia berenti di KLIA2. Flight lain aku tak tau. KLIA2 last destination sebelum ERL tu patah balik sehingga ke KL Central plak.

Tiket flight Tuan Besar sama dengan adik aku, pukul 5 petang. Yang lain 7 petang. Sebab masa book seat limited. Ok, tak jadi masalah. Eh bila time suami aku nak fly dulu, tetiba aku datang tacing. Macam-macam pikir. Kot la pape jadi, tu la last aku jumpa dia. Buruk pikiran. Aku ingat aku je. Rupanya suami aku gitu jugak. Kahkahkah. Padahal flight beza 2 jam je.

Kesian cari ayah tak jumpa sebab ayah dah naik flight


Sampai giliran kami naik flight 7 petang, hujan lebat. Tapi flight tak delay. Alhamdulillah. Semua ok kecuali Iqbal Akif. Comel je perangai atas flight. Aku tengok takde pun sakit telinga. Tapi bila makanan hidang, mengamuk kuat gila sebab berebut gelas dengan aku. Malu mak kau nak. Satu flight bergegar dek suara kau nak. Mak redha. Mujur mak kau muka tembok. 

Dah mendarat, Mie pemandu pelancong kami dah siap tunggu. Aku sangat sangat sangat suka guna perkhidmatan dia. Masa 2013 pun kami guna khidmat dia. PR dia bagus, layanan dia bagus, kerja dia bagus, harga pun sesuai dengan perkhidmatan yang dia bagi. 

Kami ambik homestay di Marina Court. Urusan tempahan homestay pun Mie ni yang handle. Homestay ok. Cuma aircond tak berapa kuat di bilik tidur ketiga. Peralatan dapur, mesin basuh, peti, wifi semua ada. Di Marina Court ni ada kolam renang tapi masa tak ada. Marina Court ni kondominium. Strategik. Dekat dengan Pasar Kebudayaan (Pasar Filipina), tempat makan seafood, pasar malam dan kedai 24 jam. Walk in je dalam 10-15 minit. 

Jumaat. 'Setok karong' tengok matahari dah depan mata. Kenapa bangun lewat ni. Tengok jam pukul 6 pagi. Fuh lupa ada di Sabah. Meraung tuan kecik kena bangun 6 pagi. pukul 7.30 van dah tunggu. Gunung Kinabalu, mu tunggu aku datang. Sarapan masa dalam perjalanan ke sana. Satu perkara yang korang kena faham di Sabah, setiap kali korang makan, diorang akan hidangkan sup. Breakfast, lunch, dinner. Ada sup. Sup dia sedap. Bukan sup macam semenanjung. Rasa dia macam herba-herba. Adik aku ketagih sup Sabah. 

Dalam perjalanan ke gunung, kami singgah di Kampung Lingkubang, Kota Belud. Kat situ ada ribuan ikan kelah yang duduk dalam sungai menunggu kita untuk bagi makan. Sungai tu boleh mandi kalau nak. Mandi dengan ikan. Tapi kami cuma bagi makan je. Tu pun memasing dah melentok liuk bila ikan sedut jari. Tak kira lagi ikan gigit-gigit bulu kaki. Meriah oi. 




Pintu masuk Sungai Ikan kelah

Beribu lemon ikan kelah

Kalo jatuh dalam air agak-agak kena makan macam piranha tak

Sungai ni boleh berkelah sekali. Tempat makan dengan tempat BBQ pun ada. Tapi kebersihan kena jaga. Lagipun nak masuk ke kawasan sungai ni kena melalui pintu yang dijaga pekerja dia dulu. Aku tak pasti nak masuk kena bayar tak. Nak bagi makan ikan, makanan ada dijual dengan harga rm2 sebungkus. Kawasan dia memang best gila. Air tak deras sangat.

Untuk bakar daging halal je ye 

Dalam sejam kat sini, kami bergerak ke Kundasang. Dari KK ke Kundasang kalau tak banyak berenti lebih kurang 2 jam je. Perjalanan smooth je. Jalan agak sempit tapi selesa. Asyik mendaki je. Nak naik ke kaki gunung kan. Sampai ke Pekan Kundasang, kami singgah beli buah. Kat pekan tu ada jual jugak sayur-sayur macam kat Cameron. Kawasan sejuk kan. Strawberi pun ada.

Cuaca tak berapa cantik hari tu. Puncak gunung kena tutup dengan awan. Frust abang dengan kakak ipar aku. Masa aku datang dulu sempat nampak puncak gunung. Tak banyak kedai makan di Kundasang yang ada sediakan menu tengahari. Kami cari kedai makan untuk makan tengahari dekat dengan Masjid Kundasang. Siap order kepak ayam bakar. Sedap oi.

Dah siap makan, bergerak ke Masjid Kundasang. Nak nangis terkejut bila basuh muka. Sejuk amat air masjid tu. Kawasan kaki gunung kan. Nyaman je rasa. Dari depan masjid tu boleh nampak keindahan Pekan Kundasang. Aku tak pasti dari situ sepatutnya boleh nampak puncak gunung atau tak.

Lepas siap semua, bergerak ke Desa Dairy Farm. Juga dekat dengan Pekan Kundasang tu jugak. Dalam 10 minit kot. Desa Dairy Farm ni tempat penghasilan susu lembu segar. Lembu New Zealand hokeh. Semua lembu kat situ kaler itam putih. Confuse anak aku. Suasana ladang tu pun dah macam New Zealand. Sejuk, rumput hijau, berlatarbelakangkan gunung, lembu plak itam putih. Susu segar dia best. Paling best perisa coklat.

Gambar wajib ambik dekat Desa Dairy Farm
Perangai anak aku kalo malu *angkat baju tayang perut*
Spoil je Myvi tu. Baru nok koya New Zealand
Stress anak aku tengok mak dia nyusukan lembu
Jamuan Susu Segar Dari ladang
Baik kan. Semua duduk berehat sopan je
Zhafif bersama anak kambing
Harga makanan selepas GST. Mesti cuba. Terutama fresh milk
Jualan baju. Banyak pilihan. Tinggal nak bayar je

Dah habis cerita lembu. Kami gerak balik KK. Dalam perjalanan pulang, singgah dekat Kinabalu Park untuk ambik gambar. Tempat ni tak silap aku ada muzium mengenai Gunung Kinabalu.


Sepanjang perjalanan pulang, hujan renyai-renyai. Jalan memang berkabus teruk. Sejuk gila. Lepas tu singgah dekat Menara Tinjau. Tak pasti dekat pekan apa. Tapi menara tinjau tu sepatutnya salah satu tempat strategik untuk ambik gambar bersama puncak gunung tapi apakan dayo. Kan ujan ronyai ronyai. Jangan kata puncak gunung, bentuk gunung pun tak nampak. Dekat area menara tinjau tu jugak ada kedai yang jual cenderamata. Baju, keychain, fridge magnet, barangan kraf. Harga lebih kurang je dengan Pasar Kebudayaan KK. Janji pandai tawar.

Dalam perjalanan balik tu jgak, kami singgah Rumah Terbalik. Rumah terbalik ni famili abang aku je yang masuk since kami dah masuk masa datang dulu. Bayaran adalah rm10 setiap seorang. Kanak-kanak aku tak pasti. Untuk orang yang pertama kali datang, mesti pergi kat sini. Lepas tu dah tak yah pergi lagi sebab benda sama je kat dalam tu.

Adam Zuhayr dengan kereta Kancil yang 'terbalik'
Kemudian kami pergi makan lokan panggang dan air kelapa bakar. Port dia aku tak sure nama tempat tu. Tapi perjalanan dari bandar KK akan melalui UMS dan Politeknik KK. Nak lagi mudah, buka waze cari INTAN Sabah. Port lokan panggang ni dalam 1 kilometer je dari INTAN Sabah. Ok, lokan panggang ni terbaik. Best gila. Dia jual ikut satu dulang. Satu dulang ada dalam 18-20 lokan saiz kecik. Kalau saiz sederhana dalam 10 ekor je kot. Harga satu dulang rm20. Lokan ni dipanggang bersama adunan rempah. Pastu dapat pulak air nyor yang dibakar sampai hangus kulit luar dia. Kira air nyor tu akan jadi suam. Menurut penjual tu, air nyor bakar ni bagus untuk kesihatan. Akan buat kita berpeluh dan buang toksin. Dan sesiapa yang ada penyakit, akan demam kalau minum nyor bakar ni. Fuh *kami semua memang berpeluh gila sebab kedai dia memang tak ada kipas*

Dah selesai, balik ke Marina Court selepas seharian berjalan. Anak dengan anak sedara aku memasing tidur lena. Yang tak lena mak pak dia. Sebelum magrib perut makan lokan dengan air nyor je. Mana nak lena tidur. Mujur la Marina Court ni tak jauh dari kedai makan. Abah dengan Hisyam turun tapau, baru boleh tidur lena.

Esok pagi, free and easy. Takde jalan jauh-jauh pun. Pagi lepas breakfast, kami ke airport kejap untuk check in flight untuk esok hari. Mudah. Esok tak perlu la terkejar-kejar kan. Masuk setengah jam sebelum penerbangan pun ok lagi. Ok lepas ke airport, kami gerak ke Lok Kawi Wild Life. Atau nama dia zoo. Tujuan utama nak tengok monyet hidung panjang dengan orang utan je. Nak datang sini, jangan letak harapan tinggi sangat. Sebab dia hanyalah zoo yang biasa-biasa je. Bezanya ada orang utan dan monyet hidung panjang. Tu je. Train ada tapi waktu train jalan tak sesuai. 4 jam sekali baru gerak. Ok nak datang sini, boleh datang sebelum pukul 11 pagi atau 2 petang. Sebab waktu tu ada show bersama binatang. Binatang pun tak banyak yang keluar. Time kami pergi cuma ada ular sawa, burung kakak tua dan musang bulu panjang *taktau nama apa*. Tapi show dia best jugak. Tak bosan. Dalam setengah jam kot show tu.

Welcome u


Amboi kusyuk sangat tu anak oi
Limited edition. Cenderawasih
Macam iklan Faber Castel

Baik sangat ni

Dah selesai di Lok Kawi, kami gerak ke Pasar KK dalam misi mencari Kopi Tenom. Nak cari kopi ni, cari di Pasar Basah KK tempat jual ikan dan udang kering tu. Jangan beli dekat Pasar Budaya tu. Mahal. Borong Kopi Tenom sampai 60 bungkus ok. Nak dijadikan cenderamata. Asik bagi pelekat peti bosan jugak kan. lepas Pasar Basah KK, kami jalan kaki ke sebelah dia iaitu Pasar Budaya. Kat situ tempat jual cenderamata. Banyak pilihan dan murah kalau pandai tawar. Baju, kerongsang mutiara, butang baju melayu, keychain, pelekat peti, barangan kraf semua ada. 

Sebelah pasar ni juga ada juga kerepek made in Sabah. Kerepek paling glamour mestilah amplang ikan. Makanan mesti cuba ni. Kalau nak beli banyak dan bawak naik flight, bagitau siap-siap pada penjual. Senang dia pack dalam kotak.

Malam tu, agenda wajib makan seafood tepi laut. Nangis tengok seafood segar diorang. Lobster jadi bahan selfie je. Bersepah-sepah. Tapi nak pilih seafood hati-hati. Tolong tanya harga supaya tak kena cekik ye. Malam tu semua makan sampai puas hati. Tema abah aku, makan la keyang-kenyang. Tak yah sibuk tanya harga sebab abah belanja. Thanks abah!

Esoknya awal pagi bangun sebab tiket flight pukul 9.05 pagi. Lepas breakfast terus ke airport. Selamat sampai ke KLIA. Alhamdulillah.

Sabah tempat best. Makanan best, tempat banyak boleh lawat, orang baik-baik. Mana tau lepas ni ada rezeki nak pergi lagi kan.

Untuk ma dan abah, thanks belanja tiket flight, penginapan dan pengangkutan. Anak2 menantu2 cucu2 bawak diri je. Love u so much. Eh dah belanja baru nak love-love. Tak la. Always love u ma abah :)

Wallahualam.


Comments