Selamat Hari Ibu

Assalam.

Selamat Hari Ibu,

Untuk ma dan mentua. 
Untuk kakak ipar. Kak Siti, Akok, Kakra, Ateh dan Ciklang. 
Untuk sepupu sepapat terutama Kakmie, Ocu, KakAzy, Kaknor, Kaklong Anie dan KakOdah.
Untuk kawan-kawan Sekolah, Politeknik, kawan kerja, kawan kenal tak sengaja.
Untuk diri sendiri.

Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk jadi ibu. 

Untuk ma,

Angah tahu ma takkan baca blog merapu angah ni. Mujur la ma tak baca. Takut ma pening pikir kenapa anak ma suka merepek gini. Banyak benda ma ajar aku supaya kenal hidup dengan rasa bahagia. Dari darjah satu sampai darjah enam, pergi sekolah dengan ma. Sebab ma, aku dapat masuk pra sekolah umur 6 tahun. Zaman dulu anak-anak cikgu je yang dapat sekolah pra ni. Walaupun ma aku bukan cikgu, tapi dapat jugak. 

Ma asalnya nak jadi nurse. Tengah belajar nursing, tokki suruh ma berhenti belajar sebab masa tu nurse pakai skirt. Tapi rezeki tu dah tertulis, dapat kerja kerajaan jugak. Ma masa muda memang gojes. Kurus, putih melepak. Rambut lurus sampai pinggang. Lepas dapat anak kedua, ma aku rambut pendek sampai sekarang. Kalaulah aku seputih ma, fuh!

Masa darjah empat, aku ikut ma pindah sekolah. Sebelum aku pindah sekolah baru, tiap kali periksa aku dapat nombor satu. Sekali pindah sekolah, amik kau. Nombor 24 dalam kelas dari 31 orang. Maknanya masa sekolah lama bukan aku terlampau cerdik. Tapi sebab yang lain malas nak fight. Kan.

Masa aku darjah enam, dah jadi otai. Bawah kelas aku, pejabat ma aku. Tiap kali balik sekolah aku kena marah sebab ma aku sokmo dengar suara aku je menjerit-jerit dari atas. Bukan menjerit sawan. Menjerit bersembang. Malu gamaknya anak gitu.

Masa tunggu result UPSR, tak saspen langsung. Sepatutnya result keluar pukul 10 pagi. Semua mak ayah dah penuh kat kantin sekolah tunggu cikgu announce. Aku rilek je bersantai kat rumah sebab awal-awal pagi lagi ma aku dah tau result aku. 

Masuk sekolah menengah, mula tau betapa bestnya pergi sekolah dengan ma sebelum ni. Bila sekolah menengah kena naik van. Kena bangun awal. Pukul 7 pagi dah ada dalam kelas sebab aku trip paling awal. Sunyi sepi sekolah. Balik sekolah berhimpit-himpit. Dah la memasing bau macam belacan. 

Masa dapat tawaran sekolah teknik, aku beriya nak pergi. Konon nak duduk asrama. Sekali dapat sekolah teknik dekat kawasan ulu pahang. Sempat 5 bulan je kat sana. Ma hari-hari pujuk aku suruh sabar. Ma yang pujuk aku. Tapi jenis tak makan pujuk. Huru hara ma abah aku naik turun KL sebab nak buat rayuan supaya aku dapat tukar sekolah teknik kat Kemaman. Bukan senang tau nak tukar sekolah teknik. Kalau sekolah harian biasa ye la mudah. 

Dah tukar sekolah, taknak duduk asrama pulak. Gila sungguh perangai. Ma aku la yang usaha carikan van sekolah untuk aku. Mana ada van nak hantar tempat jauh gitu. Tapi berkat usaha dan doa ma, ada jugak orang sudi bantu. Dapat la naik van hari-hari. Takyah duduk asrama. Bahagia sungguh rasa.

Masuk politeknik, kejutan budaya sekejap. Biasa la. Orang tak pernah berkawan dengan orang luar kawasan kan. Masa ni ma aku sampai masam-masam muka dengan aku. Sebab tak dengar nasihat dia. Masa ni jugak la ma pernah menangis sebab aku. Allahuakbar. 

Dah habis belajar, ma adjust aku kerja. Kerja pun nak kena ngejas kan. Kerja sementara je la. Guru sandaran. Masa ni ma jugak banker aku. Mintak, dapat. Janji sebagai hutang la konon. Tapi tak bayar pun. Banyak. Aku rasa sampai ribu-ribu kot. Dah nama ibu, diorang anggap tu pelaburan untuk anak-anak je. Tapi kalau ada duit bayar la kan. 

Dah dapat kerja selesa, ma masih jadi tempat aku bercerita. Walaupun ma aku pendiam, tapi ma pendengar setia. Dia dengar dan memori ingatan kuat. Sampai kekadang kalo ma aku tanya hal-hal lama, aku macam eh angah ada cerita ke ma ke hal tu.

Masa aku bercinta, cewah bercinta. Masa ni ma aku tak berapa berkenan jugak. Jiwa muda kan. Ke hulu ke hilir. Ma nasihat. Ma tegur. Ma merajuk. Lepas ma merajuk baru aku takut. Setakat nasihat dan tegur tak jalan kan. Ma takut aku bercinta sangat tapi tak ke mana. 

Aku jenis bawak semua kawan lelaki balik rumah tunjuk pada ma abah. 'Kawan' aku dari zaman sekolah tu ma aku berkenan sangat. Sampai aku bawak yang lain pun duk sebut yang tu jugak. Ma aku kenal semua kawan lelaki aku. Semua perangai diaorang pun aku cerita. Bab ni, ma aku memang tau dari A sampai Z. Sapa aku suka, sapa aku tak suka, sapa berkenan kat aku, sapa main-main dengan aku. 

Bila aku cakap aku nak kawin, ma teruja. Tapi ma tak tunjuk depan aku. Depan aku ma rilek je. Cemana aku tahu ma teruja. Bila aku cerita pasal nak cari goodies kat Nilai, rupanya ma dah siap design langsir nak pakai masa kenduri. Langsir tu nak beli kat sana. Bila aku cerita warna tema, ma aku dah siap idea nak beli kain untuk pakaian sedondon. Bila aku cerita hal catering, ma aku dah dapat nombor handphone caterer yang sedap masak. Ma lebih cekap dari aku. 

Lepas kawin, ma masih jadi penasihat aku. Aku lambat dapat anak. Ma aku tak cakap pape pun. Ma aku tak letakkan bebanan stress pasal tu. Masa aku berkampung hampir 7 hari di hospital Temerloh, ma aku la antara penguat semangat aku. Sanggup ma abah aku cuti. Sanggup ulang alik dari Kemaman ke Temerloh sebab nak isi borang cuti dan ambik baju.

Dah ada anak pun, aku masih rasa aku perlukan ma sebagai penasihat. Bukan hanya sebagai penasihat, juga sebagai pendengar. Hal kerja, hal kawan-kawan, hal keluarga, hal sendiri. Semua ma tahu. Ma penyimpan rahsia yang baik. 

Ma jarang sakit. Kalau demam setakat makan panadol je dah sembuh. Kadang-kadang ma sakit kepala sebab banyak kerja dekat pejabat. Sekarang ma dah pencen. Dah boleh hidup tanpa fikir hal kerja. Sekarang ma dah boleh layan hobi lama ma, berkebun bunga. Kat rumah dah ada semula orkid cantik-cantik macam dulu. Abah bertuah dapat ma. Ma tak banyak songeh. Tak berkira. Tak queen control. Tak suka burukkan orang. Tak suka mengumpat. Pandai masak. Pandai menjahit. Pandai berkebun. Pandai kemas rumah. Angah nak jadi macam ma.

Bahagia aku tengok ma abah lepas pencen. Abah bawak ma berjalan mana-mana je berdua. Pergi je mana-mana nak pergi. Kadang-kadang aku yang marah. Pergi jauh-jauh, dah sampai destinasi baru bagitau anak-anak. Takpe, janji ma abah bahagia. 

Masa ni anak-anak dan cucu-cucu ma perlu bahagiakan ma. Macam selalu. Aku sangat-sangat takut hilang ma. Dan aku takut kalau abah dah takde, sapa nak jaga ma macam abah jaga. Moga kami adik beradik tak hilang perasaan nak bahagiakan ma abah selalu.

Setakat ucapan terima kasih memang tak terbalas dengan kekuatan yang ma beri pada angah selama 29 tahun angah hidup ni. Kecantikan ma angah angankan. Kulit ma cantik, putih macam cina. Angah tau angah tak dapat kulit gitu jugak sebab ikut kulit abah. Takpe, abah aku hensem. Kan.

Terima kasih, ma.

Angah sayang ma sangat-sangat. Sangat. 

Ampunkan dosa-dosa angah. Angah janji akan buat terus bahagia.

Wallahualam.


Comments