Angan Angan : Barang Makeup

Assalamualaikum wbt.

Ha sudah tajuk berangan mai dah. 

Asal asal kenapa aku suka makeup. Cerita hazab skit tapi kalo tak kerana cerita tu, sampai sekarang aku tak reti pakai eyeliner bagai.

Dulu dulu punya cerita. Zaman belaja. Zaman belaja kan zaman nak mencuba semua benda. Zaman tengah perasan diri tu hot padahal kulit hitam kurus kering. Jadi bila ada yang nak ngorat, kita layan la. Walaupun time tu dah ada boifren. Sehingga la suatu hari kantoi sebab ada skandal. Maka boifren pun ajak jumpa sebab nak putus dan nak serahkan semula semua barang barang hadiah yang bagi dulu. Epic sangat ni.

Masa tu jumpa tepi pantai Dungun. Aku datang sorang dengan skuter gajah Elit. Memang aku bawak skuter gajah abah pegi belaja time tu. Time tu aku punya nekad hanyalah nak pujuk boifren aku supaya jangan putus dan konon saya dah menyesal. Boifren aku datang dengan kereta dia dari Kemaman. Cermin tinted. Bila dia sampai, kereta dia park sebelah motor aku. Bahagian penumpang duduk sebelah aku. Dia tak keluar pun dari kereta dan aku memang tak nampak apa apa dalam kereta tu sebab tinted bangsa gelap dooh. 

Aku tarik pintu kereta konon nak masuk dalam kereta sekali terkunci. Eh mainan apa ko ni. Dah la aku tak nampak apa apa. Sekali tingkap belah penumpang terbuka. Dang! Siot sungguh boifren aku bawak perempuan lain dalam kereta tu. Dan perempuan tu muka cantik gila mekap tebal siap aksesori rambut rantai memang wow la. Dia punya mekap memang cantik walau tebal. Macam pondan pun ye sebab tebal sangat.

Time tu boifren aku tak cakap apa apa pun. Tapi hanya campak surat surat dan barang barang aku bagi kot tingkap tu. Pompuan tu tengok je dengan wajah simpati. Wah! Aku dah hilang akal dah. Dah la pompuan sebelah dia cantik gila. Konon macam eh kau ada skandal aku pun ada la. 

Dah siap campak surat bagai, tutup tingkap terus blah tinggal aku gitu je. Tersedu sedu aku kat situ. Kelakar gila kot. Sepanjang perjalanan aku balik rumah sewa, aku memang terpikir pikir pompuan tu. Aku pikir aku ada skandal tapi skandal aku biasa biasa je. Boifren aku lagi hensem kot. Tapi boifren aku ada skandal terus cari yang cantik kebaboom yang memang macam aku buruk gila kalau berdiri tepi pompuan tu. 

Dan sejak dari hari itu la! aku berjinak jinak dengan makeup. Wakaka.

Tapi takde la mekap pun. Cuma macam aku pikir aku selebet sangat. Dah abis belaja dah pandai beli bedak muka sikit, beli blusher. Tu je la. Pakai 2 barang tu dah rasa diri kaki mekap.

Bila masuk kerja kontrak kat satu pejabat kerajaan ni, lagi la excited. Sebab aku dapat geng kaki melawa. Hari hari kot cakap pasal kecantikan. Eh bab melawa ni memang aku dah belaja dengan ma aku ok. Ma aku kerja kerajaan sekarang dah pencen. Masa kerja baju kurung ma aku semua cantik cantik. Tudung semua bling bling. Handbag tak kira mahal murah tapi tetap cantik. Pegi kerja pakai heels ok. Ketak ketuk ketak ketuk bunyi. Dah la minat kami sama, patern bag mesti cari jenis tote bag.

Aku pulak bila dah makin lama kerja, makin berumur, ekonomi pun dah ok sikit, aku lagi berminat dengan mekap. Sapa kata bidang engineering tak boleh melawa. Boleh je. Aku mengajar kat bengkel. Boleh je nak mekap. Tapi peluh kaw kaw la. Dah start peluh mula curi curi masuk pejabat cari aircond. Nak melawa sangat kan.

Dulu aku selalu lepak rumah kawan aku masa zaman sekolah. Kawan aku ni cantik. Kakak dia lagi cantik. Sekarang pun makin cantik. Bila aku masuk bilik dia, barang mekap atas meja banyak gila. Dan hampir semua barang atas meja dia tu aku tak tau apa nama dan aku tak tau fungsi dia. Ada jenis dalam botol, ada jenis spray, ada jenis berbulu banyak banyak. Time tu aku tak rasa apa apa. Bila aku dah dewasa ni, baru aku terfikir pompuan ni perlu cantik. Bukan cantik untuk orang. Cantik sebab nak keyakinan diri. Nak cantik kena ada usaha. Usaha untuk nak cantik.

Aku respek gila orang yang ada banyak barang mekap atas meja. Aku kagum. Aku tak rasa benda tu membazir. Semua benda tu ada kegunaan. Dulu aku taktau mekap remover tu apa tapi sekarang aku dah ada. Bila nampak botol remover tu aku rasa macam, hah ada jugak benda unik unik atas meja aku. Tak la sekadar bedak johnson dengan blusher kan.

Sekarang dah pandai melepak kat Watson. Kelebet eyeliner, blusher, eye pencil, foundation, lotion, face mask. Kesian umur 30 baru pandai nak pegang semua ni. Sekarang aku tengah gila beli gincu. Dulu bukan main annoying dengan orang pakai gincu color terang terang ni. Eh sekarang terjebak. Ciri kewanitaan lambat nak serap dalam diri.

Sekarang pun aku asyik la google website produk kecantikan. Sesaja pastu berangan nak beli apa lagi pasni. Next target aku, nak beli makeup drawer yang cantik cantik letak atas meja. Nak yang bertingkat tingkat lepas tu nak beli batang bulu banyak banyak, gincu banyak, blusher eh semua la. Berangan kan! Meh join aku berangan!



Yang ni aku ada sekarang. Tapi color pink. Patern lebih kurang. Tapi bahagian atas tak banyak benda boleh letak. Jadi barang aku berterabur. Campur pulak situ la letak jam laki bini, letak sikat, letak minyak yuyi anak aku, jadi kurang praktikal.


Yang ni aku kurang suka. Sebab tak display barang barang yang ada. Nanti aku lupa yang aku dah ada rupanya barang barang tu. Tapi praktikal sebab bahagian bawah bawah boleh letak benda lain jugak macam barang jahit ke simpan kerongsang ke. Tapi seronok la anak aku main buka tutup ni.


Auw. Feveret ni. Banyak compartment. Banyak benda boleh letak sekali. Susun berderet deret. Tapi tak best sebab pencil eyeliner sama brushes tak duduk tegak. Kehkehkeh.


Seriously aku suka! Aku suka berterabur macam ni. Macam sibuk sangat meja tu. Macam kau seorang yang professional bangun pagi mandi duduk dekat meja ni pilih mana nak pastu touch up kat muka. Fuh heaven! Tapi tak pakai drawer ni mencari pasal nama dia. Satu, aku bukan orang yang disiplin. Nanti dah guna aku campak je merata pastu nak cari tak jumpa. Kedua, anak aku dah besar panjang. Sekali dia kaut dengan backhoe dia, habis!


 The best idea! Ok ni paling sesuai untuk aku. Kot. Dia ada banyak compartment. Ada stand untuk letak eyebrow pencil semua, ada lubang untuk letak adik beradik gincu, compartment boleh letak barang ikut adik beradik jugak. Bahagian atas dengan bawah tak silap aku jual asing asing. Jadi kalau nak tambah compartment lagi, beli je sama yang macam bawah tu, tindan tindan je. My wishlist! Setakat ni aku jumpa ada jual kat lazada je. Kat lain taktau.

Tu bahagian tempat simpan alat mekap. Aku berangan jugak nak ada dressing table yang ohsem. Sekarang pun dah ada. Cantik lagi. Tapi rendah. Tak praktikal dah. Sama tinggi dengan anak aku meja tu.

Jadi aku pikir meja tu nanti masuk rumah baru, aku nak bawak ke bilik belakang sebagai bilik tetamu. Bilik tetamu tu pun ma abah aku dan mak mentua aku jugak yang guna nanti sebab diorang selalu datang. Untuk bilik aku pulak nanti, aku nak cari drawer ala ala drawer Ikea. Nak beli kat Ikea mahei sangat. Rasanya berbaloi lagi beli kat kedai perabot biasa.


Kalau meja macam ni bagi aku seminggu je. Kucar lanar la lepas tu. Tak aku yang sepahkan, aku ada 2 orang pembantu tolong sepahkan. Tak anak, bapak. Kan.


Berangan nak ada lampu camtu jugak. Tapi aku tak tau apa motif kalau laki aku tanya. Memang sure suami aku boleh buat tapi nak bagi alasan kukuh tu tak reti.


Ni simple. Sweet je. Aku berangan nak camni la. Meja simple je. Tapi aku nak drawer. Mudah simpan barang lain kat bawah. Pastu nak letak cermin besar lekat kat dinding. Nak ada flower vase camtu. Lepas tu ada stand mirror. Kerusi tanak. Makeup sambil berdiri. Drawer tinggi maka anak aku tak boleh usik.



Ni drawer by Ikea. Cantik. Memang aku nak yang macam ni. Kat bawah boleh simpan banyak benda. Tak la rugi space kalau pakai dressing table bawah kosong kan.

Stand mirror by Ikea jugok. Nak ada sebijik atas meja. Mudah buat pakai gincu dan eyeliner katanya.



Ha kesimpulan dia aku nak yang macam ni. Tapi tanak la drawer segabak besar tu. Nak kecik molek macam Ikea punya tu je. Letak cermin kat dinding. Pastu letak makeup drawer, pasu bunga dengan stand mirror atas meja.

Berangan! Tak salah. Memang aku kaki berangan.

InsyaAllah boleh. Slow slow survey. Tak la kata nak beli sekaligus kan. Nak siapkan yang wajib dalam rumah pun dah sepuluh jari oi. Sabar je la.

Lepas hawa aku buat entri berangan ni. Fuh.

Wallahualam.

Comments