Masak Masak : Sayur Lemak Pucuk Paku

Assalamualaikum wbt.

Dah kawen baru aku pandai masak berasaskan santan. Kalau tak kepakaran aku hanyalah ayam masak merah sampai sudah. Time ma masak, tak pernah aku masuk dapur. Ma pun tak kisah kekeke. Dah kawen tak boleh dah gitu. Kena asah skill. Muntah suami ari ari makan ayam masak. 

Weekend hari tu pegi pasar malam kat Indera Mahkota. Ada 2 3 gerai jual sayur. Tak boleh lawan pasar malam Lanchang, meriah. Sebut je nak sayur apa. Sayur pelik pelik pun banyak kat sana. Oh, rindu pulak pekan koboi Lanchang tu. 

Pegi pasar malam IM nampak pucuk paku. Feveret suami. Jadi beli la. Esoknya terjadi la Sayur Lemak Pucuk Paku. Aku gugel jugak resipi dia. Kaedah paling mudah dan bahan bahan yang paling simple. Eh masakan yang sarat sarat aku tak reti ok. Maka kalau masakan tu aku masak, masakan mudah lah tu. 

Bahan bahan :

Semua bahan main agak agak je banyak mana

Bawang merah 3 4 bijik
Cili api 4 5 bijik
Kunyit hidup 3 inci
Ikan bilis segenggam
Santan
Pucuk paku seikat

Cara cara :



Tumbuk bawang merah sekali dengan cili api dan kunyit. Nak blender pun boleh tapi kurang aumm. Nak masak lauk kampung kan, kena la act like village sikit. Gitu.


Ikan bilis aku tumbuk jugak. baru la tak hancur sangat. Kepala asingkan dan buang ye. 

Kemudian panaskan periuk. Masuk air sikit. Masuk semua bahan tadi yang dah tumbuk tadi. 


Kemudian masuk santan. Aku pakai santan kotak. memang stok siap siap dah ada dalam peti. Mudah dan senang kalau stok santan ni dah ada dalam peti. Nak tahan lama, letak bahagian ais. Bukan bahagian bawah tu ye.

Kemudian campak sekeping asam keping sekali dengan secubit garam. Garam tu boleh try and error rasa. 



Last sekali masukkan pucuk paku. Aku punya set sayur ni pakcik tu dah ikat siap siap dengan sayur lain. Aku masukkan je sekali. Lagi satu, pucuk midin (warna maroon tu) ambik daun dia sahaja. Batang tak perlu. Sebab keras. Pucuk paku pun sama agak agak batang keras tak perlu ambik. 

Kacau sokmo ye sebab taknak bagi santan tu jadi pecah minyak. Entah betul tak ayat aku. Tapi tu la, kena selalu kacau. Dah agak agak sayur dah lembut, boleh tutup api. 



Siap dihidang. Makan dengan nasik panas panas, berair hidung. Kejap je buatnya. Dalam 15 minit je kot. Sebab semua main campak campak sahaja. 

Selamat mencuba.

Wallahualam.

Comments