Rumah Baru

Assalam.

Alhamdulillah. Rumah dah dapat CF. 

Maka bermula la sesi mengorek tabung yang ada untuk setup rumah sendiri. Dah mestilah semua orang nak yang terbaik untuk rumah sendiri kan. Selama ni menyewa je. Nak deco cantik cantik pun mood tak sampai. Campur pulak pemalas dan tak kreatif macam I. 

Dulu masa aku duk pjj dengan suami, tak terlintas pun nak beli rumah. Sebab time tu asyik la mintak tuka tak dapat dapat. Jadi nak beli rumah pun tak tahu kat mana. Suami aku memang tak nak beli rumah area Kemaman. Sebab utama aku tak tau kenapa. Cuma dia kata kalau duk Kemaman baik duduk dengan mak dia boleh jaga mak sekali. 

Beli rumah ni memang unplanned. Suami aku keje ulang alik Kemaman - Kuantan. Dan memang ari ari lalu jalan kat rumah baru tu. Bila perumahan tu start naik tapak, proses pembinaan dia memang suami aku tengok ari ari. Dan akhirnya beliau jatuh cinta. Suami aku kan suka bab bab pertukangan ni. Jadi pembinaan rumah tu kena dengan apa yang dia nak berbanding dengan rumah moden sekarang. Maksud aku, buat atap rumah tu masih pakai kayu, tak pakai besi macam perumahan sekarang. Pastu design dia tak terlalu old skul dan terlalu moden. Berminggu jugak la kami suami isteri termenung mikir. Kawasan dah strategik. Cuma time tu masalah bauksit sebab perumahan tu adalah jalan masuk ke pelabuhan Kuantan. 

Dah fikir masak masak, aku call pemaju tu tanya kekosongan. Time tu, bentuk rumah dah nampak. Kira dah 40% siap la. Dan kami hanya nak cornet lot sahaja. Kalau takde corner lot, kira cancel. Sekali call, corner lot masih kosong. Terus suami aku setuju. Sebab cornet lot boleh tahan luas. Rumah kecik takpe janji ada tanah. 

Maka bermula la episod suami isteri ku hulu ke hilir menyelesaikan urusan rumah. Ni kisah tahun lepas. Kiranya setahun jugak la aku nunggu rumah siap sekali dengan CF. Sekejap je rasa. 

Ni saja saja rekod untuk aku. Kot nanti aku lupa jadi baik rekod kat sini siap siap.

01 Februari 2015 - Call pemaju tanya pasal rumah
16 Februari 2015 - Bayar deposit rumah RM500
02 Mac 2015 - Selesai urusan dekat pejabat peguam
04 Mac 2015 - Submit borang pinjaman perumahan
23 Mac 2015 - Peguam call beritahu loan dah lulus
24 Mac 2015 - Tarikh CNP bermula. 18 bulan dari tarikh start bayar pinjaman.
03 April 2015 - Surat Setuju Terima sampai di tangan
08 April 2015 - Submit borang setuju terima
15 April 2015 - Selesai urusan dengan ADO minta sign pemilikan tanah
12 April 2016 - Pemaju call suruh datang ambil kunci rumah dan CF layak duduk
15 April 2016 - Collect kunci dengan pemaju dan selesai urusan TNB

Bila TNB dah masuk bekalan elektrik, aku suami isteri basuh rumah siap siap. Debu teruk. Mujur pemaju bagi bekalan air free sampai bulan September. Pastu start orang pasang grill dan buat wiring. Grill dan wireman aku dah cari siap siap masa pemaju call bagi hint cakap dah nak dapat kunci tu. 

Suami aku sekarang tengah ngecat rumah. Buat sendiri je. Eh suami aku semua benda nak buat sendiri. Macam banyak sangat masa dia kan. Tapi takpe la. Bak kata suami aku, rumah sendiri. Mesti nak buat puas hati. Ada la jugak famili datang menolong. Datang teman sampai malam pun ada. Suka aku tengok bila ma abah aku suka dengan rumah tu. Rumah memang kecik je. Cukup la 3 beranak campur 1 ni berteduh. Tu je mampu. 

Setakat ni wiring dan grill je yang selesai. Kabinet dapur belum sebab hajatnya nak sambung dapur tapi tunggu duit cukup dulu. Mozek kat porch dan balkoni aku nak upah orang tapi suami aku kata nak buat sendiri. Pagar rumah pun dia nak buat sendiri. Eh sambung dapur pun dia nak buat sendiri. Ha semua nak buat sendiri. Aku support je dia. Takleh bangkang. Dosa. Janji buat. Sebab aku tau hasil kerja suami aku tiptop. Tapi nak tunggu start buat tu hazab sikit. 

Sekarang aku tengah berangan dengan langsir. Rumah aku banyak tingkap dan jenis tingkap moden bahagian ruang tamu. Kena bersabar sikit tengok banyak meter nak kena pakai. Sabar je la. Dah ada langsir nanti baru boleh nak tidur tidur rumah tu. 

Sekarang aku masih menyewa. Jadi kena buat langsir cepat cepat. 

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Rezeki Allah tak pernah putus. Kami je selalu lupa siapa pemberi rezeki. Allahu. 

Lain entri aku cerita pasal kos dan dekorasi rumah pulak. Tu pun kalau ada deko deko la.

Wallahualam.


Comments