Cerita Pendek : Bahagi Cinta


Hujan di luar masih mengiringi senyum Natrah. Tidak kering gusinya sejak pagi tadi. Kadang kadang, hujung ketawanya tersedu sedu.

Di luar bilik, anak anak saudara bingit suara bermain sesama sendiri. Sesekali bunyi suara berdehem dari ayahnya yang juga abang kepada Natrah yang risau jika keriangan anak anak itu mengganggu senyuman Natrah.



********************************************************************************************************



Semalam.

Semua berlaku sekelip mata. Hajat suaminya untuk membawa anak kembar mereka bermain di taman permainan di tepi tasik, dia turuti. Walau ketika itu, awan sedang berkumpul untuk menurunkan hujan. Kata suaminya, bawa anak ke taman sebagai ganjaran kepada kembar setelah ayahnya baru sahaja pulang ke rumah selepas 36 hari di lautan. 'Untuk anak anak je, upah ibunya takde ke?' Seloroh Natrah manja pada suaminya. Suami tersenyum kambing.

Di tepi tasik, ramai kanak kanak gembira menyusuri gelongsor ada juga yang berlari berkejaran. Begitu juga dengan anak anak Natrah, Nuh Amsyar dan Hud Asyraf. Kembar tak seiras yang berusia 5 tahun ini asyik berlari ke sana sini sekali sekala memanjat tangga gelongsor. 

Tersenyum Zaki melihat teletah anak anak mereka. Sesekali Natrah memandang Zaki yang duduk di sebelahnya. Sejak semalam, Zaki kelihatan sangat ceria. Asyik tersenyum. Natrah menganggap mungkin Zaki bahagia bila dapat tengok muka anak anak mereka.

Cuaca makin gelap menandakan hujan bakal tiba bila bila sahaja. Zaki lekas bangun memanggil Hud dan Nuh.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Zaki menceritakan kisahnya ketika hari pertama menaiki Platform Chopper di platform Angsi di perairan Terengganu. Ribut teruk ketika perjalanan Zaki ke Angsi. Doa Zaki tak putus putus ketika berada di hujung awan. Hud dan Nuh senyap sahaja ketika mendengar cerita ayahnya. Mungkin teruja.

Kereta menyusur laju walaupun hujan lebat membasahi jalan raya petang itu. Natrah sesekali menyentuh peha Zaki di sebelahnya agar Zaki memperlahankan kereta. Terasa lama pula perjalanan pulang ke rumah.

Sampai di simpang masuk ke taman perumahan, hujan turun makin lebat. Zaki membelok ke kiri perlahan lahan. Tiba tiba bunyi hon yang panjang beserta decit tayar yang dibrek licin.

Dang!!!

Sunyi. Hanya bunyi hujan turun selebat lebatnya. 

'Kenapa ni, apa jadi?" Natrah memegang kepalanya bingung.

Terdengar suara beberapa orang lelaki menjerit "Call ambulans cepat cepat call ambulans".

"Kenapa, kenapa?" Natrah masih bingung.

Dia bangun dari baringannya di atas rumput selepas badannya tercampak di luar kereta.

Natrah memandang belakang. Ya Allah. Kemalangan. Kereta dipandu suaminya remuk teruk.

"Abang Ki, Abang Ki, Nuh mana, Nuh, Hud ibu ni. Mana Nuh mana Hud. Mana Abang Ki?"

Natrah terjenguk jenguk di dalam kereta yang kemek namun tidak nampak apa apa.

Beberapa orang lelaki yang menolong dilihat berusaha mengeluarkan Nuh dan Hud. Natrah berlari mendapatkan kembar mereka. Cuba untuk mendukung. Namun tidak sempat kerana terlalu ramai lelaki yang menolong. 

Kelihatan Zaki sudah diangkat dan diletak di atas rumput. Telinga dan hidungnya membuak buak darah pekat. Begitu juga Nuh dan Hud. Natrah terduduk memandang suami dan anak anaknya yang kaku bernafas perlahan di hadapan matanya.

"Yang perempuan ni pun masih bernafas!" Jerit seorang lelaki.

Natrah berpaling ke arah perempuan yang dimaksudkan sekaligus badannya menggeletar sebelum jatuh pengsan.


Perempuan itu adalah Natrah sendiri.


******************************************************************************************************

Natrah terjaga apabila dadanya disentap ke atas dengan kuat sehingga dia terbatuk batuk. Natrah menggosok gosok kepala kerana sedikit pening. Dia berada di luar kaca sebuah billik sambil matanya tak berkelip memandang dirinya sendiri di atas katil. 

"Apa ni Ya Allah?' bisik Natrah.

Natrah cuba untuk membuka tombol pintu bilik tersebut namun tangannya hanya memegang angin. Natrah menepuk nepuk dinding bilik namun tangannya menembusi dinding. Dia tercengang.

Perlahan lahan Natrah melalui dinding dan bergerak ke tepi katil. Natrah melihat dirinya dengan tiub di hidung dan dipakaikan seperti topi di atas kepala. Natrah terundur ke belakang. Kepalanya yang pening makin beremosi memikirkan apa yang terjadi. 

Tiba tiba Natrah teringatkan suami serta anak anaknya. 

"Mana Abang Ki?" 
"Abang kat sini Nat"

Cepat Natrah berpusing ke arah suara itu namun tiada apa apa. Natrah terduduk.

"Allahu. Aku diambang maut ke?Allah Allah." Ratap Natrah. 

Ratapan Natrah terhenti apabila matanya disinari cahaya. Natrah ingin mengangkat kaki kerana takut namun kakinya ibarat terikat dan digam.

Seorang wanita berusia berpakaian putih dan sangat cantik menghulurkan tangan kepada Natrah. 

"Emak!" Natrah cepat bangun dan ingin memeluk ibunya. 

"Jangan Nat, itu gangguan Syaitan. Emak dah lama tiada kan!" Sekali lagi suara Zaki kedengaran. 

Natrah menutup kedua belah telinganya dengan tangan dan menjerit meracau racau. 

"Mana abang, kenapa abang tinggal Natrah? Apa jadi pada Natrah ni abang?"


"Natrah, abang dan anak anak dah nak pergi ni. Natrah jaga diri ye. Allah pilih abang dan anak anak kita kali ni. Abang ampunkan semua salah Nat pada abang walau Nat takde salah pada abang, dan abang halal kan semua makan minum serta zahir dan batin. Abang pergi dulu. Assalamualaikum." 

"Wa'alaikummusalam".

Tiba tiba Natrah meracau racau di atas katil dan semua tiub ditarik sehingga tersembur darah. 

Zaki cepat cepat menutup buku Yassin dan menekan butang kuning di tepi katil.

Tidak sampai seminit, doktor dan nurse datang ke bilik yang menempatkan Natrah. Zaki diminta menunggu di luar sementara doktor memberikan rawatan.

Zaki keluar dan menuju ke kerusi di mana Bibik Siti sedang menyuap makanan pada Nuh dan Hud. Berselera mereka. 

Doktor kemudian memanggil Zaki dan menerangkan bahawa simpton meracau Natrah adalah perkara biasa kepada pesakit yang pernah menjalankan pembedahan pada kepala. 



*****************************************************************************************************

Setahun berlalu. Hud dan Nuh kini tinggal bersama ayah mereka dan mama baru. 

Petang itu, Natrah meronta ronta di atas katil biliknya kerana bibik Siti tidak membawanya ke luar rumah seperti hari hari biasa. 

"Kat luar hujan dik. Abang tolak Nat tepi tingkap bilik ni ye. Hujan dah berenti nanti kita duduk luar. ok?" Norman, abang Natrah memujuk. Norman pindah masuk rumah Natrah selepas Zaki kahwin lain. Niat Norman hanya satu. Untuk menjaga adiknya yang sakit.

Hujan di luar masih mengiringi senyum Natrah. Tidak kering gusinya sejak pagi tadi. Kadang kadang, hujung ketawanya tersedu sedu.



TAMAT.

Comments