Hyperthyroid Wake Up Call Untuk Aku


Aku dari kecik jenis tough, tak cengeng, lasak, boyish. Sebab dulu dekat kawasan perumahan, aku satu satunya budak perempuan yang ada. Adik beradik aku pun semua lelaki. 

Mak aku ajar aku pakai skirt baju pink tapi aku panjat basikal yang ada palang kat tengah tengah tu, mengucap mak aku skirt terlipat sampai nampak seluar dalam. Masa tu darjah 2 ke 3 macam tu. lutut sagat jalan raya tu biasa. 

Bila aku dah pindah sekolah baru, baru jadi wanita semula. sebab kekawan wanita dah ramai selalu datang rumah selalu pegi kelas tambahan sama sama pakai baju kurung. ikat tudung bawal bawh dagu. lebihan simpul tu gulung gulung ikat atas kepala. cantik sangat dah masa tu. 

bila dah masuk belajar, aku start perangai cengeng susahkan mak ayah aku. dapat offer sekolah teknik Rompin aku duduk sana 2 bulan je. itu pun nak habiskan 2 bulan, berpuluh puluh kad telefon aku beli (untuk pakai kat public phone) untuk call mak ayah aku merayu mintak tukarkan aku sekolah lain. siap aku ugut cakap kalau tak tukarkan aku sekolah, aku nak berenti belajar. baru tingkatan 4 ok time tu. kalau bapak aku layankan perangai aku time tu, apa la jadi pada aku sekarang. 

dah tukar sekolah, perangai pulak tanak duduk asrama. sanggup ulang alik dari rumah sebab asrama situ tak best. apa yang tak best pun aku tak tau. dah masuk belajar kat politeknik, sampai aku extend satu sem buat perangai tanak belajar. aku belajar kat dungun je perjalanan tak sampai 2 jam pun aku sedih homesick sampai extend. padahal ada je sepupu aku belajar kat situ jugak. bila aku tau dia ajk biro agama mpp, lagi la aku perangai nak berenti belajar. hahaha.

banyak dosa aku dengan mak ayah aku time tu. siap ayah aku bawak pergi berubat. bomoh bodoh tu suruh datang 3 hari berturut turut. hari ke 2 suruh bawak ayam hitam dengan telur 3 bijik sekali dengan kain kuning. bodoh! nasib baik ayah aku cerdik terus tak pergi. siap cakap aku ada lukakan hati lelaki. bodoh sangat ni. ayah aku tenung je aku sedih tengok anak hodoh macam ni pun ada hati nak mainkan hati jantan. 

time aku huru hara susahkan mak ayah aku ni, aku tak rasa bersalah langsung. masa nak mohon tukar sekolah tu sampai kena pergi putrajaya tau dari kemaman ye. masa aku tiap tiap hari call mak ayah aku, bermula jam 5.30 pagi sampai 12.30 malam. sejam sekali aku call. masa nak mintak extend sampai bapak aku terpaksa turun naik pejabat admin poli berapa kali tah. tak campur stress kawan kawan aku call bagitau aku pengsan berpuluh puluh kali tu (pengsan menipu) tak stress ke dapat anak macam ni. 

sekarang, aku dah kahwin. anak dah dua. 

sekarang. kadang kadang bila aku kenang apa aku buat dulu, aku rasa macam kejamnya aku buat macam tu. berapa ribu dah duit mak ayah aku habis. campur tebal muka lagi tahan malu. teruknya aku. 

sehinggalah aku disahkan ada penyakit hyperthyroid.

penyakit ni jadi wake up call untuk aku. macam aku baru tersedar, banyaknya benda yang terjadi dalam hidup aku tapi aku tak pernah menyesal. serius aku takde perasaan menyesal tau. aku susah nak menyesal bila buat benda yang teruk. tapi sekarang aku macam terduduk fikir benda yang lepas. teruknya aku. 

aku kena betulkan semula cara hidup aku jaga solat jaga diri jaga hati.
aku kena betulkan semula perasaan mak ayah aku walau diorang tak pernah nak terguris.
aku kena betulkan semula tanggapan orang yang ingat aku cengeng. 
aku kena betulkan semula hati orang yang mana orang ingat aku takde perasaan.
aku kena betulkan semula hubungan dengan semua orang yang buat baik dengan aku.

Wake up call. baru nak sedar. padahal hyperthyroid je pun. 

aku antara orang yang beruntung sebab Allah SWT bagi aku wake up call ni. eh mana ko tau beruntung? mungkin jauh sangat dah kot aku terpesong. tu yang dapat wake up call ni. jangan sampai kita tak sedar yang dugaan tu adalah wake up call untuk kita.




Ini aku sekarang.

Aku bukan nak kurus pun. Aku dah hilang 30 kg sekarang. 30kg ok! cuba tanya orang yang pernah diet. pernah tak hilang banyak tu. aku pun tak bangga aku hilang berat badan sebanyak tu. bukan sebab diet tapi sebab hyperthyroid. 

Hyperthyroid aku memang ada bengkak kat leher.  dan aku masih under treatment. belum makan ubat lagi. tapi Alhamdulillah, 2 3 minggu ni berat badan dah start naik balik dan bacaan HT pun dah turun sikit.

dan sekarang pun aku pergi kerja bawak bekal sendiri. sebab? macam kat atas tu cakap la. bukan untuk diet. tapi untuk kesihatan. dalam bekal aku memang takde gula, takde msg less garam. gambar bekal haruslah masuk ig. jadi sesapa yang follow ig aku harap jangan muntah tengok ye. bekal tak gempak pun. biasher biasher jerr.

hari tu nak masuk bulan 9, target aku no sugar. dah berjaya.

konsep aku no sugar dalam makanan dan minuman. kalo gula asli tu takde hei. jangan tak tau ye, dalam nasi pun ada gula yang kalau masuk dalam badan boleh bertukar jadi tenaga. dan aku bukan penuh satu bulan takde gula. pencapaian terbaik aku setakat ni, 2 minggu tanpa gula. 


dah nak masuk bulan 10 kan. ok so ni next target aku.

  1. No sugar
  2. No MSG
  3. No Ice
item 1 & 2 dah lulus. item no 3 tu macam susah sikit je. cuaca pun boleh tahan panas sekarang. lagi kalau stay dalam bengkel lama sikit dah peluh peluh. eh terbagi alasan pulak.

ok, will try! caiyok Nad!

Comments