Jaga Kesihatan


Assalamualaikum wbt.


Ok hari ni i nak bercakap pasal makanan yag sihat. Gitu. Terus jadi I YOU bila nak cakap pasal kesihatan.


Tiga minggu ke belakangan ni, aku macam baru tersedar yang aku bawak kehidupan aku ni dengan cara yang sangat tak sihat. ok aku cerita harian aku apa aku buat. 

Sebelum ni, aku bangun 6.15 pagi. Time tu la aku gosok baju dan time tu jugak la aku kemas beg baju anak anak aku nak pergi pengasuh sorang tadika sorang. Kalau kain semua lipat tenang sikit cari baju budak budak ni tapi kalau ada 2 3 bakul pending tak lipat maka sesi kirai kirai tu ada la. Lagi lagi bila first day of week, Isnin. Kena bawak bekas susu bawak tuala bawak tilam. Gila huru hara ok pagi aku. Tu belum tambah sulung tanak bangun. Kalau time ayah dia out station, pandai pulak tak tunggu mak dia kejutkan. Alih alih bangun je. Takut mak dia ngamuk kot. 

Dah siap kemas beg siap gosok baju baru nak mandi. Agak time tu dah pukul 6.30 pagi. 6.45 pagi subuh agak agak aku dah nak jadi anak gajah tu. Siap semua, turn tukar pampers si kecik pulak. Adik tak banyak songeh. Sama macam sulung kecik kecik dulu. Good je bangun pagi. Sulung mandi dengan ayah dia + drama pagi + nak pakai baju kena tunggu ibu jampi tepi telinga. Ayah dia marah sangat kalau aku marah anak pagi pagi. Dia cakap nanti anak stress. Aku stress dia tak kisah pulak.

Dah siap abang dan adik, turn ibu nak make up pulak. Bukan ibu make up sangat pun. Lagi sekarang tyhriod buat muka jadi kusam. Nak alter shawl yang jadi lambat. Kalau pakai tudung sarung tu laju je siap nak pergi kerja.

Tugas ayah dia panaskan kereta pagi pagi dan angkat semua bag anak dan bag mak masuk kereta. Serta pastikan anak anak semua dah ada dalam kereta. Time tu dah 7.30 pagi. 

Perjalanan ke rumah pengasuh, tadika dan pejabat ambik masa 10 minit je. Tapi jadi lambat sebab rumah pengasuh adik kena masuk kawasan kuarters kerajaan (angkat tangan pak guard, bonggol pun banyak, pusing pusing baru jumpa rumah pengasuh). Keluar kuarters tu tuju ke tadika abang pulak. Baru tuju ke pejabat aku yang ambik masa hanya 2 minit. Dah 7.52 pagi. Itu kalau kurang drama pagi. Kalau banyak drama, 8 minutes before 8am berlalu begitu sahaja dan aku berhuhu di punch card.



Ok itu sebelum ni. 


Sekarang aku dah ubah cara tu. Terpaksa kena ubah supaya kesihatan jadi baik, stress kurang, tak ada yang makan hati.


Sebelum tidur siap gosok baju dan kemas beg anak anak.

Bangun 6.00 pagi.

Mandi + solat 6.15 pagi.

Buat bekal breakfast untuk aku dan suami.

6.45 tutup kipas dan bukak lampu dalam bilik. intro untuk sulung yang liat nak bangun. 

pukul 7 mesti sulung kena mandi siap pakai baju.

dalam masa yang sama ibu bersiap make up simple dan lilit terbelit shawl.

dalam masa yang sama ayah panaskan kereta, masukkan bag semua dalam kereta.

APA PUN TERJADI, tayar kereta mesti bergolek pada jam 7.15 pagi.

APA PUN TERJADI!


Ada satu kali tu, sulung liat la nak bangun. Sampai 7.10 pagi belum bangun. Aku sebagai mak yang cepat stress, terus masuk kereta tutup pintu kuat biar sulung dengar. Buat buat kecoh sikit mulut konon nak tinggal. Terus dia bangun mandi sambil sedu sedu tahan nangis sebab sedih ibu nak tinggal dia.

Main main dengan mak kau. Dia ingat dia paling propa la tu. Dia tak tau mak dia masa kecik lagi propa. Sampai ke tua masih propa. Gitu.


Ok cerita pasal bekal.

Aku akan masak nasi goreng HARI HARI untuk suami aku. Dia kerja berat. Kadang kena out station jauh dalam satu hari. Jadi dia memang request nasi goreng hari hari. Sap sap soi, siap nasi goreng.

Sekarang aku dah lama tak jelajah cafe. 2 kali dalam sebulan je kot pegi sebab teringin nescafe tarik pakcik cafe yang memang kaw pahit pahit manis. 

Matlamat aku sekarang, no sugar. Aku memang sekarang air masak 2 liter di pejabat cukup. macam aku cakap tadi, 2 kali je tibai nescafe dalam sebulan. aku masak pun aku tak letak gula. biasa aku buat dua meal untuk aku. satu meal pagi satu meal tengahari. jadi memang aku tak jumpa gula dan susu pekat la.

bawa ke malam. aku masak kat rumah pun memang takde isi gula. kecuali garam. yang tu tengah belajar untuk kurangkan kuantiti. walau aku rasa sekarang pun memang kuantiti dan sikit. 


kat rumah aku banyak buat sup, bakar, rebus, celur. tak sempat nak buat gulai kari time weekdays. sihat la kan kalau sup bakar rebus hari hari. 

kecuali weekend, memang tak boleh control. balik kampung tiap tiap minggu. mak masak gulai ikan merah. rumah mak mentua masak kari ayam. hadap sampai 3 pinggan licin. 

next time, aku tengah nak target matlamat no ice. 

No sugar. Lulus.

No ice. Coming soon.



Comments